Anda kerap alami kitaran mentruasi yang tidak menentu? Haid pernah berlarutan hingga sebulan? Ini bukan darah haid biasa, ia tanda darah istihadah!
Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Anda kerap alami kitaran mentruasi yang tidak menentu? Haid pernah berlarutan hingga sebulan? Ini bukan darah haid biasa, ia tanda darah istihadah!
Darah istihadah merujuk kepada pendarahan rahim abnormal seperti pendarahan faraj di luar waktu kitaran haid yang normal, pendarahan yang berpanjangan atau terlalu berat.
Bukan itu sahaja, darah istihadah juga merangkumi pendarahan nifas, yang turut dikenali lochia selepas bersalin.
Untuk makluman, aliran haid yang normal biasanya berlangsung sekitar 5 hari dan berlaku setiap 21 hingga 35 hari.
Sekiranya terlintas di minda soalan-soalan berbunyi seperti; “Bagaimana kondisi ini boleh terjadi?” atau “Bolehkah saya bersama suami ketika istihadhah?”
Maka, anda harus ikuti kupasan ini sampai ke penghujung untuk menjawab kesemua persoalan yang bermain di fikiran!
Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kesihatan Wanita, sila dapatkannya di sini.
Tanda pendarahan rahim abnormal adalah berbeza-beza. Antara indikasi istihadhah, termasuk:
Doktor juga akan bertanya beberapa soalan semasa mendiagnosis darah istihadah, antaranya:
Baca juga:
Terdapat beberapa kemungkinan penyebab di sebalik pendarahan rahim yang tidak normal:
Masalah hormon adalah antara kondisi yang kerap menjadi punca darah istihadah.
Apabila salah satu ovari melepaskan telur (ovulasi), hormon tertentu akan memberi signal kepada badan untuk ‘berkumpul’ dan kemudian menyingkirkan lapisan rahim (endometrium).
Remaja dan wanita yang menghampiri usia menopaus adalah golongan yang kerap mengalami masalah pengumpulan endometrium berlebihan, menyebabkan hair tidak teratur, pendarahan berat atau spotting.
Hormon badan juga boleh terganggu dengan:
Sebab lain yang mungkin menyebabkan pendarahan faraj yang abnormal adalah masalah berkaitan fizikal rahim anda.
Tahukah anda, berjuta-juta wanita mempunyai fibroid (sejenis tumor bukan kanser yang tumbuh di otot-otot dinding rahim)?
Selain fibroid, polip juga merupakan sejenis pertumbuhan lain yang boleh terbentuk di lapisan rahim!
Kondisi seperti endometriosis juga boleh menyebabkan pendarahan yang tidak normal.
Ia terjadi apabila tisu di bahagian dalam rahim (endometrium), tumbuh di luar rahim anda.
Hal ini mungkin lebih jarang berlaku, tetapi pendarahan rahim yang abnormal juga boleh berlaku akibat:
Bagi menjawab persoalan sama ada wanita yang dalam darah istihadah boleh bersama suami atau sebaliknya, jawapan ringkasnya adalah, ya!
Menurut laman sesawang rasmi Mufti Persekutuan, istihadah menurut syarak membawa maksud darah yang keluar daripada hujung urat bawah rahim, selepas tempoh maksimum haid atau nifas.
Oleh itu, ia tidak dikategorikan sebagai darah haid (yang haram disetubuhi). Maka wanita yang mengalami darah istihadah boleh bersama suami, kerana hukumnya adalah sama seperti wanita yang dalam keadaan suci (tidak haid).
Sekarang, mari kita lanjut ke diagnosis dan opsyen rawatan yang ada!
Jika anda disyaki mengalami darah istihadah, doktor mungkin akan melakukan ujian fizikal, termasuk:
Rawatan akan bergantung kepada penyebab pendarahan dan sama ada anda merancang untuk mempunyai anak atau sebaliknya.
Sekiranya anda menghampiri usia menopaus, doktor mungkin mengambil pendekatan ‘tunggu dan lihat’ terlebih dahulu kerana gejala dihadapi berpotensi sembuh dengan sendiri.
Ubat-ubatan menjadi antara pilihan pertama yang dicuba oleh doktor. Ia merangkumi:
Kadangkala pembedahan mungkin diperlukan untuk menghentikan pendarahan:
Penafian
Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.
Disemak secara perubatan oleh
Panel Perubatan Hello Doktor
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen