Jika mengalami loya dan ingin muntah, tidak kiralah berapa usia anda ataupun puncanya, anda perlu melakukan perkara seperti di bawah:
- Minum banyak air kosong
- Elakkan makan makanan pejal sehinggalah episod muntah anda berakhir
- Ambil ubat penghidratan oral seperti Pedialyte jika muntah dan cirit-birit lebih daripada 24 jam
- Wanita hamil yang mengalami mabuk kehamilan boleh makan biskut kraker sebelum tidur atau makan snek berprotein tinggi seperti daging tanpa lemak atau keju sebelum masuk tidur
- Muntah yang berkait dengan rawatan kanser boleh dirawat dengan jenis terapi ubat lain. Anda perlu mendapatkan nasihat daripada doktor sebelum melakukan sebarang rawatan
Bila anda perlu berjumpa doktor?
Mengapa saya rasa loya selepas makan?
- Punca lazim ialah alahan, stres dan kehamilan.
- Jika rasa loya melebihi 2 hari dan tidak sembuh-sembuh, jumpa doktor secepat mungkin.
- Untuk mengurangkan rasa loya, cuba minum air sejuk dan banyakkan berehat.
Anda perlu mendapatkan penjagaan segera atau bilik kecemasan jika:
- Loya dan muntah disertai dengan sakit-sakit atau sakit kepala yang teruk, terutama jika anda tidak pernah mengalami sakit kepala sebegitu sebelum ini
- Anda tidak boleh makan atau minum selama 12 jam atau anak anda tidak boleh menyimpan cecair selama lapan jam
- Anda mempunyai tanda-tanda atau simptom dehidrasi– terlalu dahaga, mulut kering, kerap kencing, air kencing berwarna gelap dan lemah, pening kepala atau pitam semasa berdiri
- Muntah anda mengandungi darah, menyerupai serbuk kopi atau berwarna hijau
Apakah cara hilangkan loya yang terbaik?

Ingatlah tip mudah di bawah untuk cara hilangkan loya:
- Asingkan makanan besar kepada bahagian kecil
- Makan perlahan-lahan
- Elakkan makanan yang sukar dihadam
- Elakkan makanan panas atau suam jika anda berasa loya dengan baunya
- Naikkan kepala anda kira-kira 12 inci di atas kaki selepas makan
- Minum air selepas makan berbanding minum semasa sedang makan
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen