backup og meta
Info Kesihatan
Alat Kesihatan

2

Tanya Doktor
Simpan

Kerap Alami Sakit Dada Akhir-akhir Ini? Jangan Ambil Mudah, Ia Mungkin Berkaitan Jantung!

Disemak secara perubatan oleh Dr. Joseph Tan · Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Disemak pada 04/06/2024

Kerap Alami Sakit Dada Akhir-akhir Ini? Jangan Ambil Mudah, Ia Mungkin Berkaitan Jantung!

Kenapa sakit dada semakin kerap anda alami? Mungkinkah tanda sakit dada tengah seperti dicucuk ini merupakan gejala berkaitan kesihatan jantung?

Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kesihatan Jantung, sila dapatkannya di sini.

Kenapa sakit dada?

Umumnya, kesakitan dada yang dialami boleh menjadi 1 keadaan serius.

Ia mungkin disebabkan oleh aliran darah sementara ke jantung yang lemah (angina), atau kerana penyumbatan secara tiba-tiba pada arteri koronari mengakibatkan serangan jantung. 

Punca kenapa sakit dada juga boleh disebabkan oleh senak perut dan ketegangan otot.

Selain jantung, banyak bahagian dada yang boleh mengakibatkan kesakitan dada termasuklah paru-paru, esofagus (gullet), otot, tulang dan kulit. 

Oleh sebab tubuh memiliki sistem saraf yang kompleks, penyebab kesakitan dada mungkin berpunca daripada bahagian lain tubuh seperti perut (abdomen).

Peringatan

Seandainya anda berasakan terkena serangan jantung atau tidak pasti punca sakit dada tengah, lakukan pemeriksaan segera!

Tanda sakit dada: Simptom serangan jantung

punca sakit dada seperti ditekan
Simptom serangan jantung.

Sakit dada tengah seperti dicucuk boleh menjadi tanda amaran serangan jantung.

Serangan jantung berlaku apabila bekalan darah ke jantung tersumbat dan merosakkan otot jantung.

Jika dibiarkan tanpa rawatan, semakin banyak kerosakan boleh berlaku. Dalam beberapa kes, serangan jantung boleh menyebabkan maut!

Gejala serangan jantung mungkin termasuk:

  • Kesakitan teruk pada bahagian tengah atau belakang tulang dada. Ia mungkin dirasakan seperti ditekan dengan kuat
  • Rasa sakit merebak ke bahu, lengan, leher, tekak, rahang atau belakang badan
  • Berpeluh
  • Rasa cemas, pening atau tidak sihat
  • Rasa sakit pada perut
  • Sesak nafas

Gejala yang dialami boleh berlanjutan untuk tempoh antara 10 hingga 15 minit atau lebih.

Simptom bagi setiap individu adalah berbeza. 

Ada individu yang berdepan beberapa gejala, manakala terdapat juga mereka yang langsung tidak mengalami sebarang simptom. 

Simptom angina

Angina adalah sakit dada jangka pendek terjadi apabila otot jantung tidak menerima darah atau oksigen yang mencukupi.

Kerap terjadi apabila otot jantung perlu bekerja lebih kuat daripada biasa, seperti ketika bersenam, mengalami tekanan, cuaca sejuk atau setelah mengambil hidangan makan yang berat.

Tanda sakit dada angina akan berkurangan dengan rehat atau penggunaan ubat.

Punca kenapa sakit dada angina sering berlaku disebabkan oleh penyakit arteri koronari. 

Ia keadaan di mana arteri jantung menjadi sempit kerana penumpukan plak (simpanan lemak) pada dinding arteri. 

Penyempitan ini bermaksud bekalan darah ke jantung berkurangan, menyebabkan kesakitan pada dada.

Angina biasanya tidak mengakibatkan kerosakan pada jantung.

Kenapa sakit dada: Memahami faktor risikonya

Serangan jantung dan angina sering didasari oleh penyakit arteri koronari – terjadi disebabkan faktor risiko tertentu.

Terdapat faktor risiko yang boleh diubah dan ada yang tidak.

Antara faktor penyebab yang boleh diubah adalah:

Faktor yang tidak boleh diubah:

  • Penuaan – risiko meningkat seiring pertambahan usia
  • Wanita dalam fasa menopaus
  • Lelaki 
  • Sejarah keluarga dengan penyakit jantung
  • Etnik

Seperkara penting perlu diingatkan adalah mereka tanpa faktor risiko juga boleh mengalami tanda sakit dada disebabkan serangan jantung atau angin.

punca sakit dada
Penyebab sakit dada bahagian tengah.

Kenapa sakit dada: Punca-punca lain

Sakit dada tengah seperti dicucuk yang dialami turut boleh disebabkan oleh keadaan lain yang tidak berkaitan dengan jantung.

Punca sakit dada tengah terjadi adalah:

  • Ketakcernaan (indigestion) atau asid perut naik semula ke esofagus (asid refluks). Masalah ini biasanya diburukkan lagi dengan tabiat merokok, minum alkohol atau kopi, pengambilan makanan berlemak atau ubatan tertentu
  • Jangkitan dada
  • Trauma dada (patah tulang rusuk)
  • Pembekuan darah pada paru-paru (emboli paru)
  • Ketegangan otot dada – berpunca oleh senaman kuat, aktif bekerja secara fizikal, permainan sukan bersentuhan atau mengangkat berat di gimnasium
  • Keradangan sendi tulang rusuk berhampiran tulang dada (costochondritis)
  • Kayap (herpes zoster) – boleh menyebabkan kesakitan pada dada sebelum ruam terbentuk
kenapa sakit dada
Cara menjaga kesihatan jantung.

Penyembuhan daripada kesakitan dada

Kini anda sudah mengetahui punca kenapa sakit dada terjadi.

Jika kesakitan yang dialami tidak serius, berikut cara hilangkan sakit dada secara kendiri yang boleh anda lakukan untuk proses penyembuhan diri sepenuhnya:

  • Mengikuti nasihat doktor mengenai rawatan
  • Mendapatkan rehat secukupnya
  • Tingkatkan intensiti aktiviti secara berperingkat
  • Lakukan pemeriksaan lanjut jika disyorkan doktor

Kurangkan risiko serangan jantung

Cara hilangkan sakit dada dan mengurangkan risiko serangan jantung termasuk:

  • Cuba mengurangkan atau berhenti merokok
  • Jadilah aktif secara fizikal, sekurang-kurangnya bersenam 3x seminggu
  • Makan pelbagai makanan sihat – bijirin, buah-buahan, sayur-sayuran, protein dan lemak sihat
  • Pantau berat badan agar kekal seimbang 
  • Lakukan pemeriksaan kesihatan jantung untuk menilai risiko terkena serangan jantung sekurang-kurangnya setiap 2 tahun sekali. Jika anda berisiko tinggi, pemeriksaan lebih kerap adalah disyorkan
  • Pastikan anda mengambil ubat seperti yang diarahkan. Jangan berhenti kecuali dengan arahan doktor

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.



Disemak secara perubatan oleh

Dr. Joseph Tan

Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Disemak pada 04/06/2024

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan