backup og meta
Info Kesihatan
Alat Kesihatan

1

Tanya Doktor
Simpan

Rujukan Carta Pertumbuhan Bayi Mengikut Berat, Panjang & Ukuran Lilit Kepala

Disemak secara perubatan oleh Dr. Joseph Tan · Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Disemak pada 29/04/2024

Rujukan Carta Pertumbuhan Bayi Mengikut Berat, Panjang & Ukuran Lilit Kepala

Mengukur berat bayi normal baru lahir dan panjang bayi baru lahir adalah penting untuk mengetahui tahap tumbesaran si manja. Jom fahami lebih lanjut mengenai perkembangan bayi 0 12 bulan.

Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Keibubapaan, sila dapatkannya di sini.

Pentingnya ukuran berat & panjang bayi baru lahir

Kategori sihat bagi anak adalah sesuatu yang bervariasi, sama ada besar, kecil, tinggi atau pendek.

Banyak faktor yang mempengaruhi ketinggian dan berat badan anak seperti genetik, jantina, pemakanan, aktiviti fizikal, masalah kesihatan, persekitaran dan hormon.

Umumnya, doktor akan menggunakan carta pertumbuhan daripada Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) untuk menentukan tinggi atau berat seseorang bayi itu sihat ataupun sebaliknya.

Kadar kiraan pula akan mengikut ukuran persentil. Ini termasuklah dalam mengukur berat dan panjang bayi baru lahir. 

Apa itu Persentil?

Persentil adalah ukuran yang menunjukkan di mana seorang anak akan dibandingkan dengan kanak-kanak lain. 

Pada carta pertumbuhan, persentil ditunjukkan sebagai garis yang dilukis dengan corak melengkung.

Apabila doktor menandakan berat dan tinggi badan anak pada carta, mereka akan melihat garis persentil yang akan terhasil. 

Semakin tinggi bilangan persentil, semakin besar anak dibandingkan dengan kanak-kanak lain yang sama umur dan jantina. 

Semakin rendah bilangan persentil, semakin kecil anak itu.

Paling penting, anda harus merujuk carta pertumbuhan yang betul mengikut jantina bayi.

Kiraan berat bayi normal baru lahir

Untuk kiraan berat bayi normal baru lahir mengikut usia pula, anda perlu mencari berat bayi pada grid sebelah kiri atau kanan dan kemudian melihat usia anak pada garisan bawah.

Ikut garis mendatar dan menegak sehingga bersilang pada garisan melengkung. Ikuti garis melengkung tersebut untuk mengetahui persentil anak. 

perkembangan bayi 0 12 bulan

Melihat contoh di atas, bayi lelaki tersebut berusia 12 bulan dengan berat lebih kurang 10.4 kilogram (kg). 

Bayi tersebut berada pada persentil 75. Ini bermakna 75% daripada bayi lelaki seusianya mempunyai berat yang lebih rendah dan baki 25% pula lebih berat.

Berat bayi normal baru: bayi lelaki

Berikut adalah anggaran berat seimbang bagi bayi lelaki untuk mencapai titik 0 (rujuk carta dari Kementerian Kesihatan Malaysia, KKM) mengikut peningkatan usia sehingga setahun:

berat bayi

  • Lahir – 3.5 kg
  • 0.5 bulan – 4.0 kg
  • 1.5 bulan – 4.9 kg
  • 2.5 bulan – 5.7 kg
  • 3.5 bulan – 16.4 kg
  • 4.5 bulan – 7.0 kg
  • 5.5 bulan – 7.6 kg
  • 6.5 bulan – 8.2 kg
  • 7.5 bulan – 8.6 kg
  • 8.5 bulan – 9.1 kg
  • 9.5 bulan – 9.5 kg
  • 10.5 bulan – 9.8 kg
  • 11.5 bulan – 10.2 kg
  • 12.5 bulan – 10.5 kg

Berat normal bayi baru lahir perempuan

Berikut adalah anggaran berat bayi normal baru lahir seimbang bagi bayi perempuan untuk mencapai titik 0 (rujuk carta KKM) mengikut peningkatan usia sehingga setahun:

berat bayi perempuan

  • Lahir – 3.4 kg
  • 0.5 bulan – 3.8 kg
  • 1.5 bulan – 4.5 kg
  • 2.5 bulan – 5.2 kg
  • 3.5 bulan – 5.9 kg
  • 4.5 bulan – 6.4 kg
  • 5.5 bulan – 7.0 kg
  • 6.5 bulan – 7.5 kg
  • 7.5 bulan – 7.0 kg
  • 8.5 bulan – 8.3 kg
  • 9.5 bulan – 8.7 kg
  • 10.5 bulan – 9.0 kg
  • 11.5 bulan – 9.4 kg
  • 12.5 bulan – 9.7 kg

Panjang bayi baru lahir

Panjang bayi baru lahir diukur dari bahagian atas kepala sehingga ke bawah mengikut salah satu tumitnya. 

Berbeza dengan ukuran ketinggian yang diukur ketika berdiri, ukuran panjang bayi baru lahir biasanya akan diukur semasa si manja berbaring.

Sebagai contoh kiraan carta di bawah, panjang bayi baru lahir bagi bayi perempuan yang berusia 18 bulan dengan panjang  77 cm, berada pada persentil 10.

panjang bayi baru lahir

Ini bermakna 10% bayi perempuan sebaya adalah lebih pendek dan 90% yang lain adalah lebih panjang.

Panjang bayi baru lahir: bayi lelaki

Berikut adalah kepanjangan bagi bayi lelaki untuk mencapai titik 0 (rujuk carta KKM) mengikut peningkatan usia sehingga setahun:

ukur panjang

  • Lahir – 49.9 cm
  • 1 bulan – 54.7 cm
  • 2 bulan – 58.4 cm
  • 3 bulan – 61.4 cm
  • 4 bulan – 63.9 cm
  • 5 bulan – 65.9 cm
  • 6 bulan – 67.6 cm
  • 7 bulan – 69.2 cm
  • 8 bulan – 70.6 cm
  • 9 bulan – 72 cm
  • 10 bulan – 73.3 cm
  • 11 bulan – 74.5 cm
  • 12 bulan – 75.7 cm

Panjang bayi baru lahir: bayi perempuan

Berikut adalah kepanjangan bagi bayi perempuan untuk mencapai titik 0 (rujuk carta KKM) mengikut peningkatan usia sehingga setahun:

panjang bayi perempuan

  • Lahir – 49.1 cm
  • 1 bulan – 53.7 cm
  • 2 bulan – 57.1 cm
  • 3 bulan – 59.8 cm
  • 4 bulan – 62.1 cm
  • 5 bulan – 64 cm
  • 6 bulan – 65.7 cm
  • 7 bulan – 67.3 cm
  • 8 bulan – 68.7 cm
  • 9 bulan – 70.1 cm
  • 10 bulan – 71.5 cm
  • 11 bulan – 72.8 cm
  • 12 bulan – 74 cm

Ukuran lilitan kepala bayi semasa lahir

Selain daripada ukuran berat dan panjang bayi baru lahir, lilitan kepala bayi semasa lahir juga penting dalam memberi petunjuk mengenai perkembangan otak.

Sekiranya kepala si manja lebih besar atau kecil daripada kebanyakan bayi lain, ia bermakna mungkin ada masalah.

Sebagai contoh, kepala lebih kecil mungkin petanda bahawa otak tidak berkembang dengan baik.

Untuk mengetahuinya, anda boleh mencari ukur lilit kepala bayi pada bahagian kiri carta – ukuran tersedia dalam sentimeter (cm) atau inci.

Ikut garis mendatar dan menegak sehingga ia bersilang (bertemu). Dalam kebanyakan kes, setiap ukuran akan berada pada garis melengkung.

Apabila sudah mendapat titik bersilang, ikut garis melengkung ke kanan. Pada hujungnya anda akan melihat nombor yang menunjukkan persentil bayi.

Seperti contoh di bawah, seorang bayi perempuan 3 bulan dengan lilitan kepala 15.5 inci, berada pada persentil 50. 

perkembangan bayi perempuan

Ini bermakna separuh daripada bayi perempuan seusianya mempunyai ukur lilit kepala lebih besar dan separuh lagi lebih kecil.

Ukuran lilitan kepala bayi semasa lahir: bayi lelaki

ukur lilit kepala bayi lelaki

Bayi perempuan

ukur lilit kepala bayi perempuan

Perkembangan bayi 0 12 bulan

Di samping mengetahui ukuran berat dan panjang bayi baru lahir, anda juga perlu mendapatkan pemeriksaan doktor, walaupun anak sentiasa sihat. 

Ini kerana 2 tahun pertama adalah masa penting dalam proses tumbesaran dan perkembangan bayi.

Pemeriksaan 1, 2, 4 dan 6 bulan

1 bulan

Pemeriksaan asas akan dilakukan – ukuran, pengawasan perkembangan, penilaian psikososial / tingkah laku dan ujian fizikal.

Si manja mungkin akan diberikan suntikan imunisasi hepatitis B dos ke-2.

2 bulan

Pemeriksaan asas seperti pengukuran, perkembangan, tingkah laku dan tubuh bayi. 

Kali ini bayi akan diberikan suntikan seperti Difteria-Tetanus-Pertussis-Polio-Hepatitis B-Haemophilus influenza jenis b (DTaP-IPV-HepB-Hib) dos pertama.

4 bulan

Pemeriksaan standard biasa akan dilakukan. 

Selain itu, bayi juga akan mendapat suntikan DTaP-IPV-HepB-Hib dos ke-3.

6 bulan

Pemeriksaan sama seperti bulan 1, 2 dan 4 akan dilakukan bersama suntikan vaksin Hepatitis B dos ke-3 dan Campak (untuk bayi yang berada di Sabah sahaja).

vaksin bayi
Jenis vaksin untuk bayi.

Semasa lawatan kesihatan bayi, doktor mungkin akan bertanyakan bagaimana keadaan mereka seperti:

Selain proses pertumbuhan fizikal, tumbesaran bayi yang melibatkan perkembangan motor dan kemahiran juga penting. 

Anda harus bersedia untuk menjawab pertanyaan seperti:

  • Adakah bayi beralih untuk melihat pemandangan atau bunyi?
  • Adakah bayi tersenyum?
  • Adakah bayi cuba mencapai objek?
  • Adakah bayi bertindak balas dan membuat ekspresi wajah yang sesuai?
  • Adakah bayi meniru bunyi yang anda buat?
  • Bolehkah bayi menyokong kepalanya dengan baik?
  • Adakah bayi anda cuba berguling?
  • Bolehkah bayi duduk dengan sokongan?
  • Adakah bayi cuba untuk berada dalam posisi berdiri?

Perkembangan bayi 0 12 bulan: Pemeriksaan 9 hingga setahun

9 bulan

Prosedur pemeriksaan kesihatan biasa seperti pengukuran, penilaian psikososial dan tingkah laku serta pemeriksaan fizikal.

Si manja akan mendapat suntikan Campak-Beguk-Rubela (MMR) dos pertama. Manakala bayi yang berada di Sarawak akan menerima suntikan vaksin Japanese Encephalitis (JE).

keadaan bayi baru lahir
8 keadaan bayi baru lahir.

12 bulan

Seperti biasa akan melibatkan prosedur pengukuran, memantau perkembangan dan tingkah laku bayi bersama pemeriksaan fizikal.

Si kecil juga akan diberikan suntikan MMR dos ke-2.

Doktor akan bertanyakan rangkaian soalan berkaitan pertumbuhan dan tingkah laku bayi.

Anda juga mungkin akan diminta untuk bermain dengan si manja untuk melakukan penilaian tingkah laku dan pergerakan. 

Ia bertujuan untuk melihat sama ada bayi belajar kemahiran asas pada kadar normal atau sebaliknya.

Hasil keputusan akan menentukan sama ada bayi perlu melakukan lebih banyak ujian jika wujud isu kelewatan perkembangan.

Kesimpulan


Jika terdapat sebarang pertanyaan atau kebimbangan mengenai keadaan anak, pastikan anda sudah bersedia dengan soalan untuk diajukan kepada doktor.
Ia adalah peluang terbaik untuk mendapatkan nasihat dan penyelesaian yang diperlukan.

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.



Disemak secara perubatan oleh

Dr. Joseph Tan

Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Disemak pada 29/04/2024

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan