Jika nilai yang diukur lebih daripada apa yang dinyatakan sebagai normal, seseorang itu berisiko didiagnosis dengan masalah hipertensi.
Guna alat sphygmomanometer untuk kesan masalah hipertensi awal

Alatan yang boleh mengukur tekanan darah dengan tepat adalah sphygmomanometer merkuri yang sering digunakan di klinik.
Anda pasti pernah nampak, kan? Doktor membalut tangan anda dengan cuff alat tersebut, kemudian mengepam bagi menyekat aliran darah ke tangan secara manual.
Namun, alat tersebut memerlukan kecekapan dan familiariti dengan bunyi degupan bagi menentukan nilai sistolik dan diastolik.
Bagi orang awam, cukuplah untuk anda menggunakan alatan elektronik.
Ia boleh mengukur tekanan darah secara automatik dan anda hanya perlu menekan butang ‘mula’ sahaja.
Perkara yang perlu anda beri perhatian adalah saiz cuff (balutan yang disarungkan di tangan) yang digunakan.
Sebelum guna alat tekanan darah, pastikan:
Secara amnya: - Panjang cuff tersebut perlulah meliputi 80% ukur lilit lengan.
- Lebar cuff mesti sekurang-kurangnya 40% ukur lilit lengan.
Anda perlu merehatkan diri sekurang-kurangnya 1 minit sebelum mengambil tekanan darah.
Setelah nilai tekanan darah berjaya diperolehi, ambil bacaan kali kedua selepas berehat di antara 1 hingga 2 minit.
Jika beza di antara bacaan pertama dan kedua lebih 10 mmHg, pastikan anda mengulang buat kali ketiga.
Nilai bagi bacaan kedua dan ketiga kemudiannya perlu dipuratakan.
Konklusi
Prosedur ambil tekanan darah tidak rumit.
Walau bagaimanapun, interpretasi terhadap nilai tekanan darah tersebut tidak boleh dibuat sewenang-wenangnya.
Jika anda memeriksa tekanan darah di rumah dan didapati ia tinggi, rujuk doktor anda untuk khidmat nasihat kesihatan.
Pemeriksaan fizikal akan dilakukan dengan lebih terperinci bagi mengetahui risiko anda.
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen