Komuniti merupakan platform selamat untuk anda berhubung dengan ahli lain, meinggalkan komen megenai topik yang anda pilih dan mendapatkan nasihat perubatan daripada pakar kesihatan kami.
Ubat Sakit Mata Jenis Moden VS Tradisional, Yang Mana Satu Patut Anda Pilih?
Mata adalah antara organ yang paling penting dan tanpanya, kita semua tidak akan mampu untuk melihat. Apabila terjadi masalah pada organ ini, maka ubat sakit mata sudah tentu akan jadi salah satu ikhtiar terbaik agar ia dapat pulih kembali seperti sediakala.
Persoalannya, mana satu anda patut pilih di antara jenis moden atau tradisional? Jom terus baca!
Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kesihatan Mata, anda boleh dapatkannya di sini.
Ubat ini juga boleh membantu anda merawat gejala konjunktivitis iaitu mata merah, kering serta gatal. Menariknya, anda boleh pilih sama ada ingin mencuba cara yang moden atau tradisional.
Ubat sakit mata moden di farmasi
Sekiranya anda mengalami konjunktivitis akibat alahan, jangkitan atau kecederaan dan ingin mencari ubat sakit mata moden di farmasi, pastikan anda berjumpa dengan pakar oftalmologi terlebih dahulu.
Mereka akan mendiagnosis dan mempreskripsi jenis ubat titis apa yang terbaik buat anda. Antara yang paling popular adalah asid fusidic dan chloramphenicol di dalam bentuk ubat titis mata.
Dalam masa sama, anda juga mungkin diberikan antibiotik atau antihistamin jika ada alahan atau jangkitan yang sangat teruk. Kebiasaannya, kondisi ini boleh pulih secara sendiri seiring masa.
Bagi masalah mata yang lebih teruk seperti yang kami nyatakan di atas tadi, wujud ubat titis yang anda boleh gunakan namun ia mungkin tidak akan menyelesaikan masalah dengan total. Sewajarnya, anda perlu berjumpa dan berbincang dengan doktor pakar mata.
Segera berjumpa doktor sekiranya mengalami sakit mata merah berpanjangan.
Ubat sakit mata tradisional di rumah
Kondisi sakit mata atau konjunktivitis ini juga mungkin anda boleh rawat secara sendiri sahaja di rumah menggunakan bahan semula jadi di dapur. Pun begitu, ia mungkin tidak begitu efektif serta akan mendatangkan implikasi bahaya pada organ mata anda.
Ini kerana masih belum ada sebarang bukti saintifik yang kata penggunaan bahan alami itu boleh membantu merawat masalah mata. Lebih menakutkan, ia mungkin akan memberi kesan berbahaya.
Ketahuilah bahawa semua bahan di atas tidak menjamin boleh merawat masalah sakit mata sama ada pada tahap ringan, sederhana atau kronik. Penggunaannya juga mungkin tidak disarankan.
Dalam pada itu, individu turut dinasihatkan agar tidak mudah percaya dengan produk di pasaran yang kononnya boleh menyelesaikan masalah kronik berkaitan organ mata tanpa bukti saintifik.
Mana satu yang anda patut pilih dan guna?
Ya, memang ada dua jenis ubat sakit mata yang mungkin anda boleh pilih sama ada moden atau tradisional. Persoalannya, mana satu kaeadah yang akan berkesan dan tiada kesan berbahaya?
Gunakan penitik mata yang sesuai sebagai merawat sakit mata merah.
Seperti mana yang telah kami nyatakan di atas tadi, kedua-duanya mungkin boleh membantu merawat masalah sakit mata biasa iaitu konjunktivitis dengan tahap keberkesanan yang agak berbeza.
Namun, lain pula ceritanya kalau ia melibatkan isu mata yang jauh lebih kronik seperti glaukoma, katarak dan lain-lain. Ini kerana tiada ubat atau herba tradisional dengan manfaat seperti ini.
Berbeza pula dengan kaedah moden kerana wujud ubat sakit mata dalam bentuk titisan, topikal atau oral untuk membantu merawat segala masalah berkaitan organ ini walau di tahap kronik.
Konklusinya, kami boleh simpulkan di sini kaedah moden adalah jauh lebih baik dan selamat jika mahu dibandingkan dengan cara tradisional. Dapatkan pandangan daripada pakar mata untuk lebih kepastian!
Kalkulator BMI
Penafian
Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.
Eye Medications, https://chicago.medicine.uic.edu/departments/academic-departments/ophthalmology-visual-sciences/our-department/media-center/eye-facts/medicine-for-the-eyes/, Accessed Aug 5 2022.
Eye Care Medicine, https://patient.info/medicine/eye-care-medicine-1279, Accessed Aug 5 2022.
Common Eye Diseases and Vision Problems, https://my.clevelandclinic.org/health/diseases/17130-eye-diseases, Accessed Aug 5 2022.
Conjunctivitis (pink eye), https://www.aoa.org/healthy-eyes/eye-and-vision-conditions/conjunctivitis?sso=y, Accessed Aug 5 2022.
How to Put in Eye Drops, https://www.aao.org/eye-health/treatments/how-to-put-in-eye-drops, Accessed Aug 5 2022.
Home Remedies for Simple Eye Problems, https://www.aao.org/eye-health/tips-prevention/home-remedies, Accessed Aug 5 2022.
First Aid for Eye Emergencies. https://preventblindness.org/first-aid-for-eye-emergencies/. Accessed Feb 2 2023.
Versi Terbaru
05/11/2024
Ditulis oleh Ahmad Farid
Disemak secara perubatan oleh Dr. Muhamad Firdaus Rahim