backup og meta

Petua Hilangkan Pening Kepala Berdenyut Dalam Masa 10 Minit Sahaja!

Petua Hilangkan Pening Kepala Berdenyut Dalam Masa 10 Minit Sahaja!

Pening kepala merupakan satu masalah kesihatan yang boleh mengganggu aktiviti harian anda. Walaupun ubat-ubatan merupakan jalan pintas yang selalu diambil bagi meredakan sakit kepala, namun terdapat juga beberapa cara hilangkan pening kepala dalam 10 minit tanpa perlu menelan sebarang ubat pening kepala di farmasi.

Mahu tahu lebih lanjut? Ikuti artikel ini sehingga tamat kerana kami akan kongsikan kepada anda beberapa petua menarik bagi melegakan sakit kepala anda dengan cepat!

Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kesihatan, sila dapatkannya di sini.

Kenali jenis sakit kepala anda

Sakit kepala adalah keadaan yang biasa dialami oleh setiap individu tanpa mengira usia dan keadaan semasa.

Simptom utama sakit kepala adalah sakit berdenyut di kepala atau pada dahi anda.

Tetapi, sebelum anda mengetahui beberapa cara hilangkan pening kepala dan loya, ada beberapa kategori sakit kepala yang anda perlu ketahui supaya petua yang diambil bersesuaian mengikut situasi anda.

Secara umumnya, terdapat 150 jenis sakit kepala dan ia terbahagi kepada dua kategori utama seperti berikut:

Sakit kepala primer

Sakit kepala primer merujuk kepada keadaan yang berpunca daripada ketidakseimbangan atau masalah rangsangan saraf yang mengesan rasa sakit di kepala.

Berikut merupakan beberapa jenis sakit kepala kategori primer:

  • Sakit kepala jenis tekanan – kesakitan yang dialami di kawasan dahi dan keliling kepala
  • Migrainsakit kepala yang kuat dan kebiasaannya menyerang sebelah bahagian kepala, sama ada kiri atau kanan. Pesakit akan merasa mual, ingin muntah dan sensitif terhadap cahaya dan bunyi
  • Sakit kepala kelompok – rasa sakit dan berat di sebelah kepala dan sakit kepala yang paling sakit antara yang lain

Sakit kepala sekunder

Sakit kepala sekunder pula berlaku disebabkan sakit di bahagian lain, yang kemudian merebak sehingga meninggalkan rasa sakit di bahagian kepala.

Dalam erti kata lain, ia adalah sakit kepala yang disebabkan penyakit lain seperti cedera pada kepala hingga menyebabkan infeksi pada organ tubuh lain.

Sakit kepala sekunder ini terbahagi kepada beberapa sub kategori seperti yang berikut:

  • Masalah resdung
  • Ketumbuhan otak
  • Infeksi

Cara hilangkan pening kepala dan loya

cara hilangkan pening kepala
Punca sakit kepala.

Menggunakan ubat-ubatan bagi merawat sakit kepala sebenarnya bukan langkah terbaik.

Untuk makluman anda, penggunaan ubat pening kepala di farmasi secara berterusan dapat menjejaskan kesihatan dalaman organ kita dalam suatu jangka masa panjang.

Berikut merupakan beberapa cara hilangkan pening kepala tanpa perlu menelan ubat pening kepala di farmasi:

Cara hilangkan pening kepala #1. Dapatkan tidur yang mencukupi

Kurang tidur sebenarnya boleh menjadi punca anda sakit kepala serta menyebabkan anda berasa lemau dan tidak bermaya pada keesokan hari.

Pastikan anda dapat tidur yang cukup sekurang-kurangnya tujuh jam pada setiap malam bagi mencegah masalah sakit kepala.

Cara hilangkan pening kepala dengan banyakkan minum air putih

Pengambilan air kosong yang mencukupi dapat meneutralkan kadar pH, menguatkan imun anda daripada penyakit batu karang, selain daripada membantu mencegah diri anda daripada masalah sakit kepala.

Anda disarankan untuk minum air sekurang-kurangnya lapan gelas sehari.

Kurangkan stres

Stres boleh menjadi penyebab utama anda sakit kepala. Kawal stres anda dan lakukan aktiviti meditasi seperti yoga dan menarik nafas secara perlahan-lahan bagi mengurangkan masalah sakit kepala anda.

Kurangkan pengambilan kafein, antara cara hilangkan sakit kepala sebab angin

Pengambilan makanan dan minuman kafein yang sederhana dapat membantu meredakan sakit kepala tetapi pengambilannya yang berlebihan akan menyebabkan anda sakit kepala.

Anda disarankan untuk mengawal pengambilan kafein anda.

keburukan kafein
Keburukan pengambilan kafein untuk kanak-kanak.

Jangan merokok

Rokok mengandungi bahan kimia yang boleh menyebabkan kepala anda rasa berdenyut dan boleh mencegah aliran darah ke otak anda.

Malapkan lampu anda yang terang

Cahaya lampu yang terang daripada telefon atau skrin komputer anda juga boleh menyebabkan anda sakit kepala atau migrain.

Anda digalakkan untuk memakai kaca mata anti-sinar biru bagi melindungi mata anda dan malapkan juga cahaya lampu skrin gajet anda.

Melakukan senaman

Senaman adalah cara hilangkan pening kepala yang terbaik untuk anda. Ini kerana senaman dapat meningkatkan aliran darah anda dan melepaskan hormon tekanan dalam badan anda.

Lakukan aktiviti senaman ringan seperti berjalan kaki sebagai permulaan kerana senaman yang berlebihan dan terlampau kuat boleh mencetuskan lagi sakit kepala anda.

Cara hilangkan sakit kepala tanpa ubat dengan akupunktur

kebaikan akupunktur
Manfaat rawatan akupunktur.

Akupunktur adalah ubat pening kepala tradisional yang berasal daripada teknik perubatan cina yang boleh melegakan serangan sakit kepala atau migrain anda.

Penyisipan jarum halus ke dalam kulit dapat merangsang saraf untuk melepaskan hormon (endorfin) yang mencetuskan tindak balas badan anda.

Kesimpulan

Kesimpulannya, semoga cara hilangkan pening kepala ini dapat merawat serangan sakit kepala anda. Walau bagaimanapun, sila berbincang segera dengan doktor anda mengenai simptom yang anda alami bagi mendapatkan rawatan yang terbaik.

[embed-health-tool-bmi]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Sakit kepala. http://www.myhealth.gov.my/sakit-kepala-2/. Diakses pada November 1, 2023.

Headaches Category. https://headaches.org/headache-categories/. Diakses pada November 1, 2023.

Headaches. https://my.clevelandclinic.org/health/diseases/9639-headaches. Diakses pada November 1, 2023.

Types Of Headaches. https://stanfordhealthcare.org/medical-conditions/brain-and-nerves/headache/types.html. Diakses pada November 1, 2023.

Acupuncture Can Help Headache and Migraine Pain. https://www.lancastergeneralhealth.org/health-hub-home/2022/august/acupuncture-can-help-headache-and-migraine-pain. Diakses pada November 1, 2023.

 

 

Versi Terbaru

17/04/2024

Ditulis oleh Annes Nadia

Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor

Diperbaharui oleh: Nurul Nazrah Nazarudin


Artikel Berkaitan

MENGEJUTKAN! Ada Diet Khas Yang Boleh Mencegah Sawan, Tapi Berkesankah?

Info Lengkap Mengenai Sakit Kepala: Kenali Jenis, Punca & Rawatan


Disemak secara perubatan oleh

Panel Perubatan Hello Doktor


Ditulis oleh Annes Nadia · Disemak pada 17/04/2024

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan