backup og meta

Wanita Hampir Menopaus Selalu Rasa Sakit Dada? Ini Petanda Masalah Jantung!

Wanita Hampir Menopaus Selalu Rasa Sakit Dada? Ini Petanda Masalah Jantung!

Apabila menghampiri fasa putus haid, pasti seorang individu wanita itu akan mengalami perubahan pada hormon dan sekali gus muncul pelbagai simptom termasuk sakit dada. Namun adakah penyebab sakit dada dianggap sebagai gejala menopaus pada wanita?

Ikuti penjelasan ini untuk memahami dengan lebih lanjut mengenai keadaan tersebut.

Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kesihatan Jantung, sila dapatkannya di sini.

Penyebab sakit dada bagi wanita hampir menopaus

Dianggarkan 1 daripada 2 wanita mungkin berisiko mendapat hipertensi atau tekanan darah tinggi sebelum mencecah usia 60 tahun.

Walau bagaimanapun, doktor menyatakan kebanyakan mereka ini berkemungkinan tidak mendapatkan rawatan sewajarnya bagi membantu mencegah kejadian seperti serangan jantung dan strok.

Ini kerana simptom yang dialami dianggap sebagai gejala menopaus pada wanita.

Berdasarkan kajian juga menunjukkan banyak wanita usia pertengahan meneruskan kehidupan dengan hipertensi yang tidak didiagnosis. 

Keadaan ini kerana simptom seperti masalah sakit dada, keletihan, sakit kepala, jantung berdebar dan gangguan tidur, disalahertikan dan dikaitkan dengan menopaus. 

Kes hipertensi yang sering diabaikan merupakan sebahagian daripada penyakit kardiovaskular dalam kalangan wanita pada kelompok usia ini.

penyebab sakit dada

Jarang dialami wanita

Wanita yang mengalami hipertensi atau penyakit kardiovaskular lain lazimnya tidak didiagnosis. Ini kerana doktor menumpukan penyebab sakit dada sebagai gejala biasa pada lelaki bukannya wanita. 

Stenosis – penyempitan arteri besar, biasanya tidak berkembang pada wanita sehingga satu dekad kemudian berbanding lelaki. Bahkan keadaan tersebut jarang untuk terjadi bagi wanita di usia 40-an dan 50-an yang mengalami menopaus.

Apabila pakar kardiologi cuba mengesan stenosis pada wanita separuh umur dan tidak menjumpainya, mereka mungkin terlalu cepat menyimpulkan bahawa ia adalah gejala menopaus pada wanita dan bukannya simptom hipertensi atau faktor risiko lain berkaitan penyakit jantung.

Keadaan ini kerana gejala pertama berkaitan masalah jantung pada wanita di usia pertengahan cenderung bermula pada waktu yang sama dengan simptom menopaus.

Ia boleh merangkumi kekejangan koronari – penyempitan saluran darah secara mendadak dan cepat yang dapat menyekat aliran darah ke jantung dan keadaan yang dikenali sebagai penyakit mikrovaskular – kerosakan pada arteri kecil pada jantung.

penyebab sakit dada

Keadaan ini sekali gus menyukarkan doktor untuk membezakan penyebab sakit dada ini disebabkan gejala jantung yang berkaitan dengan kekejangan koronari ataupun menopaus.

Penyebab sakit dada: Antara risiko jantung & gejala menopaus pada wanita

Umumnya, apabila wanita mencapai fasa menopaus – purata pada usia 51 tahun, ia menandakan pengakhiran bagi kesuburan kekal.

Tahap jangka masa atau peralihan berlangsung selama beberapa tahun dan melibatkan pengurangan penghasilan hormon reproduktif secara beransur-ansur seperti estrogen dan progesteron.

Penurunan kadar estrogen selepas menopaus menyumbang kepada peningkatan berat badan, penurunan keupayaan menggunakan hormon insulin bagi menukar gula dalam darah kepada tenaga, peningkatan kadar lipid dan tekanan darah tinggi.

Individu dengan gejala menopaus teruk – kepanasan dan berpeluh malam – 50% lebih berisiko mengembangkan keadaan aterosklerosis subklinikal, sedikit penyempitan dan pengerasan arteri.

Semua simptom tersebut boleh meningkatkan risiko serangan jantung dan masalah kardiovaskular serius lain. 

Anda harus mengetahui penyebab sakit dada bukan simptom menopaus.

Malah sebarang gejala seperti jantung berdebar, sesak nafas, atau akibat bersenam, perlu dinilai sebelum mengaitkannya sebagai gejala menopaus pada wanita.

penyebab sakit dada

Terapi hormon menopaus & penyebab sakit dada

Terapi penggantian hormon boleh menjadi kaedah yang berkesan untuk meredakan simptom menopaus pada wanita. Ini terutamanya jika gejala yang dialami teruk sehingga menjejaskan kehidupan seharian.

Bagi wanita di bawah usia 60 tahun yang baru mengalami putus haid, hormonnya dapat mengurangkan risiko mengalami gejala sakit dada dan terkena penyakit kardiovaskular.

Bahkan manfaatnya pada jantung lebih baik jika terapi hormon dimulakan sebaik sahaja melalui fasa menopaus.

Baca juga:

Gaya hidup sihat cegah masalah sakit dada selepas menopaus

Pengurangan tahap estrogen pada fasa menopaus dikaitkan dengan tahap metabolisme perlahan dan pengambilan makanan lebih besar, menyumbang kepada masalah obesiti.

Obesiti boleh dikaitkan dengan faktor risiko lain untuk masalah jantung, termasuk diabetes, tekanan, kemurungan, kurang tidur dan tidak aktif secara fizikal.

Ini menjadikan pilihan gaya hidup sihat amat penting bagi wanita di usia pertengahan bagi mengurangkan risiko penyakit jantung.

Berikut saranan perubahan gaya hidup sihat untuk jantung dan mencegah masalah sakit dada:

  • Berhenti merokok
  • Mengekalkan berat badan seimbang
  • Lakukan senaman intensiti sederhana selama 150 minit seminggu seperti berjalan pantas
  • Kurangkan duduk dan banyak bergerak
  • Makan makanan sihat untuk jantung – buah, sayuran, bijirin, daging poltri, ikan, kekacang dan minyak sayuran tidak tropikal seperti minyak jagung
  • Hadkan pengambilan daging merah, daging diproses, produk tenusu penuh krim, makanan bergoreng, garam dan minuman manis
  • Menguruskan tekanan dengan latihan yoga, berjalan, aktiviti seni atau mendengar muzik
  • Menetapakan waktu tidur dan bangun dengan teratur bagi menggalakkan tidur yang berkualiti

Jika wujud sebarang ketidakpastian mengenai simptom yang dialami, anda dinasihatkan untuk melakukan pemeriksaan doktor.

[embed-health-tool-heart-rate]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

  1. Hypertension symptoms in women often mistaken for menopause. https://www.escardio.org/The-ESC/Press-Office/Press-releases/Hypertension-symptoms-in-women-often-mistaken-for-menopause, Accessed on Oct 14, 2021
  2. Menopause and high blood pressure: What’s the connection? https://www.mayoclinic.org/diseases-conditions/high-blood-pressure/expert-answers/menopause-and-high-blood-pressure/faq-20058406, Accessed on Oct 14, 2021
  3. Women & Cardiovascular Disease. https://my.clevelandclinic.org/health/diseases/17645-women–cardiovascular-disease, Accessed on Oct 14, 2021
  4. A.H.E.M. Maas and H.R. Franke (2009). Women’s health in menopause with a focus on hypertension. https://www.ncbi.nlm.nih.gov/pmc/articles/PMC2644382/, Accessed on Oct 14, 2021
  5. Why it’s important to spot hypertension in women going through the menopause. https://www.totalhealth.co.uk/blog/why-its-important-spot-hypertension-women-going-through-menopause, Accessed on Oct 14, 2021
  6. Angela H E M Maas, Giuseppe Rosano, Renata Cifkova, Alaide Chieffo, Dorenda van Dijken, Haitham Hamoda, Vijay Kunadian, Ellen Laan, Irene Lambrinoudaki, Kate Maclaran, Nick Panay, John C Stevenson, Mick van Trotsenburg, Peter Collins (2021). Cardiovascular health after menopause transition, pregnancy disorders, and other gynaecologic conditions: a consensus document from European cardiologists, gynaecologists, and endocrinologists. https://doi.org/10.1093/eurheartj/ehaa1044, Accessed on Oct 14, 2021
  7. Menopause FAQs: Understanding the Symptoms. http://www.menopause.org/for-women/expert-answers-to-frequently-asked-questions-about-menopause/menopause-faqs-understanding-the-symptoms, Accessed on Oct 14, 2021

Versi Terbaru

24/05/2024

Ditulis oleh Asyikin Md Isa

Disemak secara perubatan oleh Dr. Ahmad Wazir Aiman

Diperbaharui oleh: Muhammad Wa'iz


Artikel Berkaitan

Adakah Pengambilan Garam Yang Tinggi Mendorong Kepada Tekanan Darah Tinggi?

5 Ubat-Ubatan Asas Untuk Merawat Tekanan Darah Tinggi, Ambil Tahu Setiap Kesan Sampingannya


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Ahmad Wazir Aiman

Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Disemak pada 24/05/2024

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan