Penyakit cepat lupa ini sama dengan penyakit Alzheimer ke? Siapa yang berisiko untuk mengalaminya?
Untuk mendapatkan lebih banyak info berkenaan Sihat Pada Usia Emas, anda boleh klik di sini.
Definisi
Apakah itu Penyakit Cepat Lupa?
Mudah lupa adalah sebahagian daripada proses penuaan yang normal. Apabila manusia semakin menua, perubahan berlaku pada seluruh bahagian badan termasuk otak.
Sebahagian orang memerlukan masa yang lebih lama untuk ingat atau terus lupa perkara yang mereka lakukan.
Ini kebiasaannya ialah petanda kepada mudah lupa yang ringan dan bukanlah masalah yang serius.
Mudah lupa juga boleh menjadi tanda pertama bagi penyakit Alzheimer atau penyakit-penyakit yang lain.
Apakah kebarangkalian Penyakit Mudah Lupa?
Mereka yang menghidapi penyakit ini kebiasaanya akan mudah lupa dan kebanyakannya berlaku kepada orang tua.
Walaubagaimanapun, penyakit ini juga turut melibatkan orang muda pada masa ini.
Sebahagian pesakit adalah mereka yang pernah mengalami kecederaan kepala dan trauma psikologi yang serius yang lebih banyak dalam kalangan perempuan berbanding lelaki.
Simptom-simptom
Apakah simptom-simptom Penyakit Cepat Lupa?
Tanda-tanda dan simptom-simptomnya adalah berbeza, dari mudah lupa yang ringan kepada yang serius bergantung kepada keadaan.
Simptom-simptom penyakit mudah lupa adalah: pesakit selalu bertanya soalan yang sama dan sesat di tempat-tempat yang biasa.
Pesakit tidak boleh ingat dan ikut arahan, bingung terhadap masa, orang dan tempat. Mereka juga kurang mengambil kisah tentang keselamatan, kebersihan dan pemakanan mereka.
Pesakit mudah lupa yang mengalami perubahan yang serius pada memori, personaliti, dan tingkah laku mungkin disebabkan oleh penyakit yang serius seperti penyakit Alzheimer dan defisit pada memori akibat sel otak yang mati.
Penyakit ini juga dikenali sebagai demensia yang disebabkan oleh stroke.
Bagi penyakit Alzheimer, simptom bermula secara perlahan dan menjadi semakin teruk.
Bagi penyakit deficit memori, stroke kecil atau perubahan pada saluran darah ke otak boleh menyebabkan simptom berlaku secara mengejut.
Tekanan darah tinggi (hipertensi) boleh menyebabkan defisit pada memori.
Mungkin terdapat beberapa tanda atau simptom yang tidak disenaraikan di atas.
Jika anda mempunyai sebarang kebimbangan tentang simptom-simptom tersebut, sila berjumpa dengan doktor anda.
Bila saya harus berjumpa doktor?
Mudah lupa adalah sebahagian daripada proses penuaan yang normal tetapi jika anda mempunyai kebimbangan, anda harus mendapatkan nasihat khusus dari doktor.
Jika doktor anda mengesyaki penyakit neurologi dan memerlukan rawatan, anda harus mengikuti arahan yang diberikan oleh doktor.
Punca
Apakah yang mengakibatkan penyakit cepat lupa?
Fungsi memori di dalam otak adalah sangat rumit dan melibatkan hampir semua aktiviti otak yang lain. Oleh itu, kecederaan yang melibatkan kepala dan otak boleh mengakibatkan gangguan dan kekacauan pada memori.
Penyakit ini boleh memberi kesan kepada sistem yang mengawal emosi dan memori. Penyakit ini disebabkan oleh luka yang menyebabkan lupa yang dinamakan sebagai penyakit saraf lupa. Ia termasuk:
- Stroke;
- Alzheimer;
- Sawan (seizure)
- Ketumbuhan (tumor) atau jangkitan pada otak atau darah beku di dalam otak;
- Kurang oksigen di dalam otak atau keracunan karbon monoksida;
- Bakteria herpes encephalitis, kanser atau penyakit autoimun;
- Alkoholisme kronik Wernicke-Korsakoff menyebabkan (kekurangan vitamin B1)
Baca juga: