Kondisi hipertensi mungkin tidak boleh sembuh namun anda boleh kawal supaya tidak terjadinya keadaan yang sangat berbahaya di mana tekanan darah tinggi naik 200.
Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Kondisi hipertensi mungkin tidak boleh sembuh namun anda boleh kawal supaya tidak terjadinya keadaan yang sangat berbahaya di mana tekanan darah tinggi naik 200.
Dalam istilah perubatan, bacaan tekanan darah yang sangat tinggi ini dikenali sebagai krisis hipertensi dan akan membawa kepada pelbagai komplikasi keadaan kesihatan.
Persoalannya, apakah sebenarnya krisis hipertensi ini? Jom teruskan membaca artikel untuk tahu!
Untuk pengetahuan anda, kondisi krisis hipertensi ini akan terjadi apabila tekanan darah meningkat dengan sangat tinggi dan ia berlaku secara tiba-tiba sahaja.
Seseorang itu dikatakan akan mengalami keadaan kesihatan ini jika bacaan tekanan darah tinggi naik 200 atau lebih dan ini akan membahayakan nyawa.
Sekiranya anda masih belum tahu, bacaan tekanan darah yang normal adalah sekitar 120 dan bacaan tekanan darah yang tinggi adalah sekitar 140.
Bagaimana pula jika ia berada di tengah-tengah antara 2 angka tersebut? Jika ia berlaku kepada anda, maka anda tergolong dalam kategori prahipertensi.
Terdapat 2 jenis krisis hipertensi apabila tekanan darah tinggi naik 200 atau lebih iaitu:
Hipertensi jenis ini terjadi apabila tekanan darah anda terlalu tinggi hingga mencapai 180 atau lebih tetapi tidak langsung melibatkan kerosakan pada organ.
Kebiasaannya, ia boleh dikawal dengan penggunaan ubatan tekanan darah tinggi bagi yang boleh mendatangkan kesan selepas beberapa jam pengambilan.
Pun begitu, ia masih berbahaya kerana dipercayai mampu untuk merosakkan organ dalam masa beberapa jam ke hadapan jika lambat mengambil ubatan.
Hipertensi jenis ini terjadi apabila tekanan darah anda terlalu tinggi hingga mencapai 180 atau lebih serta melibatkan kerosakan pada organ tubuh badan.
Antara organ yang mungkin terlibat adalah otak, jantung, ginjal, paru-paru dan lain-lain yang kemudiannya akan menyebabkan komplikasi penyakit.
Disebabkan itu, penderita perlu mendapatkan rawatan perubatan kecemasan yakni penyuntikan ubatan penurun tekanan darah dengan kadar yang segera.
Sekiranya bacaan tekanan darah naik 200 ini berlaku, anda mungkin akan mengalami beberapa simptom yang hampir sama seperti hipertensi biasa.
Namun, simptom-simptom tersebut mungkin akan menjadi lebih teruk dan ia termasuklah:
Persoalannya, apakah punca bacaan tekanan darah tinggi naik 200 ini berlaku? Ya, ia tentu sekali sangat berkait rapat dengan cara kalian mengawal kondisi hipertensi.
Untuk pengetahuan anda, penderita hipertensi sangat perlu mengambil ubatan, mengawal makanan dan minuman serta membuat senaman yang tidak terlalu berat.
Sekiranya ‘pantang larang’ ini dilanggar atau tidak dapat diikut dengan baik, maka adalah tidak mustahil untuk bacaan tekanan darah tinggi naik 200 atau lebih.
Dalam pada itu, ada beberapa keadaan kesihatan yang dipercayai sebagai dalangnya iaitu:
Oleh itu, adalah sangat penting untuk kalian sentiasa mengawal bacaan tekanan darah terutamanya buat mereka yang telah disahkan menghidap kondisi hipertensi.
Seperti mana yang telah kami nyatakan di atas tadi, mungkin akan berlaku komplikasi terhadap keadaan kesihatan yang teruk jika kondisi ini dibiarkan.
Antara kebimbangan utama yang mungkin akan berlaku apabila bacaan tekanan darah tinggi naik 200 atau lebih iaitu kerosakan pada organ tubuh badan.
Ia berlaku akibat tekanan darah yang sangat tinggi itu mengganggu aliran darah di dalam pembuluh darah lantas menjejaskan sel-sel endotel yang berperanan:
Angkara sel-sel endotel ini yang tidak dapat berfungsi dengan baik, maka struktur dinding pembuluh darah akan mengalami kerosakan serta keradangan.
Apabila ia terjadi pula, pembuluh darah akan bocor dan darah di dalamnya akan keluar lantas menyebabkan jantung tidak dapat mengepam darah dengan baik.
Kesannya, keperluan organ dalam tubuh badan untuk mendapatkan darah ini akan terbatas dan terjejas lantas akan membuat organ-organ menjadi rosak.
Konklusinya, penderita hipertensi mesti memastikan bacaan tekanan darah mereka berada di paras terkawal yakni di bawah 140 atau 120 jika ada prahipertensi.
Apa yang paling penting adalah kalian tidak boleh terlupa atau terlepas untuk makan ubat tekanan darah tinggi sesuai dengan dos yang doktor preskripsikan.
Dalam pada itu, sila jalani kehidupan yang lebih baik dari segenap aspek bagi mengelakkan faktor risiko tekanan darah tinggi naik 200 ini berlaku kepada anda.
Penafian
Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.
Disemak secara perubatan oleh
Panel Perubatan Hello Doktor
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen