2. Inositol sebagai rawatan pcos secara tradisional
Inositol merupakan satu bahan yang seakan-akan vitamin. Bahan ini juga dihasilkan secara semula jadi oleh badan dan boleh didapati di dalam pelbagai jenis makanan terutamanya kekacang dan buah-buahan.
Menurut kajian, inositol dapat mengawal kadar gula dalam darah dan membuatkan sel dalam badan lebih sensitif terhadap insulin.
Malah, menurut sebuah kajian pada tahun 2018, mereka mendapati kadar ovulasi dan kitaran haid penghidap PCOS dapat ditingkatkan dengan pengambilan inositol.
3. Suplemen asid lemak omega-3

Baru-baru ini, ada kajian kecil yang melihat keberkesanan asid lemak omega-3 untuk meningkatkan sensitiviti insulin dalam kalangan wanita dengan PCOS. Walau bagaimanapun, keberkesanannya masih lagi dalam kajian.
4. Gabungan bunga peony dan likoris
Ubat tradisional Cina yang menggabungkan bunga peony dan likoris selalunya dipreskripsi oleh pakar untuk membantu masalah kesuburan dalam kalangan penghidap PCOS.
Menurut kajian, formula herba ini mungkin dapat menukar testosteron kepada estrogen. Walau bagaimanapun, masih banyak lagi kajian yang perlu dilakukan.
Ubat tradisional Cina juga tidak boleh diambil secara sembarangan. Dapatkan nasihat doktor terlebih dahulu jika anda ingin mengambil sebarang herba untuk merawat simptom PCOS yang dialami.
5. Rawatan PCOS secara tradisional menggunakan teh minyak pooh (spearmint tea)
Minyak pooh atau Mentha spicata lazimnya digunakan sebagai teh herba oleh wanita di Timur Tengah. Ia amat bermanfaat untuk mengurangkan pertumbuhan bulu yang berlebihan.
Teh minyak pooh secara amnya selamat untuk diminum oleh sesiapa sahaja. Namun, kajian menunjukkan keberkesanannya mungkin berbeza mengikut individu.
Jika anda ingin mencuba 5 petua tradisional di atas, kami sarankan anda dapatkan dahulu nasihat daripada doktor.
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen