Selain itu, imbasan ini juga berguna untuk menentukan bentuk dan saiz organ tersebut.
3. Biopsi
Doktor juga mungkin mencadangkan agar pesakit melakukan biopsi untuk mengambil sedikit sampel tisu dari kawasan ginjal.
Biopsi dilakukan untuk mengesan punca sebenar penyakit dengan menganalisis sampel biopsi di dalam makmal.
4. Ujian urin
Melalui ujian urin, doktor dapat mengenal pasti sebarang abnormaliti yang menandakan sebarang masalah dengan ginjal pesakit.
5. Ujian darah
Ujian ini akan melihat tahap bahan buangan seperti creatinine dan urea di dalam darah pesakit.
Rawatan

Penyakit ginjal dirawat bergantung kepada puncanya. Doktor selalunya akan memberikan rawatan untuk mengawal simptom, mengurangkan komplikasi dan memperlahankan penyebaran penyakit tersebut.
Jika pesakit telah mencapai tahap akhir, mereka mungkin memerlukan dialisis atau pemindahan buah pinggang untuk kekal hidup.
Di Malaysia, kebanyakan hospital mempunyai kemudahan untuk pesakit melakukan dialisis.
Malah, pesakit yang mempunyai banyak faktor risiko juga boleh melakukan ujian saringan untuk melihat ginjal mereka.
Sama seperti penyakit lain, penyakit ini juga dapat dirawat dengan lebih baik jika ia dikesan pada peringkat awal.
Bila perlu jumpa doktor?
Penyakit ini tidak berlaku dalam masa satu hari. Malah, organ ini boleh kekal berfungsi walaupun ia tercedera dalam jangka masa yang panjang.
Sebab itu ramai pesakit yang tidak mengalami apa-apa simptom hingga ginjal mereka berhenti berfungsi.
Sukar untuk mengesan simptom yang disebabkan oleh penyakit ginjal. Walau bagaimanapun, Dr. Juan Calle dari Cleaveland Clinic mempunyai beberapa tip yang mungkin berguna untuk anda.
Paling penting, pastikan anda sentiasa peka dengan simptom seperti tekanan darah tinggi, edema atau bengkak pada kaki dan muka, loya, tiada selera makan, sukar untuk membuang air seperti biasa serta sukar fokus.
Walaupun mungkin muncul satu atau dua simptom sahaja seperti dalam senarai di atas, namun tiada ruginya jika anda membuat pemeriksaan kesihatan di klinik atau hospital berdekatan.
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen