backup og meta
Info Kesihatan
Alat Kesihatan
Tanya Doktor
Simpan

Mengapa Kita Perlu Bersenam Dan Kekal Aktif Setiap Hari? Ini 7 Manfaatnya Untuk Badan!

Disemak secara perubatan oleh Dr. Aisyah Syahira Abdul Hamid · Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Annes Nadia · Disemak pada 05/06/2024

Mengapa Kita Perlu Bersenam Dan Kekal Aktif Setiap Hari? Ini 7 Manfaatnya Untuk Badan!

Ramai di antara kita sebenarnya mengetahui akan kepentingan dan kebaikan bersenam pada setiap hari. Malahan, kita boleh lihat ada sahaja jiran tetangga yang meluangkan masa untuk bersenam dengan berjalan kaki atau berlari anak di kawasan perumahan sebelum dan selepas pulang bekerja. 

Kebaikan bersenam bukan sahaja dapat memastikan tubuh badan kita kekal sihat, malah ia juga dapat membantu kita untuk mendapatkan mood yang baik sepanjang hari.

Sebenarnya, ada banyak kepentingan dan kesan bersenam setiap hari yang anda mungkin tidak tahu lagi. Jadi, mari kita fahami terlebih dahulu tentang 7 kebaikan bersenam setiap hari di dalam artikel ini.

Untuk mendapatkan lebih banyak informasi tentang Badan Sihat, anda boleh klik di sini.

Memahami maksud senaman dan aktiviti fizikal

Sebelum kita pergi dengan lebih mendalam lagi mengenai kebaikan bersenam setiap hari, apa kata anda fahami terlebih dahulu mengenai maksud senaman dan aktiviti fizikal.

Walaupun perkataan senaman dan aktiviti fizikal sering digunakan bersama-sama, namun sebenarnya ia mempunyai dua maksud yang berbeza.

Untuk makluman anda, maksud senaman adalah suatu pergerakan yang dirancang dan dilakukan berulang kali untuk meningkatkan kecergasan badan.1

Dalam erti kata lain, senaman merupakan satu aktiviti yang dapat membuatkan anda berpeluh dan meningkatkan kadar degupan jantung anda.1

Menurut WHO, aktiviti fizikal pula adalah semua pergerakan badan yang dilakukan pada setiap hari termasuklah ketika anda sedang berehat atau anda bergerak dari satu tempat ke tempat yang lain. 

Malahan, kedua-dua aktiviti fizikal berintensiti sederhana dan intensiti tinggi juga dapat meningkatkan kesihatan dan kecergasan anda.2


WHO menyarankan agar kita melakukan senaman berintensiti sederhana selama 150 minit setiap minggu. Dalam masa yang sama, senaman berintensiti tinggi pula perlu dilakukan sekurang-kurangnya 75 minit seminggu.

Apa kebaikan bersenam setiap hari untuk tubuh badan?

kebaikan bersenam
Kelebihan bersenam setiap hari.

Aktiviti senaman merupakan aspek terpenting dalam kehidupan kita bagi mendapatkan kesihatan menyeluruh. Semua individu tidak kira tua ataupun muda perlu menjadikan senaman dan aktiviti fizikal sebagai salah satu rutin kehidupan mereka bagi memastikan kesihatan sentiasa berada dalam tahap yang baik.

Jadi, mengapa kita perlu melakukan senaman? Apakah kesan bersenam setiap hari untuk anda?

Berikut adalah 7 kebaikan bersenam setiap hari untuk tubuh badan kita:

Kebaikan bersenam #1. Meningkatkan mood 

Aktiviti senaman dapat meningkatkan mood dan mengurangkan perasaan depresi, cemas dan tertekan anda.3

Senaman seperti berjalan kaki dapat meningkatkan kepekaan otak untuk hormon serotonin dan norepinefrin yang membantu untuk mengurangkan tekanan dan perasaan kemurungan.4

#2. Membantu mengurangkan berat badan

Sesetengah kajian menunjukkan bahawa gaya hidup yang tidak aktif adalah faktor utama dalam penambahan berat badan dan obesiti.3 Untuk memahami kesan bersenam setiap hari ke atas pengurangan berat badan, adalah penting untuk kita memahami hubungan antara senaman dan penggunaan tenaga.

Badan kita menggunakan tenaga dalam pelbagai cara seperti:

  • Mencerna makanan
  • Bersenam
  • Mengekalkan fungsi tubuh seperti degupan jantung dan pernafasan

Kajian menunjukkan bahawa menggabungkan senaman aerobik dengan senaman rintangan boleh memaksimumkan kehilangan lemak dan penyelenggaraan jisim otot yang penting untuk mengekalkan berat badan.5

kebaikan bersenam
Manfaat senaman aerobik.

#3. Menambahkan tenaga, antara kebaikan bersenam

Senaman boleh menjadi pendorong tenaga sebenar untuk individu yang sihat, serta mereka yang mengalami pelbagai keadaan perubatan.

Kesan bersenam setiap hari boleh meningkatkan tahap tenaga untuk individu yang menderita sindrom keletihan kronik (CFS) dan penyakit serius lain. Malah, senaman seolah-olah lebih berkesan untuk memerangi CFS daripada rawatan lain, termasuk terapi pasif seperti bersantai dan regangan, atau tiada rawatan sama sekali.6

#4. Mengurangkan risiko penyakit kronik

Kekurangan aktiviti fizikal boleh menjadi penyebab utama penyakit kronik. Senaman yang kerap dapat mengurangkan risiko mendapat penyakit jantung dan kejadian koroner (strok atau serangan jantung).

Kajian telah menunjukkan bahawa senaman aerobik secara berkala dapat mengurangkan tekanan darah sebanyak 5-7 mm Hg dalam kalangan individu yang mengalami hipertensi sekali gus dapat mengurangkan risiko penyakit jantung sebanyak 20-30%.7

Malahan, kesan penurunan tekanan darah hasil daripada senaman juga boleh bertahan sehingga 24 jam selepas anda melakukan aktiviti senaman!7

#5. Meningkatkan memori otak

Kebaikan bersenam yang lain juga dapat meningkatkan fungsi otak serta melindungi memori dan kemahiran berfikir anda. Pada mulanya, ia meningkatkan kadar denyutan jantung, yang menggalakkan aliran darah dan oksigen ke otak anda.8

Ia juga boleh merangsang pengeluaran hormon yang boleh meningkatkan pertumbuhan sel-sel otak. Senaman juga menyebabkan hippocampus, sebahagian daripada struktur otak yang penting untuk ingatan dan pembelajaran berkembang.8

Kesan bersenam setiap hari #6. Membantu meningkatkan kualiti tidur

cara tidur nyenyak
Cara untuk mudah tidur.

Senaman boleh membantu anda berehat dan tidur dengan lebih baik. Berhubung dengan kualiti tidur, kekurangan tenaga yang berlaku semasa senaman merangsang proses pemulihan semasa tidur.

Selain itu, peningkatan suhu badan yang berlaku semasa senaman difokuskan untuk meningkatkan kualiti tidur dengan membantunya turun semasa tidur.9

#7. Mengurangkan kesakitan

Walau bagaimanapun, kajian terbaru menunjukkan bahawa senaman membantu melegakan kesakitan penyakit seperti arthritis, asma, sakit belakang, kanser, demensia, diabetes, sakit jantung dan osteoporosis.10

Namun begitu, anda disarankan untuk berbincang dengan doktor mengenai jenis senaman yang sesuai untuk dilakukan dan cara melakukannya dengan selamat terlebih dahulu ya?

Bagaimana kita boleh memantau kadar kecergasan?

Kini, mereka yang gemar melakukan aktiviti fizikal mempunyai pelbagai cara untuk mengukur kecergasan diri masing-masing.

Dengan adanya pelbagai jam tangan pintar yang canggih di pasaran hari ini, ia sememangnya dapat membantu kita untuk sentiasa peka terhadap perubahan tahap kesihatan badan.

fungsi jam tangan pintar
Bersenam bersama Samsung Galaxy Watch6.

Khas buat anda yang gemar bersenam, Samsung ada mengeluarkan jam pintar terbaharunya iaitu Galaxy Watch6 Series! 

Jam pintar ini dapat membantu anda untuk memantau jumlah kalori yang telah dibakar selepas anda melakukan aktiviti fizikal atau bersenam, selain mengukur kadar degupan jantung anda.

Lebih menarik lagi, Sensor Analisis Impedans Bioelektrik (BIA) yang terdapat pada jam pintar ini juga membolehkan anda mengukur komposisi badan anda dengan tepat seperti peratusan lemak badan, kandungan air badan dan jisim otot rangka. 

Kini, Samsung Galaxy Watch6 Series hadir dengan promosi menarik khas buat anda! Dengan setiap pembelian jam pintar ini, anda akan menerima aksesori bernilai sehingga RM887 yang dibungkus dalam kotak hadiah eksklusif.

Ia juga merupakan antara pilihan hadiah yang ideal untuk diberikan kepada orang yang tersayang di sekeliling anda. 

Anda juga boleh mendapatkan Galaxy Watch5 Pro dan menerima mesin tekanan darah OMRON secara percuma! Wah! Menarik, kan?

Tunggu apa lagi? Dapatkan promosi Samsung Galaxy Watch6 Series ini di laman web Samsung, Samsung Experience Store, atau di kedai-kedai terpilih sekarang!

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.



Disemak secara perubatan oleh

Dr. Aisyah Syahira Abdul Hamid

Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Annes Nadia · Disemak pada 05/06/2024

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan