Normal jika air kencing berbau. Akan tetapi, jika air kencing selalu berbau busuk, ini yang perlu anda ambil peduli!
Disemak secara perubatan oleh Dr. Aisyah Syahira Abdul Hamid · Dokter Umum · Hello Health Group
Normal jika air kencing berbau. Akan tetapi, jika air kencing selalu berbau busuk, ini yang perlu anda ambil peduli!
Untuk mendapatkan lebih banyak info berkenaan urologi, anda boleh klik di sini.
Air kencing biasanya berwarna jernih atau kuning pucat, dengan sedikit bau.
Antara perkara yang membuatkan kencing berbau kuat adalah apabila anda makan sesuatu jenis makanan atau minuman tertentu seperti kopi atau petai, dehidrasi, makan sesetengah jenis ubat, dan mengambil suplemen vitamin B6.
Walau bagaimanapun, anda boleh mengembalikan semula bau air kencing kepada normal dengan cara minum banyak air kosong.
Bagi mengelakkan kencing berbau, anda perlu mengurangkan minuman kopi atau alkohol, tidak makan makanan yang berbau seperti bawang putih, asparagus, jering, dan petai kerana ia mengandungi kimia kuat yang akan melalui air kencing serta jangan mengambil lebih daripada 10mg vitamin B6 sehari.
Jika anda mengalami tanda-tanda di bawah, segeralah berjumpa doktor kerana masalah kencing berbau anda mungkin bukan disebabkan oleh punca lazim yang dinyatakan sebelum ini.
Tanda-tanda tersebut adalah sebahagian daripada simptom kencing kotor atau UTI.
Jangan mendiagnosis diri sendiri. Anda perlu berjumpa doktor jika mengalami simptom lain yang menyebabkan kencing berbau.
Sebaik-baiknya, berjumpalah dengan doktor bagi mengetahui apakah penyebab sebenar penyakit anda.
Apapun, berjumpalah doktor untuk kepastian dan mendapatkan rawatan segera sebelum keadaan kesihatan anda menjadi semakin teruk.
Penafian
Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen