Aktiviti Fizikal Beri IMPAK POSITIF Pada Kesihatan Mental? Jom Bongkar!

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 14/07/2020 . 2 minit bacaan
Share now

Sememangnya diketahui umum bahawa aktiviti fizikal adalah bagus untuk tubuh badan. Ia juga merupakan salah satu cara yang paling efektif untuk meningkatkan kesihatan mental.

Senaman yang dilakukan secara berkala boleh memberi kesan positif kepada kebimbangan dan depresi. Ia juga melegakan tekanan, menguatkan ingatan, membantu anda untuk tidur dengan lebih baik dan merangsang mod anda.

Tidak kira berapa umur dan tahap kecergasan anda, anda sentiasa boleh mempelajari cara menggunakan aktiviti fizikal sebagai alat untuk membantu merasa lebih baik.

Kelebihan aktiviti fizikal terhadap kesihatan mental

Manfaat kesihatan mental daripada senaman berkala yang perlu ditekankan ialah;

aktiviti fizikal

1. Mengurangkan stres

Melegakan stres merupakan salah satu manfaat bersenam pada mental yang paling popular.

Mengeluarkan peluh dapat membantu untuk mengawal tekanan mental dan fizikal. Aktiviti fizikal juga boleh meningkatkan paras norepineferin, bahan kimia atau hormon yang menngurangkan respon otak kepada tekanan.

2. Merangsang hormon gembira

Senaman merangsang perembesan endorfin iaitu bahan kimia atau hormon yang menghasilkan rasa gembira dan euforia.

Kajian menunjukkan bahawa senaman juga boleh menyingkirkan simptom-simptom kemurungan, yang merupakan salah satu punca kepada terjadinya kesihatan mental.

3. Meningkatkan keyakinan diri

Tanpa mengira jantina, umur, saiz dan berat , aktiviti fizikal boleh meningkatkan persepsi seseorang pada tarikan dirinya sendiri, itulah yang dipanggil harga-diri

4. Mengelakkan kemerosotan kognitif

Bersenam, terutamanya bagi yang berumur antara 25-45 tahun, merangsang bahan kimia di dalam otak yang menyekat kemerosotan hipokampus iaitu bahagian penting di dalam otak yang bertanggungjawab bagi fungsi kognitif, memori dan pembelajaran.

Aktiviti fizikal berkala menguatkan ingatan dan kemampuan untuk mempelajari perkara baru. Ia juga meningkatkan penghasilan sel di dalam hipokampus. Kajian juga menunjukkan bahawa berlari dapat membantu menghafal kosa kata dengan lebih baik.

5. Mengawal ketagihan

Sebahagian individu mengalami ketagihan dopamine iaitu bahan kimia yang dilepaskan oleh otak sebagai respon kepada apa sahaja bentuk kenikmatan.

Ia menyebabkan mereka menjadi ketagih kepada bahan-bahan yang menghasilkannya seperti dadah dan alkohol. Senaman dapat membantu untuk memulihkan ketagihan.

6. Meningkatkan ketenangan

Bagi sesetengah individu, senaman yang sederhana seolah-olah seperti mengambil pil tidur, sama juga bagi mereka yang ada insomnia.

Bersenam sebelum waktu tidur membuatkan suhu badan menaik. Apabila suhu kembali normal beberapa jam kemudian, ia memberi isyarat pada badan untuk tidur.

kebaikan aktiviti fizikal

7. Dapat menyelesaikan lebih banyak perkara

Kajian menunjukkan bahawa mereka yang melakukan aktiviti fizikal secara berkala lebih produktif dan bertenaga berbanding individu yang tidak bersenam.

8. Merangsang kreativiti

Senaman kardio boleh merangsang kreativiti sehingga dua jam kemudian. Sekiranya anda memerlukan cetusan pemikiran kreatif, lakukan senaman seperti berjalan jauh atau belari untuk menyegarkan badan dan minda anda.

Jom bersenam hari ini

Adakah anda pernah terfikir sejauh mana anda perlu menjadi aktif untuk mendapatkan rangsangan kesihatan mental? Sebenarnya ia tidaklah sebanyak yang anda fikirkan .

Senaman yang sederhana selama 30 minit  sebanyak lima kali seminggu adalah disyorkan. Sekiranya anda terlalu sibuk, dua sesi senaman (15minit setiap sesi) atau tiga sesi senaman (10minit setiap sesi) juga boleh dilakukan.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Adakah artikel ini membantu anda?
happy unhappy
Rujukan

Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

Segan Payudara BESAR? Jom Cuba 5 Tip Semula Jadi Ini, Confirm Boleh Kecil!

Anda tidak suka dengan saiz buah dada dan ingin mencari cara untuk mengecilkan payudara? Hello Doktor ada tip semula jadi yang boleh anda cuba.

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Asyikin Md Isa
Kesihatan Wanita Lain 08/02/2021 . 3 minit bacaan

Kerap Marah-Marah Tanpa Sebab Dengan Pasangan? Anda Mungkin Alami Gangguan Personaliti Ini

Gangguan personaliti ini boleh menjejaskan hubungan seseorang dengan individu lain. Gangguan ini dikenali sebagai gangguan keperibadian sempadan.

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
Isu Kesihatan Mental Lain 08/02/2021 . 3 minit bacaan

Rimas, Tapi Ini Sebab Mengapa Perlu Bersenam Sambil Pakai Topeng Muka!

Ketika negara diserang wabak COVID-19, wajarkah kita pakai pelitup muka sewaktu melakukan aktiviti fizikal? Tapi apa faedah pakai mask ketika bersenam?

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Fatin Zahra
Badan Sihat, Tip Keselamatan Senaman 28/01/2021 . 3 minit bacaan

Serangan Panik & Kegelisahan, Macam Sama Tapi Tak Serupa! Ini Cara Untuk Bezakannya

Istilah serangan panik dan kegelisahan sering digunakan secara bergantian, tetapi ia sebenarnya berbeza dan mempunyai ciri-ciri yang tersendiri.

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Nisreen Nadiah
Gangguan Kegelisahan, Kesihatan Mental 27/01/2021 . 3 minit bacaan

Artikel lain untuk anda

Kepentingan bersenam

Kecergasan, Aktiviti Fizikal & Senaman, Apakah Kepentingannya Dalam Hidup Kita?

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Fatin Zahra
Diterbitkan pada 18/02/2021 . 4 minit bacaan
fungsi otot

Nak Elak Masalah Jisim Otot Hilang Masa Usia Tua Nanti? Ikut 6 Cara Ini

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
Diterbitkan pada 16/02/2021 . 3 minit bacaan
serangan panik

Ini 5 Mitos PALING POPULAR Mengenai Serangan Panik, Rupanya Ia Tidak Seperti Yang Disangka

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
Diterbitkan pada 10/02/2021 . 3 minit bacaan
gangguan cinta obsesif

Cemburu BUKAN Tanda Sayang! Jika Berlebihan, Ini Tanda Gangguan Mental

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Nisreen Nadiah
Diterbitkan pada 09/02/2021 . 3 minit bacaan