Tetapi, apakah maksud pendarahan antara haid? Wanita yang ada masalah ini selalunya akan keluar darah selepas haid habis atau sebelum haid bermula. Pendarahan ini juga boleh berlaku dalam bentuk spotting atau seakan-akan period biasa.
Dalam artikel kali ini, kami akan membincangkan mengenai punca haid datang lagi setelah seminggu bersih dan bila anda perlu berjumpa doktor.
Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kesihatan Wanita, sila dapatkannya di sini.
12 punca keluar darah selepas haid
Pendarahan antara haid turut dikenali sebagai metrorrhagia, satu kondisi yang menyebabkan wanita mengalami pendarahan antara period. Tetapi, apakah cara untuk mengesan pendarahan selepas haid?
Pertama sekali, cuba perhatikan tempoh haid anda. Jika haid anda teratur dan datang tujuh hari setiap bulan, sebarang pendarahan yang berlaku di luar tempoh itu dikira sebagai pendarahan selepas haid.
Secara purata, kitaran haid seorang wanita berlangsung selama 21 hingga 35 hari. Haid pula akan datang selama beberapa hari atau seminggu. Pendarahan luar period adalah sesuatu yang abnormal dan boleh berlaku disebabkan beberapa faktor.
Antara punca pendarahan selepas haid:
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen