Apa itu Sindrom Kecacatan Janin akibat Alkohol?

Oleh Fakta Perubatan Disemak oleh hellodoktor

enEnglish

Definisi

Apa itu Sindrom Kecacatan Janin akibat Alkohol?

Pengambilan alkohol semasa kehamilan boleh menyebabkan kecacatan kelahiran dan kecacatan perkembangan bayi. Sebenarnya, alkohol (bir, wain, minuman keras) adalah punca kecacatan kelahiran dan perkembangan yang boleh dicegah di Amerika Syarikat.

Bayi yang terdedah kepada alkohol di dalam rahim akan menyebabkan gangguan spektrum alkohol janin (FADSs). Gangguan ini meliputi masalah fizikal, tingkah laku dan pembelajaran. Jenis FADs yang paling teruk ialah sindrom alkohol janin (FAS). ia disebabkan pengambilan minuman keras semasa hamil.

Apakah kebarangkalian Sindrom Kecacatan Janin akibat Alkohol?

Tiada maklumat yang tepat tentang jumlah pesakit gangguan spektrum alkohol janin (FASDs). Beberapa kajian berbeza dilakukan untuk menganggarkan populasi pesakit yang menghidap FASDs. FASDs termasuk di dalam beberapa diagnosis berkaitan pendedahan bayi kepada alkohol semasa hamil. Secara khususnya, sindrom alkohol janin (FAS) termasuk di dalam diagnosis, dilakukan apabila terdapat  kecacatan fizikal dan perkembangan bayi. Sila berbincang dengan doktor anda untuk maklumat lanjut.

Simptom-simptom

Apakah simptom-simptom Sindrom Kecacatan Janin akibat Alkohol?

Kecacatan fizikal

Antara kecacatan fizikal ialah:

  • Ciri wajah jelas, termasuklah mata kecil, bibir atas nipis luar biasa, hidung pendek dan terbalik dan permukaan kulit yang lembut antara hidung dan bibir atas.
  • Kecacatan sendi, kaki dan tangan serta jari.
  • Perkembangan fizikal yang lambat sebelum dan selepas lahir.
  • Kesukaran penglihatan atau masalah pendengaran.
  • Ukur lilit kepala dan saiz otak yang kecil.
  • Kecacatan jantung dan masalah buah pinggang dan tulang.

Masalah otak dan sistem saraf tunjang

Masalah otak dan sistem saraf tunjang ialah:

  • Kesukaran koordinasi dan keseimbangan.
  • Kecacatan intelektual, gangguan pembelajaran dan lewat perkembangan.
  • Memori lemah.
  • Masalah bagi tumpuan dan memproses maklumat.
  • Kesukaran memberi sebab dan menyelesaikan masalah.
  • Sukar mengenal pasti kesan pilihan.
  • Lemah kemahiran membuat keputusan.
  • Hyperaktif.
  • Perubahan mood dengan cepat.

Isu sosial dan tingkah laku

Masalah pada fungsi, mengatasi dan berinteraksi dengan orang lain, seperti:

  • Kesukaran di sekolah.
  • Sukar bergaul dengan orang lain.
  • Lemah kemahiran sosial.
  • Sukar menyesuaikan diri dengan perubahan atau bertukar daripada satu tugasan kepada tugasan yang lain.
  • Masalah mengawal tingkah laku dan dorongan.
  • Masalah untuk fokus pada tugasan.
  • Sukar merancang atau membuat kerja menuju matlamat.

Terdapat beberapa simptom yang tidak disenaraikan di atas. Jika anda mempunyai sebarang persoalan berkaitan simptom, sila berunding dengan doktor anda.

Bila saya harus berjumpa doktor?

Anda perlu berhubung dengan doktor sekiranya anda mengalami perkara berikut:

Jika anda hamil dan tidak boleh berhenti mengambil alkohol, sila bertanya kepada pakar obstetrik, doktor penjagaan primer atau profesional kesihatan mental untuk bantuan.

Diagnosis awal boleh membantu mengurangkan risiko masalah jangka panjang bagi kanak-kanak dengan masalah sindrom alkohol janin, maklumkan kepada doktor anak anda jika anda mengambil alkohol semasa hamil. Jangan tunggu sehingga penyakit muncul sebelum mendapatkan bantuan.

Jika anda mengambil anak angkat atau menyediakan pusat penjagaan pengasuh, anda mungkin tidak mengetahui sama ada ibu kandung bayi tersebut mengambil alkohol semasa hamil – ia mungkin pada mulanya tidak berlaku kepada anda bahawa anak anda mengalami sindrom alkohol janin. Tetapi, jika anda mengesan anak angkat anda itu mengalami masalah dengan pembelajaran dan tingkah laku, sila berbincang dengan doktor untuk mengenal pasti punca masalah tersebut.

Punca

Apakah punca Sindrom Kecacatan Janin akibat Alkohol?

Apabila anda hamil dan mengambil minuman beralkohol:

  • Alkohol akan masuk ke dalam saluran darah anda dan menuju ke arah janin anda dengan merentasi uri.
  • Alkohol menyebabkan peningkatan konsentrasi alkohol di dalam darah bayi anda berbanding badan anda kerana metabolisma janin terhadap alkohol lebih lambat berbanding orang dewasa.
  • Alkohol mengganggu penghantaran oksigen dan nutrisi optimum kepada bayi anda
  • Pendedahan kepada alkohol sebelum kelahiran boleh membahayakan perkembangan tisu dan organ dan menyebabkan kerosakan otak kekal pada bayi anda.
  • Semakin banyak anda mengambil alkohol semasa hamil, semakin meningkat risiko kepada janin anda. Tetapi, apa-apa jumlah alkohol memberi risiko kepada bayi anda. Otak, jantung dan saluran darah bayi anda berkembang pada minggu awal kehamilan, sebelum anda mengetahui bahawa anda sedang hamil.

Kecacatan wajah, jantung dan organ lain termasuk tulang dan sistem saraf tunjang boleh berlaku akibat pengambilan alkohol semasa trimester pertama. Ini kerana bahagian-bahagian ini adalah kunci perkembangan janin anda. Tetapi, risiko ini berlaku pada mana-mana masa kehamilan.

Faktor-faktor Risiko

Apakah yang meningkatkan risiko saya kepada Sindrom Kecacatan Janin akibat Alkohol?

Semakin banyak anda mengambil alkohol semasa hamil, semakin tinggi peluang anak anda mendapat masalah. Tiada jumlah alkohol selamat yang boleh diambil semasa hamil.

Anda mungkin membahayakan bayi anda walaupun anda tidak menyedari anda sedang hamil. Jangan ambil minum beralkohol jika:

  • Anda sedang hamil.
  • Anda berfikir kemungkinan untuk hamil.
  • Anda sedang mencuba untuk hamil.

Diagnosis dan Rawatan

Maklumat yang diberikan bukan pengganti untuk sebarang nasihat perubatan. SILA berunding dengan doktor anda untuk maklumat lanjut.

Bagaimana pesakit Sindrom Kecacatan Janin akibat Alkohol didiagnosis?

Semakin awal diagnosis, semakin baik keputusannya. Sila berbincang dengan doktor sekiranya anda rasa anak anda mengalami FAS. maklumkan kepada doktor jika anda mengambil minuman beralkohol semasa hamil.

Pemeriksaan fizikal kepada bayi menunjukkan murmur jantung atau masalah jantung lain. Semakin bayi matang, tanda-tanda lain mungkin membantu mengesahkan diagnosis. Ini termasuklah:

  • Kadar pertumbuhan bayi lambat.
  • Kecacatan wajah atau pertumbuhan tulang.
  • Masalah pendengaran dan penglihatan.
  • Pengalihan bahasa lambat.
  • Saiz kepala kecil.
  • Lemah koordinasi.

Untuk mendiaganos seseorang dengan FAS, doktor perlu menentukan bayi tersebut mempunyai kecacatan wajah, pertumbuhan bayi lambat berbanding bayi normal, dan mempunyai masalah sistem saraf tunjang. Masalah saraf tunjang ini boleh jadi fizikal atau tingkah laku. Ini ditunjukkan dalam bentuk hiperaktif, kurang koordinasi atau tumpuan atau mengalami masalah pembelajaran.

Bagaimana pesakit Sindrom Kecacatan Janin akibat Alkohol dirawat?

Disebabkan FAS tidak boleh pulih, rawatan yang disediakan adalah untuk beberapa simptom. Semakin awal diagnosis, semakin baik progres penyakit tersebut. Bergantung kepada simptom, bayi tersebut memerlukan lawatan daripada banyak doktor atau doktor pakar. Pendidikan khas dan perkhidmatan sosial boleh membantu kanak-kanak tersebut. Sebagai contoh, ahli terapi percakapan boleh membantu mengajar kanak-kanak untuk bercakap.

Di rumah

Kanak-kanak yang mengalami FAS mendapat manfaat daripada rumah yang stabil dan berkasih sayang. Mereka akan menjadi lebih sensitif kepada gangguan dalam rutin berbanding kanak-kanak seusia mereka. Kanak-kanak ini lebih cenderung untuk mempunyai masalah keganasan atau penyalahgunaan dalam hidup jika mereka terdedah kepada keganasan  dan penderaan di rumah. Kanak-kanak ini boleh menguruskan rutin harian, mematuhi arahan mudah dan mendapat ganjaran kerana bersikap positif.

Ubat-ubatan

Tiada ubat khusus bagi merawat FAS tetapi, beberapa jenis ubat boleh memberi simptom.  

Antara ubat ialah:

  • Antidepressi untuk merawat masalah kesedihan dan sikap negatif.
  • Perangsang bagi merawat masalah kurang tumpuan, hiperaktif dan masalah tingkah laku yang lain.
  • Neuroleptics bag merawat cemas dan agresif.
  • Ubat anti-cemas.

Kaunseling

Latihan tingkah laku juga boleh membantu. Contohnya, latihan persahabatan iaitu mengajar kanak-kanak tentang kemahiran sosial bagi berinteraksi dengan rakan-rakan. Latihan fungsi eksekutif untuk memperbaiki kemahiran seperti kawalan diri, memberi sebab dan memahami sebab dan kesan. Kanak-kanak yang menghidap FAS memerlukan bantuan akedemik. Sebagai contoh, tutor matematik membantu kanak-kanak ini di sekolah.

Ibubapa dan adik beradik juga memerlukan bantuan untuk menguruskan cabaran keadaan ini. Ini dapat membantu melalui terapi percakapan atau kumpulan sokongan. Ibubapa juga menerima latihan keibubapaan yang diperlukan oleh anak-anak ini. Latihan keibubapaan mengajar anda untuk berinteraksi dengan baik dan mengajar anda tentang penjagaan anak anda.

Rawatan alternatif

Sesetengah ibubapa dan anak-anak mendapatkan rawatan alternatif selain daripada rawatan perubatan. Ini termasuklah latihan pemulihan, seperti urutan dan akupuntur (memasukkan jarum halus ke dalam bahagian badan). Rawatan alternatif juga merangkumi teknik pergerakan seperti senaman atau yoga.

Perubahan gaya hidup & rawatan sampingan

Apakah perubahan gaya hidup dan rawatan sampingan yang boleh saya ambil untuk menangani Sindrom Kecacatan Janin akibat Alkohol?

Gaya hidup dan kaedah pengubatan sampingan berikut boleh membantu anda mengatasi sindrom alkohol janin:

  • Jangan ambil minuman beralkohol jika anda sedang cuba untuk hamil. Jika anda masih belum berhenti, sila berhenti secepat mungkin jika anda tahu anda hamil atau anda rasa anda hamil. Tidak terlambat untuk berhenti mengambil alkohol semasa hamil, tetapi semakin awal anda berhenti, semakin baik keadaan bayi anda.
  • Elakkan pengambilan alkohol sepanjang tempoh kehamilan. Sindrom alkohol janin boleh dicegah sepenuhnya jika ibu tidak mengambil minuman beralkohol semasa hamil.
  • Berhenti mengambil alkohol semasa tempoh subur jika anda seorang yang aktif secara seksual dan mengamalkan seks tanpa perlindungan. Banyak kehamilan tidak dirancang dan kerosakan berlaku pada minggu-minggu awal kehamilan.
  • Jika anda mengalami masalah alkohol, dapatkan bantuan sebelum anda hamil. Dapatkan bantuan profesional untuk menentukan tahap pergantungan anda kepada alkohol dan merancang rawatan yang sesuai.

Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan, sila berunding dengan doktor bagi memahami rawatan terbaik untuk anda.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Rujukan

Tarikh Reviu: Mei 22, 2018 | Kali terakhir kemaskini: September 13, 2019

Ingin menjalani kehidupan yang lebih sihat?
Dapatkan tips dan informasi kesihatan serta gaya hidup sihat terus ke email anda.