Ramai yang keliru, sama ada ingin menghantar orang tua mereka ke rumah penjagaan orang tua atau mendapatkan perkhidmatan penjagaan orang tua di rumah.
Disemak secara perubatan oleh Dr. Ahmad Wazir Aiman · Dokter Umum · Hello Health Group
Ramai yang keliru, sama ada ingin menghantar orang tua mereka ke rumah penjagaan orang tua atau mendapatkan perkhidmatan penjagaan orang tua di rumah.
Jadi, mana satu pilihan yang terbaik?
Apabila ada yang menyebut mengenai rumah penjagaan orang tua, ramai daripada kita yang akan mula berfikiran negatif.
Kita mungkin cenderung untuk menyatakan bahawa mereka yang ingin menghantar ibu bapa ke rumah penjagaan orang tua sebagai anak derhaka.
Sebenarnya, ada daripada kalangan kita yang sememangnya tidak mahu menghantar orang tua mereka ke pusat penjagaan warga emas.
Adakalanya mereka memikirkan sama ada ingin menghantar orang tua mereka ke sana atau mendapatkan perkhidmatan penjagaan orang tua di rumah.
Namun, disebabkan beberapa kekangan, maka ada yang terpaksa menghantar orang tuanya ke rumah penjagaan warga emas.
Antara sebab atau kekangan yang sering berlaku ialah:
Ia sebenarnya bergantung kepada kemampuan waris dan keadaan semasa warga emas tersebut.
Bagi waris yang berkemampuan, anda boleh mendapatkan perkhidmatan penjagaan orang tua di rumah.
Kos perkhidmatan ini jauh lebih mahal jika dibandingkan dengan menghantar orang tua di pusat jagaan warga emas.
Apatah lagi, jika anda memerlukan servis ini setiap hari, maka kos pengurusan pastilah akan semakin meningkat. Begitu juga dengan keadaan warga emas tersebut.
Jika semakin banyak perkara yang perlu diuruskan seperti mencuci luka, memberi makan dan memandikan mereka, maka kosnya juga akan menjadi semakin mahal.
Oleh itu, jika anda mahu mendapatkan pilihan yang lebih berpatutan, anda boleh menghantar orang tua anda ke pusat penjagaan warga emas berdasarkan kriteria tertentu.
Untuk memilih rumah penjagaan warga tua yang bersesuaian dengan keperluan orang tua anda, maka anda boleh melihat kepada tip ini:
#1. Tempoh masa
Anda boleh memilih untuk menghantar orang tua anda ke pusat jagaan warga emas mengikut keperluan mereka.
Terdapat tiga jenis pusat jagaan yang boleh anda pilih iaitu pusat jagaan jangka panjang atau tetap, pusat jagaan masa pendek dan pusat rawatan harian.
Pemilihan ini bergantung kepada keadaan semasa orang tua anda.
#2. Tentukan jenis rawatan yang diperlukan
Jika orang tua anda tidak mempunyai penyakit atau masalah yang kronik, maka anda boleh memilih pusat jagaan yang tidak berasaskan kepada perubatan.
Bagi warga emas yang memerlukan rawatan khas, maka anda perlu memilih pusat jagaan yang mempunyai perkhidmatan jururawat dan jurupulih terlatih.
Anda boleh bertanya kepada pusat jagaan tersebut sekiranya mereka mempunyai staf terlatih yang boleh mengendalikan keadaan orang tua anda.
Namun, jika anda sekadar mahu menghantar orang tua untuk sementara waktu disebabkan urusan kerja, maka anda boleh memilih pusat jagaan harian.
#3. Faktor kewangan
Faktor kewangan juga menjadi antara faktor terpenting bagi pemilihan rumah penjagaan orang tua.
Bagi pusat jagaan warga emas swasta, kosnya pastilah agak tinggi.
Namun, jika anda mahu mendapatkan kos penjagaan yang lebih murah, anda boleh memilih rumah penjagaan orang tua milik kerajaan atau badan bukan kerajaan (NGO).
Selain itu, anda juga boleh mendapatkan sebut harga untuk maklumat terperinci berkaitan pembayaran yang akan dilakukan.
#4. Fasiliti rumah penjagaan
Salah satu kriteria penting bagi pemilihan rumah jagaan warga emas ialah fasiliti yang dimilikinya.
Adakah ia sesak dengan penghuni? Adakah bilangan staf mencukupi? Adakah bilik tidur berada dalam keadaan yang baik?
Semua ini perlu diberikan perhatian kerana ia melibatkan keselesaan orang tua anda.
#5. Penyediaan makanan dan juga ubat-ubatan
Dapatkan kepastian mengenai jenis makanan sama ada ia adalah makanan yang seimbang dan bernutrisi.
Anda juga perlu menyatakan keadaan semasa orang tua anda kepada pusat jagaan tersebut agar mereka boleh memberikan perhatian kepada ubatan yang diperlukan.
[health_tool_article id=’60419″]
Jangan sesekali memandang negatif kepada mereka yang menghantar orang tua mereka ke rumah jagaan orang tua.
Kita tidak mengetahui keadaan dan situasi semasa mereka pada ketika itu.
Malah, adalah lebih baik untuk menghantar orang tua ke pusat jagaan berbanding meninggalkan mereka bersendirian dalam keadaan yang bahaya.
Penafian
Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen