backup og meta

Sakit Tekak & Tak Selesa? Jangan Tunggu Lama-Lama Risau Makin Melarat!

Kenapa tekak saya kering ketika berpuasa? Apa yang boleh saya boleh buat untuk hilangkan sakit tekak

Sakit Tekak & Tak Selesa? Jangan Tunggu Lama-Lama Risau Makin Melarat!

Sakit tekak ketika berpuasa boleh menjadi cabaran besar, terutamanya apabila perlu menahan dahaga dan tidak boleh minum air sepanjang hari. Rasa perit, kering atau gatal di tekak bukan sahaja menyebabkan ketidakselesaan, malah boleh menjejaskan tumpuan ketika bekerja, belajar dan beribadah. Persoalannya, adakah sakit tekak ketika berpuasa boleh dikurangkan tanpa membatalkan puasa?

Jawapannya ya. Dengan penjagaan yang betul dan amalan yang sesuai, anda boleh hilangkan sakit tekak ketika berpuasa serta menjalani ibadah dengan lebih selesa.

Dalam artikel kali ini, kami akan terangkan 7 cara hilangkan sakit tekak gatal dengan cepat, sesuai untuk mereka yang inginkan kelegaan pantas!

Untuk mendapatkan lebih banyak informasi tentang Keadaan Telinga, Hidung & Tekak, sila klik di sini.

Kenapa tekak tiba tiba sakit ketika Ramadan?

Ada beberapa punca tekak kering semasa puasa. Hal ini kerana, ketika ini anda sedang berpuasa dalam anggaran selama 13 jam. Waktu puasa yang lama secara semulajadi mengurangkan kelembapan di dalam tekak. Situasi seperti ini akan menyebabkan anda mengalami dehidrasi dan tekak kering.1

Lebih-lebih lagi dengan keadaan di Malaysia yang mempunyai kelembapan yang tinggi dan hujan yang banyak. Lebih mudah untuk anda alami sakit tekak dan selsema.2 

Selain itu, semasa berpuasa, badan menjadi lebih mudah dijangkiti bakteria dan boleh menyerang tekak anda. Sakit tekak juga boleh disebabkan oleh asid perut yang naik ke dalam esofagus, jangkitan kuman dan kesilapan makan ketika berbuka. Oleh itu, pastikan anda mengambil menu berbuka puasa yang sihat dengan mengelakkan makanan yang terlalu pedas, panas dan berminyak. 3, 4

Tidak dinafikan juga, penggunaan suara yang berlebihan juga boleh menyebabkan suara anda menjadi serak dan berasa tidak selesa. Kerjaya seperti guru, doktor, penyampai radio dan lain-lain sering menghadapi situasi seperti ini. 4

hilangkan sakit tekak
Punca lain yang meningkatkan risiko anda mengalami sakit tekak.

7 Tanda awal sakit tekak

Berikut sebab kenapa tekak tiba tiba sakit. Antaranya:5

  1. Sakit atau rasa gatal di tekak.
  2. Sakit yang terasa lebih teruk apabila menelan atau bercakap.
  3. Masalah menelan.
  4. Suara serak atau tersekat-sekat.
  5. Sakit, kelenjar bengkak di leher atau rahang.
  6. Bengkak, tonsil merah.
  7. Tompok putih atau nanah pada tonsil.

7 Cara hilangkan sakit tekak ketika berpuasa 

Ada beberapa cara hilangkan sakit tekak kering yang anda boleh lakukan. Antaranya: 

1. Ambil makanan atau minuman yang hangat

Adakah air panas bagus untuk sakit tekak? Sudah tentu! Jangan lupa untuk buat teh, kopi o panas atau sup ayam ketika bersahur atau berbuka untuk membantu kurangkan sakit tekak yang dialami.

Bukan itu sahaja, pengambilan cecair juga dapat memastikan lapisan mukosa pada kawasan tekak sentiasa bersih dan bebas daripada sebarang jangkitan.5

2. Bukan makanan panas sahaja, sejuk juga dapat membantu!

Ada juga orang yang gemar mengambil makanan yang sejuk seperti aiskrim atau minuman berais ketika sakit tekak.

Sebenarnya, tidak ada masalah sekiranya anda suka mengambil minuman sejuk, asalkan ia membuatkan tekak anda rasa lega.6

3. Gunakan madu untuk hilangkan kesakitan tekak

Madu merupakan antara penawar semula jadi terbaik untuk sakit tekak. Ia mempunyai sifat antibakteria yang dapat memulihkan luka dan mengurangkan inflamasi.

Campurkan 2 sudu madu ke dalam secawan air suam. Kacau dan minum semasa bersahur dan berbuka.

Walau bagaimanapun, madu tidak sesuai untuk kanak-kanak yang berusia 1 tahun ke bawah. 6

4. Berkumur dengan air garam 

hilangkan sakit tekak
Minum air garam antara salah satu cara hilangkan sakit tekak gatal.

Campurkan ½ sudu teh garam ke dalam segelas air suam. Kumur dengan larutan ini sekurang-kurangnya sekali dalam masa 3 jam.

Ini merupakan salah satu cara untuk mengurangkan simptom sakit tekak secara semula jadi.

Air garam dapat mengurangkan bengkak dan iritasi pada kawasan tekak. Anda juga boleh gantikan garam dengan baking soda.

Larutan ini juga dapat hilangkan sakit tekak dan membantu mengurangkan asid refluks. 7

5. Gunakan humidifier

Penggunaan humidifier mungkin dapat membantu kurangkan sakit tekak bila menelan dan mengurangkan simptom alahan yang lain.

Humidifier dapat membantu menukar air kepada wap. Ia juga membuatkan udara di sekeliling lebih lembap dan mempunyai kandungan air yang tinggi.

Disebabkan kadar lembapan yang tinggi, kita kurang berisiko untuk mengalami sakit tekak.

Jadi, penggunaan humidifier di rumah dan tempat kerja mungkin dapat membantu mengurangkan sakit tekak. 5

6. Jangan lupa rehat

Rehat yang mencukupi merupakan penawar terbaik untuk sakit tekak.

Dikala anda kurang sihat ketika bulan puasa ini, anda digalakkan untuk kurang bercakap dan banyakkan berehat. Tinggikan sedikit bantal untuk kurangkan kesakitan dan ketidakselesaan yang berlaku disebabkan sakit tekak. 5

7. Gunakan ubat sakit tekak 

hilangkan sakit tekak
Ubat sakit tekak dapat melegakan tekak anda.

Tahukah anda, pemilihan ubat sakit tekak yang tepat boleh memberi perbezaan besar dalam kelegaan yang dirasai? Lebih baik jika anda memilih ubat sakit tekak yang terbukti secara saintifik mampu membunuh lebih 99.99% kuman biasa yang menyebabkan sakit tekak, malah bertindak sepantas 30 saat selepas digunakan.

Ubat sakit tekak jenis semburan biasanya mudah dan selamat digunakan, serta berkesan membantu melegakan pelbagai gejala seperti sakit ketika menelan, rasa kering dan gatal di tekak, suara serak, kemerahan, bengkak, serta sensasi seolah-olah ada objek asing di dalam tekak.

Penggunaannya juga ringkas. Satu semburan sudah mencukupi untuk membantu melegakan ketidakselesaan di tekak. Jika perlu, semburan boleh diulang setiap 3 hingga 4 jam mengikut keperluan. 

Kesimpulan

Sakit tekak ketika berpuasa memang tidak selesa, tetapi ia bukan alasan untuk membuatkan ibadah anda terganggu. Dengan penjagaan pemakanan, hidrasi yang betul dan ubat yang berkesan seperti Betadine® Sore Throat Spray, pasti anda boleh hilangkan sakit tekak ketika berpuasa dengan lebih berkesan.

Ingatlah, tubuh yang sihat membantu ibadah berjalan lebih lancar. Jaga kesihatan tekak, supaya Ramadan anda dan keluarga lebih bermakna. Namun harus diingatkan, jika anda mendapati simptom sakit tekak bila menelan anda semakin berlarutan dan tidak sembuh, anda disarankan untuk segera berjumpa dengan doktor bagi mendapatkan rawatan yang bersesuaian.

Lindungi keluarga anda sejak tanda-tanda awal berlakunya sakit tekak. 

Puasa dan Raya lebih selesa tanpa gangguan sakit tekak, gunakan Betadine Sore Throat Spray!

BETADINE® adalah Cap Dagangan Berdaftar

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

  1. How Fasting Impacts ENT Health: Common Problems & Expert Solutions. https://entclinic.ae/how-fasting-impacts-ent-health-common-problems-expert-solutions-best-ent-clinic-in-dubai-%F0%9F%8C%99/ . Accessed on January 21, 2026
  2. Iklim Malaysia. https://www.met.gov.my/pendidikan/iklim-malaysia/  . Accessed on January 21, 2026
  3. 6 Diseases That Are Often Experienced When Fasting. https://www.mynurz.co.id/en/article/blog-post-title-one-99frw-9wslr-7hwbc-zmxkc-7beza-9hz5d-2a6fc-zfg67-d5br7-m9hn6-my99z-7styn-jsbsk . Accessed on January 21, 2026
  4. What Causes a Dry Throat, and How Is It Treated? https://www.healthline.com/health/dry-throat. Accessed on January 21, 2026
  5. Sore throat. https://www.mayoclinic.org/diseases-conditions/sore-throat/diagnosis-treatment/drc-20351640 . Accessed on January 12, 2023.
  6. The Medical Minute: Five home remedies can soothe your sore throat. https://pennstatehealthnews.org/2023/12/the-medical-minute-five-home-remedies-can-soothe-your-sore-throat/ . Accessed on January 12, 2023.
  7. Sore Throat (Pharyngitis)  https://my.clevelandclinic.org/health/diseases/8274-sore-throat-pharyngitis . Accessed on January 21, 2026 

Versi Terbaru

13/03/2026

Ditulis oleh Fatin Zahra

Disemak secara perubatan oleh Dr. Joseph Tan

Diperbaharui oleh: Annes Nadia


Artikel Berkaitan

Batuk Sampai Sakit Tekak? Ini 8 Ubat Batuk Yang Selamat Untuk Ibu Hamil Ambil!

Makan Gula-Gula Sakit Tekak Untuk Kurangkan Batuk Dan Kahak, Betul Ke Berkesan?


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Joseph Tan

Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


Ditulis oleh Fatin Zahra · Disemak pada Semalam

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan