Tukar tabiat tidur
Cuba untuk tidur dan bangun pada waktu yang sama setiap hari. Amalkan setiap hari selama seminggu; pada hujung minggu, atau pada hari kerja biasa, walaupun anda merasakan anda tidak mendapat tidur yang secukupnya.
Ada masanya, adalah lebih baik untuk anda tidur hanya ketika anda keletihan. Anda juga boleh tidur lebih lambat dari biasa jika ia membantu anda tidur dengan lebih cepat.
Elakkan menonton televisyen, menggunakan telefon, tablet atau komputer sebelum tidur. Ia akan menyebabkan otak akan bekerja walaupun anda sudah berbaring. Sebaiknya, cuba untuk rehatkan tubuh dan minda. Anda boleh mandi dengan air panas, mendengar muzik, atau minum segelas susu panas, ini antara aktiviti yang dapat meningkatkan kualiti tidur anda.
Jangan terlalu memaksa diri untuk tidur, hindari dari terlalu melihat jam. Jika anda tidak boleh tidur, bangun dan cuba untuk membaca buku, ia mungkin dapat membantu anda tidur lebih cepat.
Kawal rutin pemakanan
Setiap apa yang anda makan dan juga minum turut boleh mengganggu tidur anda.
- Elakkan kopi atau teh beberapa jam sebelum waktu tidur.
- Seimbangkan air yang anda ambil. Tidak mengambil air yang secukupnya boleh menyebabkan anda haus, manakala, mengambil terlebih air akan membuatkan kerap pergi ke tandas.
- Hindari minuman beralkohol.
- Jangan makan makanan yang berat sebelum tidur. Ini boleh membuatkan anda tidak selesa untuk berbaring. Pilih snek ringan untuk elakkan dari daripada lapar.
Cipta persekitaran tidur yang lebih baik
Persekitaran tidur juga boleh menjejaskan tidur anda. Oleh itu, sebaiknya ubah suai suasana bilik tidur agar lebih menenangkan.