backup og meta

Alat Ukur Tekanan Darah Digital VS Konvensional, Yang Mana Lebih Tepat?

Disemak secara perubatan oleh Dr. Joseph Tan · Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


Ditulis oleh Fatin Zahra · Disemak pada 21/06/2022

    Alat Ukur Tekanan Darah Digital VS Konvensional, Yang Mana Lebih Tepat?

    Anda mempunyai alat untuk mengukur hipertensi atau tekanan darah di rumah? Tahukah anda, pemeriksaan tekanan darah di rumah merupakan antara langkah penting untuk menguruskan hipertensi.

    Namun, bagi mereka yang baharu sahaja didiagnosis dengan masalah tekanan darah tinggi, anda pasti tertanya-tanya tentang cara manakah yang lebih baik.

    Adakah penggunaan alat untuk mengukur hipertensi di rumah itu sama tepatnya dengan pengambilan bacaan tekanan darah tinggi di klinik atau hospital?

    Jawapannya, mungkin ya! Namun, alat ini perlulah digunakan dengan cara yang betul.

    Pada zaman sekarang, alat pengukur tekanan darah amat mudah didapati. Alat yang digunakan untuk mengukur keadaan hipertensi ini juga boleh didapati di farmasi tanpa sebarang preskripsi.

    Walau bagaimanapun, sebelum anda mula mengambil bacaan tekanan darah di rumah, anda perlulah tahu teknik yang betul untuk menggunakannya.

    Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kesihatan Jantung, sila dapatkannya di sini.

    Bacaan alat untuk mengukur hipertensi tidak tepat, mengapa?

    alat untuk mengukur hipertensi

    Walaupun doktor menggalakkan pengambilan bacaan tekanan darah di rumah, kadangkala bacaan ini tidak tepat. Namun, mengapa ini berlaku?

    Menurut Dr. Swapnil Hiremath dari Ottawa Hospital di Kanada, ada puncanya mengapa bacaan yang diambil pesakit tidak tepat.

    Sebab itulah, pesakit yang baru sahaja mula mengambil bacaan tekanan darah tinggi di rumah digalakkan untuk membawa alat untuk mengukur hipertensi tersebut berjumpa doktor.

    Doktor boleh menguji sama ada bacaan tersebut tepat atau tidak. Malah, doktor juga boleh mengajar anda cara untuk menggunakannya dengan betul. 

    Anda juga boleh membawa alat tersebut untuk diuji ketepatannya sekurang-kurangnya setahun sekali.

    Tambah Dr. Hiremath lagi, hampir 30% pesakit mendapat bacaan sistolik yang salah ketika menggunakan alat bacaan tekanan darah.

    Malah, perbezaannya adalah di sekitar 5 mm Hg berbanding bacaan yang diambil ketika di klinik menggunakan kaedah konvensional. Manakala, bacaan diastolik pula kadangkala berbeza sehingga 21 mm Hg.

    Perbezaan bacaan tekanan darah bukanlah sesuatu yang memeranjatkan. Malah, ia berkait rapat dengan pergerakan, pemakanan dan juga emosi pesakit pada waktu bacaan diambil.

    Sebab itulah, doktor akan mengambil bacaan sekurang-kurangnya dua kali untuk memastikannya tepat.

    Bagaimana saya boleh mendapatkan bacaan yang tepat?

    alat untuk mengukur hipertensi

    Ada beberapa langkah mudah yang boleh dilakukan untuk mendapatkan bacaan tekanan darah yang tepat ketika menggunakan alat untuk mengukur hipertensi.

    Tidak dinafikan, ada beberapa faktor yang boleh menyebabkan peningkatan tekanan darah. Malah, peningkatan ini selalunya berlaku disebabkan:

    1. Tekanan perasaan. 
    2. Merokok.
    3. Cuaca sejuk.
    4. Senaman
    5. Terlalu kenyang.
    6. Ingin membuang air kecil. 
    7. Mengambil minuman berkafein
    8. Mengambil ubat-ubatan tertentu.

    Untuk mendapatkan bacaan yang tepat, cuba elakkan faktor-faktor ini ketika mengambil bacaan tekanan darah. Selain itu, cuba ambil bacaan pada masa yang sama setiap hari. 

    Cara menggunakan alat tekanan darah dengan betul

    alat untuk mengukur hipertensi

    Tahukah anda, anda boleh membaca tekanan darah sendiri di rumah? Malah, bacaan yang diambil juga lebih kurang sama dengan bacaan yang diambil oleh doktor di klinik atau hospital.

    Pengambilan bacaan tekanan darah kendiri di rumah bukan sahaja menjimatkan masa, malahan anda juga boleh lakukannya pada bila-bila masa tanpa perlu melalui perjalanan yang jauh.

    Walau bagaimanapun, ada beberapa panduan yang perlu dipatuhi ketika mengukur tekanan darah masing-masing:

    1. Duduk diam dan jangan bergerak. Jangan merokok, minum minuman berkafein atau bersenam 30 minit sebelum mengukur tekanan darah. Kosongkan pundi kencing sekurang-kurangnya 5 minit sebelum mengambil sebarang bacaan.
    2. Duduk dengan betul. Pastikan belakang badan lurus dan tegak. Kaki sepatutnya diletakkan lurus pada lantai dan bukannya disilangkan. Pastikan anda baca arahan pada instrumen tersebut sebelum menggunakannya.
    3. Ambil bacaan pada hari yang sama. Penting untuk anda mengambil bacaan pada waktu yang sama setiap hari, sama ada waktu pagi atau petang.
    4. Ambil bacaan sekurang-kurangnya dua kali. Tulis bacaan tersebut di dalam buku khas. Jika alat untuk mengukur hipertensi yang anda gunakan menyimpan bacaan secara digital, bawa alat tersebut berjumpa doktor setiap kali janji temu.
    5. Jangan ambil bacaan di atas baju. Jika anda lipat lengan baju sehingga ketat, bacaan yang diambil mungkin tidak tepat. Jadi, pastikan anda ambil bacaan terus pada lengan.

    Baca juga:

    Kesimpulan

    hypertension

    Jika anda mempunyai alat yang digunakan untuk mengukur keadaan hipertensi, anda boleh gunakannya untuk memeriksa tekanan darah setiap hari. Malah, pembelian alat tekanan darah ini juga amat berguna terutamanya untuk mengawal tekanan darah tinggi. 

    Dari segi ketepatan bacaan, alat untuk mengukur hipertensi digital boleh memberikan keputusan yang hampir dengan bacaan yang didapati di klinik. Namun, alat tersebut perlulah digunakan dengan betul!

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Joseph Tan

    Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


    Ditulis oleh Fatin Zahra · Disemak pada 21/06/2022

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan