Doktor boleh mempertimbangkan maklumat yang diperolehi daripada ujian untuk mendapatkan rawatan terbaik.
Beberapa contoh rawatan untuk pemicu yang spesifik, merangkumi:

- Kanser endometrium: Selalunya, rawatan untuk kanser endometrium dilakukan dengan membuang rahim dan juga kelenjar limfa yang berdekatan dengan kawasan barah itu dapat merebak. Prosedur ini dikenali sebagai histerektomi. Bergantung pada penyebaran kanser, pesakit mungkin juga perlu menjalani rawatan kemoterapi berserta radiasi
- Polip: Rawatan polip boleh merangkumi pembedahan penyingkiran polip agar masalah vagina berdarah terhenti
- Hiperplasia endometrium: Wanita yang memiliki kondisi ini boleh mengambil ubat progestin, yang dapat bantu mencegah lapisan endometrium daripada menjadi terlalu tebal. Pun begitu, doktor mungkin akan mengesyorkan pesakit melakukan pemeriksaan berkala untuk sel-sel barah di dalam rahim bagi memastikan mereka tidak mempunyai kanser endometrium
Sekiranya wanita mengalami pendarahan faraj akibat penipisan tisu endometrium, doktor boleh mempreskripsikan estrogen faraj. Ubat ini dapat mengurangkan kesan penipisan tisu.
Akhir kata…
Dianggarkan sekitar 4% hingga 11% wanita mengalami kejadian vagina berdarah setelah mereka mengalami menopaus.
Walaupun pendarahan yang tidak teratur semasa menghampiri fasa pramenopaus (perimenopause) boleh dikatakan normal, tetapi vagina berdarah pasca putus haid adalah sebaliknya.
Jika anda didapati mengalami kondisi ini selepas menopaus, jangan sesekali ambil mudah!
Rujuk doktor atau pakar sakit puan kerana dikhuatiri ia merupakan indikasi kepada sesuatu yang lebih parah, seperti kanser endometrium.
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen