Disemak secara perubatan oleh Dr. Joseph Tan · Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group
Untuk makluman pembaca sekalian, wanita yang lambat datang bulan lebih daripada 3 kitaran berturut-turut dikenal pasti mengalami kondisi yang digelar, amenorea.
Punca lambat period boleh dipengaruhi oleh faktor yang berbeza, kalian mungkin akan alami tanda dan gejala tertentu berserta dengan ketiadaan darah haid, seperti:
Kebanyakan wanita mempunyai kitaran setiap 28 hari, bermula daripada kali pertama keluar darah haid sehingga menopaus.
Walau bagaimanapun, kitaran haid yang sihat boleh berbeza-beza antara 21 ke 35 hari bagi setiap kitaran.
Jika kitaran anda lain daripada yang lain dan selalu lambat, ini mungkin disebabkan oleh:
Jangan tak percaya ya, faktor tekanan juga boleh menjadi punca lambat datang bulan ataupun period tidak datang sama sekali!
Sebenarnya, perubahan gaya hidup yang drastik atau lambakan kerja berisiko membuatkan kalian stres, lantas mengganggu kitaran menstruasi.
Hormon gonadotropin-releasing (GnRH) kurang dihasilkan apabila stres, makanya ia akan menjejaskan proses ovulasi dan menstruasi anda.
Sekiranya anda fikir stres menjadi penyebab kitaran haid bercelaru, cubalah lakukan perkara yang boleh menenangkan atau mengubah gaya hidup harian.
PCOS, kondisi yang menyebabkan tubuh seorang wanita menghasilkan lebih banyak hormon lelaki, iaitu androgen.
Perubahan hormon ini juga boleh:
Sista yang terhasil pada ovari diakibatkan oleh ketidakseimbangan hormon, yang mana mampu membuatkan ovulasi terjejas atau terhenti.
Manakala, hormon-hormon lain seperti insulin juga menjadi tidak seimbang kerana berlakunya kerintangan insulin yang selalu dihadapi pesakit PCOS.
Dapatkan rawatan yang bersesuaian daripada doktor bagi merawat PCOS dan mengembalikan kitaran haid yang normal.
Pengambilan pil pencegah kehamilan turut berpotensi mengganggu kitaran menstruasi.
Pil ini mengandungi hormon estrogen dan progestin yang berfungsi untuk menghalang ovari daripada melepaskan telur.
Oleh itu, kesannya boleh mengambil masa sehingga 6 bulan untuk kitaran anda kembali normal selepas berhenti pengambilan pil tersebut.
Kaedah-kaedah pencegah kehamilan yang lain pula seperti penggunaan implan, patch dan suntikan turut berisiko menyumbang kepada punca lambat haid.
Selain pil pencegah kehamilan, sesetengah ubat yang digunakan bagi merawat masalah kesihatan tertentu juga boleh mengganggu kitaran menstruasi wanita.
Ubatan tertentu seperti, ubat sawan, ubat untuk kemurungan adalah antara contoh-contoh ubat yang berisiko melambatkan kitaran haid.
Masalah berkaitan berat badan, seperti anoreksia, bulimia mahupun obesiti, juga cenderung menjadi punca lambat datang haid.
Bagi berat badan di bawah 10% daripada berat normal (menurut BMI), ia berisiko mengubah cara tubuh berfungsi dan menghentikan proses ovulasi.
Berat badan yang berlebihan pula menyebabkan gangguan pada hormon dan ia turut sama dihadapi oleh mereka yang kekurangan berat badan.
Mengamalkan pola pemakanan yang sihat di samping melakukan senaman secara berkala akan dapat mengembalikan berat badan yang normal.
Bagi mereka yang menghadapi isu anoreksia atau bulimia, pastikan untuk merujuk doktor atau pakar pemakanan sebelum mengamalkan apa-apa diet.
Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen