What are your concerns?

close
Inaccurate
Hard to understand
Other
ask-doctor-icon

Tanya Doktor Secara Percuma

Jadi yang terawal untuk berkongsi pandangan anda kepada Hello Doktor

Anak Tak Tahu Duduk Diam? Ibu Cuba Langkah Bijak Ini, Pasti Berjaya Kawal Tingkah Laku Si Kecil

    Anak Tak Tahu Duduk Diam? Ibu Cuba Langkah Bijak Ini, Pasti Berjaya Kawal Tingkah Laku Si Kecil

    Jika anda sedang mencari tip keibubapaan berkaitan cara mendidik anak hiperaktif atau ADHD, ini ada 11 kaedah yang boleh dijadikan sebagai panduan.

    Tip keibubapaan untuk anak

    Attention Deficit Hyperactivity Disorder (ADHD) adalah kecelaruan tingkah laku yang biasa terjadi dalam kalangan kanak-kanak atau disebut sebagai hiperaktif.

    Ibu bapa mesti menerima hakikat bahawa anak ADHD mempunyai otak yang berbeza fungsinya dengan otak kanak-kanak lain.

    Tidak dinafikan anak dengan ADHD boleh belajar mengenal pasti apa yang boleh diterima dan tidak dalam persekitaran umum.

    Pun begitu kecelaruan yang dialami menjadikan mereka lebih cenderung dengan tingkah laku impulsif – menurut kata hati.

    Apabila berbicara tentang tip keibubapaan dalam membesarkan anak hiperaktif, bermaksud anda perlu mengubah tingkah laku dan belajar menguruskan kelakuan anak.

    7 cara mendidik anak hiperaktif

    Terdapat beberapa cara mendidik anak hiperaktif yang boleh dijadikan panduan.

    Dengan mengikuti garis panduan yang dikongsikan ini, anda akan dapat mengehadkan tingkah laku impulsif dan bantu mengatasi keraguan dalam diri anak.

    1. Tetapkan tingkah laku

    Tip keibubapaan yang utama dalam menguruskan anak ADHD adalah dengan menentukan lebih awal tingkah laku mana yang boleh diterima dan mana yang tidak.

    Matlamatnya adalah bagi menolong anak mempertimbangkan akibat daripada tindakan dan mengawal kecenderungan melakukannya.

    Paling utama, anda perlu mematuhi garis panduan ini.

    Menghukum tingkah lakunya pada hari ini dan membiarkan pada keesokan hari adalah perbuatan berbahaya dalam mendidik anak ADHD.

    Beberapa tingkah laku selalu tidak dapat diterima, seperti ledakan marah secara fizikal mahupun keengganan bangun pada waktu pagi.

    cara mendidik anak hiperaktif2. Mengendalikan kelakuan agresif

    Tingkah agresif daripada anak dengan kecelaruan hiperaktif kurang daya tumpuan adalah perkara biasa.

    “Time-out” adalah kaedah menenangkan anda dan anak anda yang terlalu aktif. Hukuman ini perlu dijelaskan kepada anak sebagai masa untuk menenangkan diri dan memikirkan perilaku negatif yang dilakukan.

    3. Kekal dengan rutin struktur

    Cipta 1 rutin dan lakukannya setiap hari.

    Wujudkan rutin tertentu pada waktu makan, melakukan kerja rumah, bermain atau sebelum tidur.

    Sebagai contoh, minta anak meletakkan pakaian yang akan dipakai keesokan harinya, ia boleh mencipta 1 struktur penting dalam kehidupannya.

    4. Pecahan tugasan

    Bahagikan tugasan menjadi pecahan kerja kecil yang boleh dikendalikan dengan mudah.

    Cuba gunakan kalendar dinding besar untuk membantu mengingatkan anak tentang tugas mereka.

    Penggunaan kod warna untuk tugasan rumah dan sekolah boleh menjadikan anda lebih teruja dalam menyiapkan tugasan.

    Bahkan, rutin pada waktu pagi juga perlu dipecahkan kepada tugasan-tugasan kecil.

    5. Hadkan gangguan

    Antara cara mendidik anak hiperaktif adalah dengan mengehadkan masa skrin dan perbanyakkan masa melakukan aktiviti menarik di luar rumah.

    Ini kerana pendedahan kepada gajet boleh mendorong tingkah laku impulsif dan harus dikawal.

    6. Mengaturkan corak tidur

    Waktu tidur mungkin sangat sukar bagi kanak-kanak yang menderita ADHD. Anak yang tidak cukup tidur mudah hilang fokus, hiperaktif dan akan bertindak melulu.

    Membantu anak untuk mendapat tidur yang lena adalah penting.

    Antara tip keibubapaan yang boleh dilakukan untuk membantu mereka mendapat rehat yang baik adalah dengan menyingkirkan perangsang seperti gula dan kafein serta mengurangkan waktu menghadap televisyen.

    Wujudkan 1 rutin harian tidur yang sihat dan menenangkan.

    cara mengatasi anak hiperaktif7. Ambil masa untuk berehat

    Dalam masa tertentu anda mungkin akan berasa penat atau kecewa dengan diri mahupun anak.

    Seperti anak yang perlukan rehat semasa belajar, begitu juga diri anda. Tetapkan waktu tertentu untuk bersendirian.

    Pertimbangkan untuk mengupah pengasuh bagi membantu menjaga anak.

    Antara pilihan cara rehat terbaik yang boleh anda lakukan adalah:

    • Pergi berjalan-jalan di taman
    • Bersenam di gim
    • Mandi dengan santai dan tenang

    Elakkan 4 cara mendidik anak hiperaktif ini

    Berikut adalah 4 perkara yang perlu ibu bapa hindari daripada lakukannya ketika mendidik anak dengan ADHD.

    1. Jangan terlalu berkeras

    Bersedia untuk berkompromi dengan anak.

    Misalnya, anak telah menyiapkan 2 daripada 3 tugas yang anda tetapkan, pertimbangkan untuk bersikap fleksibel bagi tugas ketiga yang belum selesai.

    Ini adalah 1 proses pembelajaran dan setiap usaha walaupun kecil tetap penting.

    2. Jangan keterlaluan dan mengamuk

    Ingat bahawa tingkah laku anak hiperaktif disebabkan oleh kecelaruan.

    ADHD mungkin tidak kelihatan di luar, tetapi ini adalah 1 ketidakupayaan dan harus dilayani seadanya.

    Ketika anda mula berasa marah atau kecewa, ingatlah bahawa anak anda berbeza berbanding kanak-kanak seusianya yang lain.

    3. Jangan bersikap negatif

    Cara mendidik anak hiperaktif yang dikongsikan kedengaran mudah, kan?

    Tetapi lakukannya satu persatu dan kekalkan dalam perspektif. Apa yang membuatkan anda tertekan atau malu pada hari ini, mungkin tidak akan berulang lagi pada masa depan. Bersabar.

    cara mendidik anak hiperaktif4. Elakkan daripada membiarkan masalah anak mengawal situasi

    Ingatlah bahawa anda adalah ibu bapa dan bertanggungjawab untuk menetapkan peraturan berkaitan tingkah laku yang boleh diterima di dalam rumah.

    Banyakkan bersabar dan bertoleransi tetapi jangan biarkan diri dibuli atau dikawal oleh tingkah laku anak.

    Jangan berputus asa

    Setiap ibu bapa mempunyai pengaruh besar terhadap tingkah laku anak yang masih kecil.

    Mempelajari dan mempraktikkan terapi tingkah laku memerlukan masa dan usaha. Tetapi percayalah, ia mempunyai faedah berkekalan kepada anak ADHD.

    Dengan kesabaran, kasih sayang, dan banyak sokongan dalam mempraktikkan cara mendidik anak hiperaktif, anda pasti akan dapat menguruskan si kecil dengan kecelaruan hiperaktif kurang daya tumpuan dengan baik.

    health-tool-icon

    Jadual Vaksin Bayi

    Rujuk jadual imunisasi untuk tahu vaksin apa yang anak anda perlukan dan bila

    Apa jantina bayi anda?

    Lelaki

    Wanita


    Ikuti topik yang paling relevan dan bertukar cerita. Sertai komuniti Keibubapaan hari ini!

    Ikuti topik yang paling relevan dan bertukar cerita. Sertai komuniti Keibubapaan hari ini!


    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Sumber Rujukan
    1. Behavior therapy.https://www.cdc.gov/ncbddd/adhd/behavior-therapy.html. Accessed 13 June 2022. 
    2. When your child has attention deficit. https://www.helpguide.org/articles/add-adhd/when-your-child-has-attention-deficit-disorder-adhd.htm. Accessed 13 June 2022.  
    3. Parenting kid adhd. https://kidshealth.org/en/parents/parenting-kid-adhd.html. Accessed 13 June 2022.  
    4. Managing adhd. https://raisingchildren.net.au/school-age/development/adhd/managing-adhd-5-11-years. Accessed 13 June 2022.  
    5. Parenting. https://chadd.org/for-parents/overview/ Accessed 13 June 2022. 

     

    Gambar penulisbadge
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa Disemak pada 04/07/2022
    Disemak secara perubatan oleh Dr. Muhamad Firdaus Rahim
    Next article: