Putus haid adalah perubahan normal dalam kehidupan wanita ketika haidnya terhenti dan usia menopause normal adalah sekitar 45 ke 55 tahun.
Disemak secara perubatan oleh Dr. Joseph Tan · Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group
Putus haid adalah perubahan normal dalam kehidupan wanita ketika haidnya terhenti dan usia menopause normal adalah sekitar 45 ke 55 tahun.
Seseorang wanita didapati positif menopaus apabila tidak lagi didatangi haid selama 12 bulan berturut-turut.
Menopaus berlaku kerana ovari wanita berhenti menghasilkan hormon estrogen dan progesteron.
Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kesihatan Wanita, sila dapatkannya di sini.
Seperti yang telah kalian sedia maklum, menopaus berlaku kepada semua wanita dan setiap orang mungkin mengalaminya secara berbeza.
Ia juga boleh berlangsung selama beberapa tahun dan terdapat 3 peringkat:
Apabila seseorang wanita menghampiri fasa usia menopause normal, tahap estrogen akan mula menurun.
Hal ini mengurangkan kemungkinan untuk hamil. Libido (rangsangan seks) juga boleh terjejas!
Tanda pertama menunjukkan menopaus semakin menghampiri adalah kitaran haid berubah dan makin kurang teratur.
Sebagai kesan menopause, haid mungkin berlaku dengan lebih kerap berbanding biasa, lebih berat atau boleh jadi lebih ringan.
Sesiapa yang mempunyai kebimbangan mengenai perubahan haid harus menemui doktor, kerana ia juga mungkin merupakan indikasi kehamilan atau beberapa masalah kesihatan.
Kekeringan faraj, gatal-gatal dan ketidakselesaan mungkin bermula pada peringkat perimenopause dan berterusan hingga menopaus.
Wanita yang mengalami gejala ini mungkin mengalami kesakitan dan ketidakselesaan semasa berhubungan seks. Jika kulit terluka, risiko jangkitan pula mungkin terjadi.
Vaginitis atropik, yang melibatkan penipisan, kekeringan dan keradangan dinding faraj, kadangkala boleh berlaku semasa menopaus.
Penggunaan pelembap, pelincir dan ubat-ubatan dapat melegakan isu kekeringan faraj serta masalah lain yang berkaitan.
Hot flashes adalah antara kesan menopause yang kerap berlaku.
Keadaan ini boleh menyebabkan seseorang merasakan sensasi panas secara mengejut di bahagian atas badan.
Sensasi panas mungkin bermula di sekitar wajah, leher, dada dan naik ke atas atau ke bawah.
Ia juga boleh menyebabkan:
Sesetengah wanita turut berpeluh apabila tidur pada waktu malam, atau mengalami sensasi yang bertentangan seperti kesejukkan atau menggigil.
Hot flashes seringkali berlaku pada tahun pertama setelah haid berakhir, tetapi ia boleh berterusan sehingga 14 tahun selepas menopaus!
Masalah tidur juga boleh menjadi antara kesan menopause dan mungkin berpunca daripada:
Rawatan ini bantu dalam mengimbangi tahap hormon badan dengan memberikan estrogen tambahan dan versi sintetik hormon progesteron.
Terapi hormon juga tersedia dalam pelbagai bentuk, termasuk tampalan kulit dan krim topikal. Ia dapat mengurangkan hot flashes dan gejala menopaus yang lain.
Namun, penggunaannya berupaya meningkatkan risiko terhadap penyakit dan masalah kesihatan tertentu.
Kalian tidak boleh sewenang-wenangnya melakukan terapi hormon jika mempunyai faktor risiko untuk masalah kesihatan berikut:
Penggunaan produk di bawah mungkin dapat bantu melegakan gejala:
Seperti yang telah dikupaskan, usia menopause normal adalah sekitar 45 ke 55 tahun.
Manakala, menopaus awal berlaku ketika haid seseorang wanita terhenti sebelum mencecah usia 45.
Ia boleh berlaku secara semula jadi, atau merupakan kesan sampingan daripada beberapa rawatan tertentu.
Sekiranya ada dalam kalangan pembaca yang berusia di bawah 45 tahun dan mendapati haid jarang terjadi atau telah berhenti sama sekali, anda harus menemui doktor dengan kadar segera ya! Kini anda telah tahu usia menopause normal.
#IWD2022 #StandStrong
Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen