Pengambilan makanan yang pedas bukan sahaja akan membuatkan perut anda sakit, ia juga boleh menyebabkan pembentukan ulser.
Sudahlah sakit sebab period pain, kena tahan pula sakit disebabkan ulser. Aduhai…
Baca juga:
4. Gula buatkan darah haid banyak dan berketul
Gula dan coklat merupakan makanan yang boleh buatkan wanita rasa gembira. Walaupun ia boleh buatkan mood kita menjadi semakin baik, namun gula sebenarnya boleh membuatkan pengaliran darah ketika haid jadi semakin berat!
Bukan itu sahaja, pengambilan gula yang banyak boleh menyebabkan bacaan glukosa dalam darah meningkat dan menurun secara drastik.
Walaupun kedua-dua makanan ini rasanya sedap, ia boleh menyebabkan senggugut jadi semakin teruk.
5. Elakkan makanan yang diproses
Makanan sejuk beku, segera dan diproses mengandungi banyak bahan dan pengawet yang boleh mendatangkan bahaya kepada kesihatan. Ia juga boleh mengganggu keseimbangan hormon dan menyebabkan masalah haid yang teruk.
Malah, makanan yang diproses juga mengandungi banyak garam. Seperti yang dijelaskan di atas, garam merupakan musuh ketat wanita yang sedang datang haid. Ia boleh menyebabkan retensi air dan perut kembung.
Jadi, elakkan makanan yang diproses semasa haid jika inginkan period yang lancar.
Tip: Ambil lebih banyak sayur-sayuran dan buah-buahan ketika haid untuk elak period yang berat.
Benarkah nanas boleh sebabkan darah haid banyak dan berketul?

Pasti ramai antara kita yang takut-takut untuk makan nanas ketika haid. Ada orang kata, nanas boleh buatkan haid semakin berat. Namun, sejauh manakah kebenarannya?
Nanas mengandungi sejenis enzim yang dikenali sebagai bromelain. Enzim ini boleh meningkatkan darah haid sebanyak 50%.
Walaupun begitu, makan nanas ketika haid bukanlah sesuatu yang berbahaya. Namun, ia mungkin akan mendatangkan ketidakselesaan!
Namun, jika anda mengalami pendarahan yang luar biasa ketika haid, berjumpalah doktor dengan segera. Mereka yang alami haid berat berisiko mengalami anemia jika tidak dirawat.
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen