home

Bagaimana kami boleh memperbaikinya?

close
chevron
Artikel ini mengandungi maklumat yang salah dan tidak tepat.
chevron

Sila beritahu kami apa yang salah.

wanring-icon
Anda tidak wajib mengisi maklumat ini. Sila klik Hantar Pendapat Saya di bawah untuk terus membaca.
chevron
Artikel ini tidak menyediakan info selengkapnya
chevron

Sila beritahu kami apa yang salah.

wanring-icon
Anda tidak wajib mengisi maklumat ini. Sila klik Hantar Pendapat Saya di bawah untuk terus membaca.
chevron
Hmm... Saya ada soalan!
chevron

Kami tidak boleh menawarkan khidmat nasihat kesihatan peribadi, tapi kami mengalu-alukan pendapat anda! Sila isi kotak di bawah.

wanring-icon
Jika anda mengalami kecemasan, sila hubungi pihak kecemasan atau lawati bilik kecemasan terdekat dengan kadar segera.

Penurunan Risiko Penyakit Kardiovaskular: Melihat Itu Lebih Sekadar Mempercayai

Penurunan Risiko Penyakit Kardiovaskular: Melihat Itu Lebih Sekadar Mempercayai

Keupayaan untuk berkomunikasi dengan pesakit menggunakan bahasa mudah khususnya dalam penyampaian maklumat kritikal berkaitan dengan keadaan pesakit tersebut adalah satu seni komunikasi yang diterapkan dalam diri seorang doktor dan digunakkan dalam interaksi antara doktor dan pesakit. Tujuan penerapan teknik dalam komunikasi ini adalah untuk memastikan pesakit dapat memahami keadaan mereka sebaik mungkin, dengan harapan kecaknaan ini meningkatkan keberkesanan rawatan melalui kepatuhan pada ubat dan nasihat doktor.

Hal ini khususnya dalam penyakit-penyakit kronik tidak berjangkit seperti tekanan darah tinggi dan kencing manis yang memerlukan motivasi yang berterusan untuk patuh pada rawatan demi mencegah komplikasi penyakit kardiovaskular seperti kegagalan jantung atau serangan jantung. Walau bagaimanapun, sikap tidak patuh pada rawatan masih menjadi isu dalam menguruskan keadaan-keadaan dan faktor-faktor risiko kardiovasukular seseorang.

Berkait rapat dengan permasalahan ini, pada tahun 2018, satu kajian rawak terkawal yang dicetak dalam jurnal perubatan Lancet, melibatkan lebih 3500 peserta di Sweden mendapati wujudnya kaitan antara tindakan menunjukkan imbasan dan maklumat imbasan Ultrasound aterosklerosis ‘senyap’ seorang pesakit, dengan pengurangan risiko kardiovaskular selepas setahun berbanding hanya memaklumkan pesakit tentang faktor-faktor risiko mereka. Kajian ini merupakan sebahagian daripada Program Pencegahan Penyakit Kardiovaskular Sweden dan setiap peserta tidak mempunyai penyakit kardiovaskular pada titik mula kajian namun semuanya mempunyai satu atau lebih faktor risiko untuk penyakit kardiovaskular.

Peserta dibahagikan secara rawak kepada dua kumpulan; kumpulan pertama (kumpula intervensi) menerima gambar imbasan Ultrasound Karotid mereka (dalam bentuk usia vaskular), dan kumpulan kedua (kumpulan kawalan) yang tidak memiliki sebarang maklumat imbasan diberikan. Kumpulan pertama juga mendapat maklumat penjelasan bagaimana aterosklerosis boleh diubahsuai melalui gaya hidup sihat dan rawatan ubat-ubatan disertakan dengan panggilan berkala daripada jururawat untuk menilai kefahaman mereka terhadap maklumat imbasan mereka.

Dalam penilaian purata Skor Risiko Framingham, kumpulan yang menerima intervensi (maklumat imbasan) didapati mengalami penurunan dalam purata skor risiko mereka sebanyak 0.58 daripada 12.2 manakala kumpulan kawalan sebaliknya mengalami peningkatan purata skor risiko mereka sebanyak 0.35 daripada 13.31. Kesan sama berlaku dalam lelaki dan wanita yang mengambil bahagian dalam kajian ini dan juga dalam kalangan mereka yang berpendidikan tinggi atau mereka yang menerima pendidikan asas. Menurut ketua penulis, Ulf Näslund, profesor dan pakar perubatan dalam kesihatan awam dan perubatan klinikal di Universiti Umeå, Sweden, “Kajian ini menunjukan kehebatan penggunaan imbasan aterosklerosis khusus individu sebagai alat untuk merangsang perubahan persepsi dan sikap sekaligus membantu mengurangkan risiko penyakit kardiovaskular.”

Penulis lain turut menambah, “Ianya adalah rekaan keamatan rendah yang munasabah dalam amali klinikal.” Bagaimanapun, mereka mengakui bahawa kajian yang ditaja pertubuhan kajian bukan berasas keuntungan ini tidak menunjukkan sama ada pengurangan risiko penyakit kardiovaskular dalam kumpulan intervensi dicapai melalui perubahan gaya hidup atau rawatan ubatan. “Persoalan sama ada keputusan kajian ini akan kekal melebihi tempoh setahun bersama penurunan risiko penyakit kardiovaskular, memerlukan temu janji susulan jangka masa panjang,” Ujar penulis-penulis kajian. Mereka membuat konklusi bahawa dapatan ini menyokong kajian lanjutan dalam menerajui kaedah cegahan primer yang mudah untuk penyakit-penyakit kardiovaskular.

Hello Health Group tidak memberi sebarang nasihat perubatan, diagnosis mahupun rawatan.

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Sumber Rujukan
Mayor S. Showing people scans of silent atherosclerosis helps them to reduce their cardiovascular risk. BMJ. 2018 Dec 3;k5119.
Näslund U, Ng N, Lundgren A, Fhärm E, Grönlund C, Johansson H, et al. Visualization of asymptomatic atherosclerotic disease for optimum cardiovascular prevention (VIPVIZA): a pragmatic, open-label, randomised controlled trial. Lancet. 2019 12;393(10167):133–42.
Gambar penulis
Maklumat perubatan disemak oleh Dr. Shelby
Ditulis oleh Ahmad Wazir Aiman Mohd Abdul Wahab
Disemak pada 18/02/2019
x