backup og meta
Info Kesihatan
Alat Kesihatan

2

Tanya Doktor
Simpan

Ini Bacaan Tekanan Darah Normal Ikut Umur, Ada Untuk Dewasa & Kanak-Kanak Juga!

Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor


Ditulis oleh Muhammad Wa'iz · Disemak pada 29/02/2024

    Ini Bacaan Tekanan Darah Normal Ikut Umur, Ada Untuk Dewasa & Kanak-Kanak Juga!

    Cari bacaan darah tinggi mengikut umur kerana alami punca tekanan darah tinggi? Ya, sebenarnya bacaan tekanan darah yang normal boleh ditentukan mengikut umur dan jantina seseorang. Ini beberapa maklumat jantung bacaan tekanan darah tinggi mengikut umur yang anda kena tahu.

    Untuk mendapatkan lebih banyak info berkenaan Kesihatan Jantung, anda boleh klik di sini.

    Apa fungsi bacaan tekanan darah?

    Adakah mengetahui bacaan darah tinggi ikut umur itu penting? Ya. Pemantauan bacaan tekanan darah secara berkala atau bacaan darah tinggi ikut umur merupakan antara rutin pemeriksaan kesihatan asas yang perlu dijalani oleh setiap individu jika alami punca tekanan darah tinggi.

    Malah, ia perlu dilakukan dengan lebih kerap apabila usia semakin bertambah atau jika anda menghidap sebarang penyakit.

    Ia juga perlu dilaksanakan oleh setiap individu tidak kira kanak-kanak, orang dewasa, lelaki mahupun perempuan.

    Bacaan tekanan darah berperanan mengukur daya yang ditekan pada dinding arteri anda semasa jantung mengepam darah melalui badan.

    Purata tekanan darah berbeza mengikut jantina dan ia cenderung untuk meningkat mengikut usia.

    Oleh sebab itu, amat penting untuk mengetahui bagaimana tekanan darah boleh mempengaruhi kesihatan anda. 

    Apa maksud nombor bacaan tekanan darah?

    bacaan darah tinggi mengikut umur
    Mesin tekanan darah digunakan untuk melihat bacaan tekanan darah anda.

    Bacaan tekanan darah terdiri daripada dua nombor, contohnya, 120/80 mm Hg, atau disebut bacaan darah tinggi atas dan bawah.

    Bacaan darah tinggi atas dan bawah tersebut adalah bahagian penting dalam bacaan tekanan darah anda.

    Nombor teratas (tekanan sistolik) mengukur tekanan dalam arteri apabila jantung anda berdegup.

    Manakala nombor bawah (tekanan diastolik) mengukur tekanan dalam arteri anda di antara setiap degupan jantung.

    Unit ukuran piawai iaitu mm Hg, bermaksud “milimeter merkuri.”

    Walaupun tolok tekanan merkuri telah digantikan dengan tolok tekanan elektronik, namun singkatan bagi ukuran piawai ini masih lagi digunakan sehingga kini.

    Nombor manakah yang lebih penting?

    Lazimnya, lebih banyak perhatian dan tumpuan diberikan oleh doktor kepada tekanan darah sistolik (nombor pertama).

    Ini kerana, ia menunjukkan faktor risiko utama untuk penyakit kardiovaskular, khususnya bagi individu yang berumur lebih daripada 50 tahun.

    Dalam kebanyakan individu, tekanan darah sistolik meningkat secara berterusan seiring dengan usia disebabkan oleh peningkatan kekakuan arteri besar, pembentukan plak yang sudah lama, dan peningkatan kejadian penyakit jantung dan vaskular.

    Walau bagaimanapun, kedua-dua bacaan tekanan darah sistolik atau diastolik tinggi boleh digunakan untuk membuat diagnosis bacaan darah tinggi mengikut umur.

    Bacaan darah tinggi mengikut umur: Kanak-kanak

    bacaan darah tinggi mengikut umur
    Tekanan darah kanak-kanak juga perlu dipantau secara berkala.

    Bacaan tekanan darah tinggi berbeza dalam kanak-kanak, bergantung kepada umur mereka.

    Jantung bacaan tekanan darah tinggi mengikut umur kanak-kanak adalah seperti berikut:

    • Kelahiran baru sehingga 1 bulan: 60–90 mm Hg (sistolik)/20–60 mm Hg (diastolik)
    • Bayi: 87–105 mm Hg (sistolik)/53–66 mm Hg (diastolik)
    • Kanak-kanak yang masih kecil: 95–105 mm Hg (sistolik)/53–66 mm Hg (diastolik)
    • Kanak-kanak prasekolah: 95–110 mm Hg (sistolik)/56–70 mm Hg (diastolik)
    • Kanak-kanak sekolah: 97–112 mm Hg (sistolik)/57–71 mm Hg (diastolik)
    • Remaja: 112–128 mm Hg (sistolik)/66–80 mm Hg (diastolik)

    Namun, bacaan darah tinggi mengikut umur kanak-kanak juga berbeza bergantung kepada tinggi, umur dan jantina mereka.

    Bacaan darah tinggi mengikut umur: Orang dewasa

    Berdasarkan maklumat yang diperoleh daripada Persatuan Jantung Amerika Syarikat, tekanan darah yang normal bagi orang dewasa yang berumur 20 tahun ke atas adalah kurang daripada 120/80 mm Hg.

    Untuk diklasifikasikan sebagai mempunyai tekanan darah tinggi atau hipertensi, tekanan sistolik mestilah menunjukkan bacaan 130 mm Hg atau lebih tinggi daripada itu.

    Tekanan diastolik pula adalah sebanyak 80 mm Hg atau lebih dalam kebanyakan masa.

    Tekanan darah purata

    Apabila anda semakin tua, saluran darah cenderung untuk menjadi lebih kaku dan plak (bahan berlemak) boleh terkumpul di dalamnya.

    Hal ini boleh meningkatkan tekanan darah anda. Jika tekanan darah menjadi terlalu tinggi, anda berisiko besar untuk mendapat penyakit jantung, strok dan lain-lain lagi.

    bacaan darah tinggi mengikut umur
    Cara-cara memahami bacaan pada mesin tekanan darah.

    Untuk makluman anda, pada tahun 2015, purata tekanan darah di seluruh dunia adalah 127/79 mm Hg bagi lelaki dewasa, dan 122/77 mm Hg bagi wanita.

    Kesimpulan

    Kini anda telah tahu bacaan darah tinggi mengikut umur. Bacaan tekanan darah boleh diperiksa di mana-mana klinik, hospital atau farmasi yang berdekatan.
    Namun, anda juga boleh menyemaknya sendiri di rumah jika anda mempunyai alat bacaan tekanan darah tersebut.
    Buat pemeriksaan tekanan darah lebih awal supaya anda boleh mengetahui sebarang risiko dengan lebih cepat. 

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Panel Perubatan Hello Doktor


    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz · Disemak pada 29/02/2024

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan