backup og meta
Info Kesihatan
Alat Kesihatan
Tanya Doktor
Simpan

Ajak Atuk, Nenek Main 5 Game Ini! Baik Untuk Memori & Elak Risiko Nyanyuk

Disemak secara perubatan oleh Dr. Joseph Tan · Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


Ditulis oleh Muhammad Wa'iz · Disemak pada 12/07/2022

Ajak Atuk, Nenek Main 5 Game Ini! Baik Untuk Memori & Elak Risiko Nyanyuk

Warga emas berisiko mengalami masalah memori. Tapi, jangan risau! Ada kaedah untuk mengelaknya, iaitu dengan cara bermain game untuk orang tua yang bagus untuk otak. 

Game untuk orang tua ini bukan hanya boleh membantu mereka mengisi masa lapang, tetapi juga memberikan keseronokan, selain membantu meningkatkan fungsi otak mereka.

Apakah jenis-jenis game untuk orang tua yang paling sesuai? Jom baca artikel ini. 

Baca lebih lanjut tentang Sihat Pada Usia Emas di sini. 

Ini 5 jenis game untuk orang tua yang paling sesuai

Di sini kami senaraikan 5 jenis permainan atau game untuk orang tua yang boleh anda berikan kepada datuk dan nenek anda. Game untuk otak ini pastinya memberikan banyak manfaat kepada mereka.

#1. Game untuk orang tua: Seni kraf buatan tangan

Bagi mereka yang lebih tua atau warga emas, membuat sesuatu aktiviti bukan sahaja merupakan kesempatan yang baik untuk mereka menggunakan imaginasi, tetapi juga dapat membantu memelihara ketangkasan tangan dan jari.

Di samping itu, seni pembuatan kraf juga boleh membuatkan mereka mampu untuk membuat satu-satu keputusan dengan menggunakan akal mereka.

Selain itu, mereka juga boleh mengisi masa lapang dengan menyiapkan barangan yang dibuat khas untuk rumah, atau sebagai hadiah untuk rakan dan keluarga. Pembuatan seni dan kraf tidak semestinya perlu rumit atau mahal.

Anda boleh mengajak mereka untuk membuat kad ucapan, membuat sarung ketupat, bahkan menawarkan mereka untuk belajar mengait. 

#2. Puzzle perkataan

game untuk orang tua

Salah satu game untuk otak yang sesuai adalah puzzle perkataan.

Puzzle perkataaan adalah satu cabaran yang menyeronokkan yang dapat membuatkan otak warga emas bekerja atau bersenam sewaktu memainkannya.

Walaupun tidak semua teka-teki dalam puzzle ini boleh diselesaikan, tapi ia boleh bantu datuk dan nenek anda untuk belajar berhubung dengan orang lain.

Ini sekali gus mengajar mereka menggunakan otak untuk mendapatkan jawapan bagi puzzle yang dimainkan.

Anda boleh mencari lebih banyak puzzle perkataan secara dalam talian atau mendapatkan buku mainan ini di kebanyakan kedai alat tulis dan buku.

#3. Game untuk orang tua: Bingo

Bingo adalah aktiviti yang menyeronokkan dan mudah, yang boleh dimainkan dalam kumpulan besar atau kecil.

Ini adalah salah satu aktiviti yang paling biasa dilakukan oleh kumpulan warga emas yang tinggal di rumah jagaan.

Selain itu, ia juga boleh dilakukan di mana sahaja termasuklah di rumah anda sendiri atau ketika berkelah bersama mereka.

Bermain bingo bukan sahaja menyeronokkan dan merangsang otak, tetapi juga mempunyai sejumlah manfaat untuk kesihatan warga emas.

Sebagai contoh, ia dapat membantu merangsang tiga deria utama: pendengaran (ketika nombor dipanggil), sentuhan (menggunakan pen untuk mengetuk dan memegang kad), dan penglihatan.

Bingo juga merupakan aktiviti sosial yang hebat yang dapat membantu mengurangkan kesunyian dan meningkatkan rasa kesejahteraan.

#4. Puzzle jigsaw

game untuk otak

Game untuk otak yang seterusnya ialah puzzle jigsaw. Mainan ini mungkin merupakan permainan latihan otak pertama yang pernah diberi oleh ibu bapa kita.

Namun, seiring bertambahnya usia, kita mungkin lupa betapa berkesannya puzzle jigsaw ini dalam merangsang minda kita.

Manfaat lain daripada game untuk orang tua ini ialah ia dapat menolong warga emas untuk tenang atau relaks dengan cara menurunkan tekanan darah dan memperlahankan kadar pernafasan.

Malah ada yang berpendapat bahawa puzzle jigsaw ini sebagai sejenis kaedah meditasi yang sesuai untuk warga emas yang mempunyai minda yang sibuk.

#5. Sudoku

Sudoku adalah permainan otak yang sangat baik untuk semua peringkat umur.

Ringkasnya, Sudoku adalah permainan logik yang melibatkan penyelesaian masalah dan mencari pola nombor.

Kemahiran yang dikembangkan melalui permainan ini mempunyai implikasinya yang tersendiri dengan membantu kumpulan warga emas untuk menilai kesan keputusan yang mereka hadapi setiap hari.

Oleh sebab Sudoku adalah satu cabaran, menyelesaikan teka-teki ini juga dapat memberikan rasa kepuasan yang sukar dicapai kepada warga emas setelah berjaya menyiapkannya dengan baik.

Kesimpulan

Warga emas bukan hanya memerlukan pemerhatian dari sudut fizikal semata-mata, tetapi juga dari sudut mental mereka.

Jika latihan fizikal boleh membuatkan mereka lebih kuat dan stabil dalam pergerakan, latihan mental pula dapat mengurangkan risiko mereka untuk mudah lupa atau menghidap demensia.

Oleh itu, jika anda mempunyai sedikit masa, luangkan masa tersebut bersama datuk dan nenek anda untuk bermain game untuk otak ini sekurang-kurangnya sekali dalam seminggu. 

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.



Disemak secara perubatan oleh

Dr. Joseph Tan

Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


Ditulis oleh Muhammad Wa'iz · Disemak pada 12/07/2022

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan