backup og meta
Info Kesihatan
Alat Kesihatan
Tanya Doktor
Simpan
Senarai kandungan

Elakkan Komplikasi Kehamilan, Awasi Kondisi Anda Sebelum & Semasa Mengandung!

Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor


Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 21/06/2021

Elakkan Komplikasi Kehamilan, Awasi Kondisi Anda Sebelum & Semasa Mengandung!

Semua ibu hamil pasti akan bertanya soalan sama kepada doktornya iaitu apa itu komplikasi kehamilan? Adakah ia akan menyebabkan masalah pada ibu dan janin?

Adalah tidak dapat dinafikan bahawa komplikasi ibu hamil boleh terjadi kepada sesiapa sahaja meskipun anda menjalani proses mengandung dengan berwaspada.

Disebabkan itu, adalah wajar untuk anda tahu lebih banyak informasi mengenai perkara ini. Jom teruskan membaca artikel berkaitan apa itu komplikasi kehamilan.

Komplikasi kehamilan

Apa itu Komplikasi Kehamilan? 

Apa itu komplikasi ibu hamil adalah masalah berkaitan kesihatan si ibu dan janin dalam kandungan yang berlaku sepanjang proses mengandung.

Untuk pengetahuan anda, ada komplikasi kehamilan yang boleh berlaku sebelum mengandung serta ada yang akan terjadi semasa mengandung.

Sekiranya dibiarkan tanpa sebarang rawatan, mungkin akan wujud masalah berkaitan kelahiran, kecacatan, keguguran atau kematian janin dalam kandungan.

Namun anda mungkin tidak perlu risau kerana setiap komplikasi ibu hamil itu pasti akan ada jalan untuk merawat dan mengubati kondisi anda itu.

Komplikasi sebelum hamil

Sebelum wanita hamil, adalah sangat penting untuk sentiasa berkomunikasi dengan doktor bagi berkonsultasi tentang masalah kesihatan anda.

Ini kerana sebarang masalah kesihatan yang dialami sebelum mengandung mungkin boleh menjejaskan kesihatan anda serta janin dalam kandungan.

apa itu komplikasi

Berikut adalah beberapa jenis komplikasi kehamilan yang biasa berlaku sebelum mengandung:

Penyakit tiroid

Masalah tiroid sangat aktif yang tidak dikawal (overactive thyroid) berbahaya kepada ibu mengandung dan boleh menyebabkan masalah jantung dan berat badan janin.

Masalah tiroid kurang aktif yang tidak dikawal (underactive thyroid) juga berbahaya kepada ibu mengandung dan boleh menyebabkan kecacatan kekal pada janin.

Penyakit diabetes

Kadar gula dalam darah (glukosa) yang tinggi pada badan ibu hamil boleh menjejaskan si ibu dan janin dalam kandungan pada jangka masa yang panjang.

Oleh itu, doktor mungkin akan menyarankan anda mengawal penyakit itu sekurang-kurangnya 3 hingga 6 bulan sebelum mencuba untuk hamil.

Tekanan darah tinggi

Tekanan darah tinggi akan membuatkan wanita mengandung lebih berisiko mendapat praeklampsia dan pemisahan plasenta dari dinding rahim.

Selain itu, risiko kelahiran pramatang dan kelahiran janin kurang berat juga boleh terjadi jika ibu hamil alami masalah tekanan darah tinggi.

Komplikasi semasa hamil

Semasa wanita hamil, ibu yang mungkin kelihatan sihat juga boleh mengalami komplikasi kehamilan dan perlu dirawat segera.

Terdapat banyak masalah yang boleh berlaku semasa hamil yang boleh menjejaskan tahap kesihatan dan kehamilan si ibu serta janin dalam kandungan.

apa itu komplikasi

Berikut adalah beberapa jenis apa itu komplikasi kehamilan yang biasa berlaku semasa mengandung:

Anemia

Anemia atau kekurangan sel darah merah akan membuatkan wanita hamil berasa lemah, terlihat pucat, kerap sesak nafas serta berisiko pitam jika dibiarkan.

Oleh itu, pengambilan suplemen asid folik dan zat besi adalah sangat penting bagi mengembalikan jumlah sel darah merah kepada jumlah yang ideal ketika hamil.

Keguguran janin

Biasa berlaku pada sekitar minggu ke 20 kehamilan, statistik menunjukkan bahawa 20 peratus kehamilan itu mungkin akan berakhir dengan keguguran.

Dalam kebanyakan kes, komplikasi kehamilan ini tidak boleh dielakkan dan anda perlu berjumpa doktor segera untuk membersihkan rahim selepas keguguran.

Kelahiran pramatang

Kondisi ini biasa berlaku pada sekitar minggu ke 37 kehamilan dan bayi yang dilahirkan mungkin akan lebih kecil, kurang cukup sifat dan perlu berada dalam inkubator.

Bagi mengelakkan ia terjadi, pengambilan ubatan boleh menghentikan proses kelahiran ini berlaku selain doktor mungkin akan mencadangkan ibu hamil untuk bed rest.

Jangkitan

Apa itu komplikasi kehamilan juga mungkin boleh terjadi dalam bentuk jangkitan ketika mengandung dan ia turut boleh membahayakan ibu dan janin dalam kandungan.

apa itu komplikasi

Terdapat beberapa jenis jangkitan yang boleh sebabkan komplikasi kehamilan termasuklah:

Group B Strep (GBS)

Ia adalah sejenis jangkitan bakteria yang biasa ditemui pada faraj dan rektum wanita dan dikatakan bahawa 1 dari 4 wanita mungkin mengalaminya.

Meskipun ia tidak berbahaya, namun anda mungkin berisiko menyalurkannya kepada janin dalam kandungan dan ia boleh membawa maut.

Oleh itu, sila jalani pemeriksaan GBS sekitar minggu 35 ke minggu 37 kehamilan dan dapatkan antibiotik dari doktor untuk elakkan janin terkena jangkitan.

Urinary tract infection (UTI)

Ia adalah sejenis jangkitan bakteria yang akan berlaku pada salur air kencing dan jika dibiarkan mungkin boleh merebak kepada buah pinggang si ibu.

Antara tanda anda terkena jangkitan ini adalah kencing pedih, kerap kencing, sakit perut serta selalu berpeluh meskipun si ibu tidak banyak bergerak.

Jangkitan ini juga berisiko sebabkan kelahiran pramatang, jadi sila rawat dengan preskripsi antibiotik dari doktor sebelum jangkitan ini merebak.

Jumpa doktor

Melalui artikel ini, mungkin kalian sudah faham tentang apa itu komplikasi kehamilan dan jenis komplikasi ibu hamil yang boleh berlaku.

Dalam pada itu, adalah sangat penting untuk anda terus berhubung dan berjumpa dengan doktor jika berlaku sebarang masalah ketika proses ini berjalan.

Segera dapatkan bantuan perubatan sekiranya anda mengalami simptom-simptom berikut:

  • Pendarahan dari dalam faraj
  • Pengeluaran cecair dari faraj
  • Pembengkakan pada muka, tangan, kaki dan jari
  • Penglihatan menjadi sedikit kabur
  • Pergerakan janin tidak aktif
  • Ketidakselesaan pada bahagian bawah abdomen
  • Kesakitan ketika membuang air
  • Pening kepala teruk dan lama
  • Demam menggigil
  • Selalu mual-mual
  • Sering muntah-muntah
  • Terfikir untuk memudaratkan diri sendiri atau janin

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Disemak secara perubatan oleh

Panel Perubatan Hello Doktor


Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 21/06/2021

advertisement iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

advertisement iconIklan
advertisement iconIklan