home

Bagaimana kami boleh memperbaikinya?

close
chevron
Artikel ini mengandungi maklumat yang salah dan tidak tepat.
chevron

Sila beritahu kami apa yang salah.

wanring-icon
Anda tidak wajib mengisi maklumat ini. Sila klik Hantar Pendapat Saya di bawah untuk terus membaca.
chevron
Artikel ini tidak menyediakan info selengkapnya
chevron

Sila beritahu kami apa yang salah.

wanring-icon
Anda tidak wajib mengisi maklumat ini. Sila klik Hantar Pendapat Saya di bawah untuk terus membaca.
chevron
Hmm... Saya ada soalan!
chevron

Kami tidak boleh menawarkan khidmat nasihat kesihatan peribadi, tapi kami mengalu-alukan pendapat anda! Sila isi kotak di bawah.

wanring-icon
Jika anda mengalami kecemasan, sila hubungi pihak kecemasan atau lawati bilik kecemasan terdekat dengan kadar segera.

Ingin Hentikan Pengambilan Alkohol? Ini Langkah Yang Wajar Diambil, Pasti Berkesan!

Ingin Hentikan Pengambilan Alkohol? Ini Langkah Yang Wajar Diambil, Pasti Berkesan!

Berniat mahu hentikan tabiat minum alkohol memang sesuatu yang sukar untuk dilakukan. Tetapi ini langkah mengatasi pengambilan alkohol boleh anda cuba. Semoga berjaya!

Hentikan tabiat minum alkohol

Untuk kebanyakan individu, berhenti mengambil alkohol boleh menjadi satu perjuangan yang sukar dan mencabar. Sesetengahnya mungkin akan berputus asa dan kembali kepada tabiat lama.

Walau bagaimanapun, jika anda mempunyai semangat yang kuat dan bersedia untuk berhenti minum sepenuhnya, anda pastinya boleh pulih daripada pengambilan alkohol.

Walau seteruk mana keadaan, cubalah untuk membaca artikel ini bagi mengambil beberapa langkah mengatasi pengambilan alkohol anda.

Masalah pengambilan alkohol yang kronik pastinya mempunyai rintangan dalam usaha untuk memberhentikan tabiat minum ini.

Kebiasaannya, seseorang individu yang gemar minum alkohol tidak mampu mengawal keinginan untuk minum sama seperti kesukaran untuk berhenti minum.

Dalam kes ini, anda mungkin akan mengalami keinginan untuk alkohol. Ini boleh mendatangkan kesukaran dan cabaran, terutama untuk enam bulan pertama selepas anda memutuskan untuk berhenti minum.

Perancangan rawatan alkohol yang terancang, pasti dapat membantu anda menempuhi cabaran ini. Malah, ia juga dapat membantu anda untuk membina kemahiran baru bagi mengatasi situasi tertekan, keinginan alkohol dan tekanan sosial untuk minum.

Langkah mengatasi pengambilan alkohol:

langkah mengatasi pengambilan alkohol

  1. Mempunyai matlamat

Pada permulaan, ia adalah sukar untuk berhenti minum sepenuhnya. Anda boleh meletakkan had pada jumlah alkohol yang boleh anda minum.

Had ini tidak boleh melebihi satu minuman sehari untuk seorang individu wanita dan dua minuman sehari bagi individu lelaki.

Pastikan anda mencatatkan matlamat anda dan letakkan pada tempat yang boleh anda nampak seperti di dalam bilik tidur atau di pintu peti sejuk.

  1. Jauhi faktor kecenderungan

Dalam situasi sosial, anda mungkin diajak minum sekadar untuk berseronok atau sebagai satu kelakukan sopan.

Jika anda perlu berdepan dengan individu tertentu, tempat atau aktiviti yang cenderung membuatkan keinginan melampau terhadap alkohol, cuba untuk menghindarinya.

  1. Membuat catatan

Langkah ini memerlukan kestabilan, tempat yang tenang untuk anda berfikir dan fokus. Benarkan seluruh badan anda untuk berehat. Tarik nafas secara mendalam dan fikirkan pada bahagian badan anda yang menyebabkan keinginan untuk alkohol.

Selepas itu, perhatikan apabila timbulnya keinginan dan catatkannya untuk pemerhatian anda. Tujuannya, bukan untuk menghilangkan keinginan itu tetapi untuk mengalami keinginan dengan situasi dan kaedah yang baru.

Jika mempraktikkan kaedah ini, anda akan menjadi biasa dengan keinginan yang muncul dan mengetahui bagaimana untuk menghindarinya sehingga keinginan itu hilang secara semula jadi.

Ini adalah antara cara yang dapat membantu mengatasi keinginan terhadap alkohol.

  1. Hobi baru dan aktiviti sihat

minum alkohol

Cari hobi baru, misalnya sebarang aktiviti sukarelawan atau pekerjaan dengan tujuan yang baik. Apabila anda melakukan sesuatu yang mendatangkan kepuasan, anda akan merasa lebih baik tentang diri sendiri dan keinginan untuk minum itu akan berkurangan.

Adalah sangat penting untuk menyedari tentang kebaikan berhenti mengambil alkohol.

Ramai individu bergelut dengan alkohol, sukar untuk memutuskan sama ada terus dengan tabiat minum untuk menenangkan fikiran atau menghindari tabiat minum ini.

Kesabaran merupakan kunci, memandangkan proses pemulihan memerlukan masa dan keazaman untuk berhenti yang konsisten.

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Gambar penulis
Maklumat perubatan disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Asyikin Md Isa
Disemak pada 15/04/2019
x