home

What are your concerns?

close
Inaccurate
Hard to understand
Other

Jangan Ambil Alkohol Ketika Sedang Hamil!

Jangan Ambil Alkohol Ketika Sedang Hamil!

Alkohol merupakan sejenis dadah purba yang telah lama wujud di muka bumi ini. Alkohol juga adalah salah satu daripada bahan bertoksik yang diambil oleh manusia secara sukarela. Pengambilan alkohol semasa anda sedang hamil hanya akan menyebabkan minuman bahaya ini turut disalurkan kepada bayi dalam kandungan anda melalui plasenta. Pengambilan alkohol ketika hamil hanya akan meningkatkan bayi risiko bayi anda lahir dengan pelbagai penyakit berbahaya.

Bagaimanakah pengambilan alkohol menjejaskan bayi dalam kandungan anda?

Pengambilan alkohol ketika anda sedang hamil akan mengakibatkan pelbagai masalah kesihatan kepada bayi anda. Secara umumnya, bayi adalah jauh lebih kecil daripada individu dewasa. Jika alkohol ini melalui plasenta dan kemudian disalurkan kepada bayi anda, minuman bahaya ini amat sukar untuk diuraikan. Ini akan menyebabkan pelbagai kesan negatif terhadap pertumbuhan otak dan organ-organ bayi. Tidak terdapat sebarang waktu atau amaun yang selamat untuk mengambil alkohol justeru pengambilan alkohol sangat wajar dielakkan ketika sedang hamil.

Masalah kesihatan yang dikaitkan dengan pengambilan alkohol ketika hamil

  • Kelahiran bayi pramatang.
  • Kerosakan pada otak dan organ-organ lain.
  • Masalah berkenaan pertumbuhan dan perkembangan bayi.
  • Masalah berkaitan pembelajaran dan tingkah laku bayi.
  • Kelahiran bayi kurang berat.
  • Keguguran.
  • Kelahiran mati.
  • Fetal alcohol spectrum disorders (FASDs). Kondisi ini akan membawa kepada pelbagai masalah seperti kurang keupayaan intelektual dan perkembangan fizikal.

Bagaimanakah memastikan anak anda selamat daripada alkohol ketika sedang hamil?

Lebih banyak anda mengambil alkohol, lebih banyak kesan negatif akan timbul lantas membahayakan bayi dalam kandungan anda. Jika anda tidak langsung mengambil alkohol ketika sedang hamil, bayi anda tidak akan mengalami FASDs atau sebarang komplikasi kesihatan yang disebabkan oleh alkohol. Oleh itu, anda tidak perlu langsung untuk mengambil alkohol ketika sedang hamil atau ketika anda baharu mula untuk merancang kehamilan. Sebagai tambahan, setiap kehamilan adalah berbeza mengikut individu. Bagi sesetengah ibu hamil, pengambilan alkohol tidak langsung memberi kesan negatif terhadap kesihatan bayi dalam kandungan mereka. Untuk lebih selamat, anda disarankan untuk tidak langsung mengambil alkohol ketika hamil.

Alkohol mungkin merupakan sebahagian daripada aktiviti sosial anda. Oleh itu, untuk berhenti mengambilnya mungkin agak sukar bagi sesetengah individu. Walaubagaimanapun, anda perlu berfikir sedalamnya dan mempertimbangkan untuk mengambil minuman alternatif seperti jus buah-buahan atau apa-apa air lain yang tidak membahayakan kesihatan anda dan bayi dalam kandungan. Paling penting, dapatkan sokongan daripada rakan-rakan, keluarga serta pasangan anda dalam usaha anda mengatakan tidak kepada pengambilan alkohol ketika sedang hamil.

Kira kandungan alkohol dalam darah anda di sini.

Hello Health Group tidak menyediakan nasihat perubatan, diagnosis, atau rawatan.

Kalkulator Ovulasi

Kalkulator Ovulasi

Memantau kitaran haid, menentukan waktu kesuburan dan lebih membantu anda untuk merancang kehamilan dengan baik.

Kalkulator Ovulasi

Memantau kitaran haid, menentukan waktu kesuburan dan lebih membantu anda untuk merancang kehamilan dengan baik.

Kalkulator Ovulasi

Panjang Kitaran

(hari)

28

Objektif

(hari)

7

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Sumber Rujukan

Alcohol Effects on a Fetus – Topic Overview. http://www.webmd.com/baby/tc/alcohol-effects-on-a-fetus-topic-overview. Accessed on January 3, 2017.

Pregnancy And Alcohol. http://americanpregnancy.org/pregnancy-health/pregnancy-and-alcohol/. Accessed on January 3, 2017.

Gambar penulisbadge
Ditulis oleh Ahmad Farid Disemak pada 26/11/2019
Fakta Disemak oleh Hello Doktor Medical Panel