backup og meta
Info Kesihatan
Alat Kesihatan

1

Tanya Doktor
Simpan

Seks Oral Semasa Hamil, Selamat Ke Jika Tertelan Air Mani? Ada Kesan Kepada Bayi Tak?

Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor


Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Disemak pada 09/06/2022

    Seks Oral Semasa Hamil, Selamat Ke Jika Tertelan Air Mani? Ada Kesan Kepada Bayi Tak?

    Seks semasa mengandung boleh menyebabkan kebimbangan bagi sesetengah ibu hamil apatah lagi jika tidak sengaja melakukan perbuatan ini; menelan sperma. Apakah kesan menelan air mani terhadap ibu dan juga bayi dalam kandungan?

    Jika ini adalah pengalaman pertama anda berbadan dua, pastinya ia menjadi antara persoalan yang kerap bermain di minda selain adakah selamat seks oral semasa tempoh kehamilan.

    Bagi mengetahui jawapannya, teruskan membaca artikel ini.

    Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kehamilan, sila dapatkannya di sini.

    Selamat ke ibu yang mengandung menelan sperma?

    Secara umumnya, tiada masalah untuk anda melakukan hubungan seksual bersama suami hingga ke trimester ketiga, dengan syarat doktor memberikan lampu hijau.

    Paling penting, diri anda sendiri sebagai wanita hamil, menginginkannya. Ini kerana dipercayai dorongan seks wanita meningkat secara drastik ketika mengandung

    Namun dalam masa yang sama, anda bimbang dan berasa tidak selesa dengan perubahan diri

    Maka anda terbayangkan seks oral sebagai pilihan terbaik untuk memenuhi keinginan.

    Tetapi apakah kesan menelan air mani dan adakah ia selamat buat ibu yang mengandung?

    menelan sperma

    Jika itu yang menjadi kerisauan anda, ketahuilah menelan sperma dalam kebanyakan kes adalah selamat dan biasanya ia akan dicerna sebagai makanan biasa. 

    Sperma terdiri daripada air dan sejumlah kecil gula, natrium (garam), kalium, zink dan nutrien lain.

    Selagi anda tidak mempunyai alahan, tiada apa yang perlu dirisaukan jika tertelan air mani pasangan semasa melakukan seks oral ketika hamil. 

    Bahkan, tidak wujud bahaya daripada air mani itu kepada bayi anda. 

    Kelebihan menelan sperma ketika hamil

    Berdasarkan beberapa kajian, menelan air mani itu sendiri dipercayai memberikan manfaat semasa kehamilan.

    Melalui penyelidikan yang diterbitkan dalam Journal of Reproductive Immunology mendedahkan bahawa wanita yang menelan sperma semasa hamil dapat mengurangkan risiko preeklampsia.

    Bukan sekadar itu, dalam penemuan pada tahun 2010 menunjukkan ‘makan’ sedikit air mani ketika hamil dapat membantu menyembuhkan mabuk pagi (morning sickness).

    Baca juga:

    Boleh menelan sperma TAPI selamatkah seks oral ketika hamil?

    Jadi secara kesimpulannya, menelan air mani tidak mendatangkan sebarang masalah kepada ibu yang mengandung.

    Pun begitu, persoalan lain selain menelan sperma, adakah selamat untuk melakukan seks oral semasa kehamilan?

    Sememangnya, anda dan pasangan boleh melakukannya. Cuma wanita hamil perlu lebih berhati-hati jika ingin melakukan seks oral, kerana wujud beberapa risiko.

    Embolisme udara

    Jika ingin melakukan seks oral, anda perlu memaklumkan kepada suami agar tidak menghembus udara ke dalam faraj.

    Ini kerana perbuatan yang disebut sebagai air embolisme – atau gelembung udara – berisiko menyekat urat atau arteri. 

    Keadaan tersebut sekali gus meningkatkan risiko wanita untuk mengalami serangan jantung atau angin ahmar.

    Gelembung udara itu juga boleh terbentuk pada plasenta.

    Keadaan itu berbahaya bagi janin yang bergantung pada plasenta untuk mendapatkan nutrien dan oksigen. 

    Perbuatan menghembus udara ke dalam faraj juga boleh mengubah tekanan udara, yang dapat menyebabkan saluran darah pecah. 

    Tetapi bagaimana embolisme udara berlaku?

    Pasangan anda mungkin secara tidak sengaja menghembus udara ketika meletakkan lidah di dalam faraj.

    Mungkin cara yang lebih selamat adalah jika pasangan anda mencium dan menjilat kelentit dan bibir sekitar faraj (labia) sahaja.

    menelan sperma

    Walau bagaimanapun, ia situasi yang sangat jarang untuk berlaku. 

    Tetapi amat penting untuk anda mengetahuinya kerana ia berpotensi membawa maut kepada anda dan juga si kecil dalam kandungan.

    Jangkitan kelamin

    Walaupun terdapat manfaat pada kehamilan daripada menelan sperma, anda harus sedar bahawa seks oral boleh mendedahkan anda kepada jangkitan kelamin (STD).

    STD adalah termasuk HIV, HPV, herpes, gonorrhea dan klamidia – boleh menular semasa melakukan sebarang jenis aktiviti seksual, termasuklah seks oral. 

    Dalam beberapa kes, STD boleh merebak kepada janin, sama ada melalui plasenta atau saluran kelahiran semasa proses bersalin

    Ia boleh menyebabkan komplikasi serius dan masalah kesihatan bagi bayi, termasuklah masalah neurologi, kebutaan serta jangkitan darah.

    Kematian dalam kandungan antara risiko yang turut boleh terjadi.

    Strategi mengurangkan risiko

    Menelan sperma semasa seks oral tiada masalah, cuma untuk menurunkan risiko jangkitan kelamin, terdapat panduan yang boleh anda ikuti untuk melakukan hubungan seksual. 

    Anda disaran mengelakkan hubungan seksual jika pasangan mengalami luka atau kesakitan pada bahagian bawah badan, punggung, paha atau lutut yang mungkin disebabkan herpes. 

    Sebaiknya tunggu sehingga beberapa gejala mereka hilang.

    Di samping itu, penggunaan kondom semasa seks juga dapat membantu mencegah penyebaran jangkitan STD. 

    menelan sperma
    Dental Dam

    Pemakaian dental dam juga dapat memberikan perlindungan terhadap jangkitan kelamin semasa seks oral.

    Dental dam sekeping getah nipis yang diletakkan di atas klitoris, labia dan faraj anda.

    Sekiranya ibu hamil dijangkiti herpes, doktor boleh menetapkan ubat antivirus untuk membantu mengurangkan risiko penularan ke janin atau bayi semasa dilahirkan

    Jika terdapat tanda yang menunjukkan jangkitan kelamin itu aktif saat melahirkan, doktor mungkin akan menasihati anda melakukan kelahiran caesarean.

    Seandainya ada sebarang keraguan tentang menelan sperma atau seks oral, dapatkan penjelasan daripada doktor untuk lebih kepastian, okay?

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Panel Perubatan Hello Doktor


    Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Disemak pada 09/06/2022

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan