Haid yang berlebihan
Masalah haid lain yang biasa juga ialah haid yang berlebihan, juga dipanggil menoragia. Ia menyebabkan pendarahan yang berlebihan daripada kebiasaan. Tempoh haid anda juga mungkin menjadi lebih lama daripada purata 5 ke 7 hari.
Ketiadaan haid
Dalam sesetengah kes, wanita mungkin tidak didatangi haid. Ia dipanggil amenorea. Amenorea primer ialah apabila anda masih tidak didatangi haid langsung setelah mencecah umur 16 tahun.
Ia boleh berpunca daripada masalah pada kelenjar pituitari, kecacatan kongenital pada sistem reproduktif wanita, ataupun lambat akil baligh. Amenorea sekunder pula berlaku apabila kitaran normal haid anda terhenti selama 6 bulan atau lebih.
Mungkin terdapat beberapa simptom yang tidak disenaraikan di atas. Sekiranya anda mempunyai kebimbangan tentang mana-mana simptom, silalah berunding dengan doktor.
Bila saya harus bertemu dengan doktor?
Sekiranya anda mempunyai mana-mana tanda atau simptom ataupun sebarang persoalan, silalah berunding dengan doktor anda. Setiap tubuh badan kita berbeza, sebaiknya berbincanglah dengan doktor untuk mendapatkan solusi yang terbaik bagi diri anda.
Punca
Apakah yang mengakibatkan gangguan haid?
Masalah haid mungkin disebabkan daripada punca yang berlainan, termasuklah;
- Kehamilan atau menyusu badan. Terlepas haid boleh menjadi tanda awal kehamilan. Menyusu badan pula biasanya melambatkan haid kembali selepas bersalin.
- Masalah permakanan/kecelaruan pemakanan, kehilangan berat badan yang berlebihan atau senaman yang berlebihan. Masalah pemakanan – seperti anoreksia nervosa –, kehilangan berat badan dan aktiviti fizikal yang terlampau kerap boleh mengganggu haid.
- Sindrom ovari polisistik (PCOS). Wanita yang ada masalah sistem endokrin yang biasa ini mungkin mengalami haid yang tidak tetap dan juga ovari yang membesar yang mengandungi cecair terkumpul – (dipanggil folikel) – terletak pada kedua-dua belah ovari sebagaimana yang dilihat menggunakan ultrabunyi.
- Kegagalan ovari pramatang merujuk kepada kehilangan fungsi normal ovari sebelum sampai umur 40 tahun. Wania yang mempunyai masalah ini berkemungkinan mengalami haid yang tidak tetap dan jarang-jarang bertahun-tahun lamanya.
- Penyakit keradangan/inflamasi pelvis. Jangkitan pada organ reproduktif boleh menyebabkan pendarahan haid yang tidak tetap.
- Fibroid uterus ialah ketumbuhan bukan kanser pada rahim. Ia boleh menyebabkan pendarahan haid yang berlebihan dan berpanjangan.
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen