Jika tip ini masih tidak memberi kesan, segera berjumpa doktor untuk mendapatkan rawatan lanjut.
#3. Emosi yang tidak stabil ketika perimenopause adalah normal
Selalu kita dengar bahawa emosi seorang wanita memang mudah berubah-ubah. Namun, ketika fasa perimenopause ini terjadi emosi wanita akan bertambah menjadi lebih tidak stabil.
Pada waktu ini, sebarang mood swing ketika perimenopause adalah normal.
Anda juga tidak boleh ambil mudah tentang perkara ini kerana sifat cepat marah atau cepat sedih ini berisiko membuat seseorang wanita itu mengalami stres dan depresi. Jadi, sila lebih berhati-hati!
Puncanya adalah disebabkan oleh kekurangan penghasilan hormon estrogen dan progesteron yang akan membuat otak dan badan wanita menjadi tidak stabil. Oleh itu, anda sebagai pasangan jangan buat perangai ketika ini ya?
#4. Perubahan pada fizikal wanita

Bukan sahaja dari segi emosional, wanita yang sedang mengalami fasa perimenopause juga akan mengalami perubahan dari aspek fizikalnya terutamanya pada rambut dan kulit wajah.
Antara tanda perimenopaus adalah rambut wanita lebih kering dan rapuh lalu meningkatkan risiko kebotakan. Selain itu, kulit wajah juga akan menjadi lebih kering dan nipis ekoran kekurangan estrogen.
Namun, jangan jadikan ini sebagai alasan untuk anda tidak lagi tampil yakin di hadapan suami. Ketahuilah bahawa anda tetap orang yang sama dicintainya sejak dari dahulu.
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen