Penyakit aritmia adalah salah satu daripada jenis penyakit jantung. Secara mudahnya, penyakit aritmia bermaksud bahawa rentak degupan jantung berada dalam keadaan tidak normal.
Penyakit aritmia adalah salah satu daripada jenis penyakit jantung. Secara mudahnya, penyakit aritmia bermaksud bahawa rentak degupan jantung berada dalam keadaan tidak normal.
Gejala penyakit jantung ini berlaku apabila impuls elektrik yang menyelaras atau mengawal degupan jantung tidak berfungsi dengan baik.
Hal ini akan menyebabkan jantung anda berdegup sama ada terlalu cepat atau terlalu lambat bahkan tidak seperti biasa.
Ada ketikanya, anda berasakan bahawa jantung anda berdegup sedikit perlahan daripada biasa. Adakalanya, ia berdegup sedikit laju daripada degupan kebiasaan.
Dalam masa yang sama, anda juga mungkin tidak sedar sedang mengalami aritmia, disebabkan kadangkala ia tidak menunjukkan sebarang tanda yang jelas seperti contoh di atas.
Kebanyakan individu pernah mengalami aritmia ini dan ia boleh terjadi dalam 2 keadaan sama ada tidak membahayakan sama sekali atau boleh jadi kecemasan.
Terdapat beberapa jenis keadaan aritmia yang boleh berlaku kepada seseorang individu tersebut, bergantung kepada keadaan degupan jantung yang dialaminya.
Secara ringkasnya, berikut adalah jenis-jenis aritmia yang patut anda tahu:
#1. Tachycardia
Rentak atau irama jantung anda yang berlaku pada kadar lebih daripada 100 degupan dalam tempoh 1 minit.
#2. Bradycardia
Rentak jantung anda yang berlaku dalam keadaan yang perlahan dengan kadar sebanyak 60 degupan ke bawah dalam tempoh 1 minit.
#3. Supraventricular arrhythmias
Aritmia yang bermula pada bahagian atria, iaitu ruang atas jantung.
#4. Ventricular arrhythmias
Aritmia yang bermula pada bahagian ventrikel, iaitu ruang bawah jantung.
#5. Bradyarrhythmias
Rentak atau irama jantung perlahan yang mungkin disebabkan oleh penyakit pada sistem pengaliran jantung, seperti nod sinoatrial (SA), nod atrioventricular (AV) atau rangkaian HIS-Purkinje.
Anda mungkin akan mengalami gejala penyakit jantung ini walaupun jantung anda berada dalam keadaan yang sihat.
Namun, terdapat juga beberapa punca yang boleh menyebabkan seseorang itu mengalami aritmia. Antara punca-punca tersebut ialah:
Terdapat beberapa tanda atau simptom yang boleh menunjukkan anda mengalami penyakit aritmia ini. Tanda yang paling kerap berlaku adalah seperti berikut:
Selain daripada simptom-simptom tersebut, terdapat juga beberapa simptom lain yang menunjukkan anda mungkin mengalami penyakit aritmia yang lebih serius.
Antara tanda-tanda yang lebih serius tersebut ialah:
Memandangkan jenis penyakit jantung ini boleh terjadi sama ada dalam keadaan berbahaya atau tidak, namun simptom-simptom yang berlaku juga adalah berbeza.
Simptom yang berlaku boleh menunjukkan bahawa penyakit aritmia yang berlaku itu dalam keadaan serius atau tidak.
Cara yang paling selamat untuk menentukannya adalah dengan berjumpa doktor bagi melakukan pemeriksaan lanjut.
Memandangkan jenis penyakit jantung ini boleh berlaku dalam 2 keadaan, amat penting untuk anda berjumpa dengan doktor bagi memastikannya dengan lebih tepat.
Anda mungkin ingat penyakit aritmia yang anda rasakan itu seperti tidak begitu serius, namun dalam tidak sedar ia sebenarnya adalah kes yang sepatutnya dirawat di unit kecemasan.
Tanda-tanda atau simptom yang dinyatakan sebelum ini biasanya tidak diambil berat oleh ramai pihak.
Jadi, bagi mengelakkan sebarang risiko yang lebih serius, anda perlu sentiasa merujuk doktor untuk memastikan sebarang perubahan yang tidak normal pada degupan jantung anda.
Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen