backup og meta

10 Perkara Yang Dilarang Keras Bagi Wanita PCOS, No. 9 Paling Bahaya Jika Abai!

10 Perkara Yang Dilarang Keras Bagi Wanita PCOS, No. 9 Paling Bahaya Jika Abai!

Apa itu penyakit wanita yang bernama PCOS? Kupasan kali ini bakal menjawab tentang maksud PCOS dan kami juga telah menyenaraikan 10 perkara yang dilarang keras bagi pesakit kondisi ini.

Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kesihatan Wanita, sila dapatkan di sini.

10 perkara wanita PCOS tidak boleh lakukan!

Apa maksud PCOS? Kondisi ini berlaku akibat ketidakseimbangan hormon dan isu berkaitan metabolisme. Wanita PCOS juga memiliki banyak sista di dalam ovari mereka.

Maksud PCOS sudah terjawab, sekarang mari kita lihat apakah 10 perkara yang dimaksudkan!

#1 Makan makanan tinggi kandungan gula

Perlu anda tahu, PCOS dikaitkan dengan rintangan insulin. Rintangan ini mengubah cara tubuh memproses dan mengawal gula.

Sekiranya dibiarkan tanpa diperiksa, rintangan insulin boleh menyebabkan diabetes dan memburukkan lagi komplikasi dengan signifikan!

Ini bukan bermakna anda harus mengelakkan semua jenis gula atau beralih ke pemanis tiruan.

Tetapi, kalian disarankan untuk fokus pada makanan semula jadi dan cuba kurangkan makanan diproses sebanyak yang mungkin.

#2 Maksud PCOS: Merokok

Merokok boleh meningkatkan risiko penyakit jantung, aterosklerosis, dan diabetes!

Risiko untuk menghidap masalah-masalah kesihatan tersebut berserta sindrom metabolik adalah lebih tinggi apabila anda menderita PCOS.

Oleh itu, sayangi diri sendiri dengan berhenti merokok serta jauhkan diri daripada produk-produk tembakau.

Sekiranya anda menghadapi kesulitan untuk berhenti, cuba dapatkan bantuan daripada doktor bertauliah.

maksud pcos

#3 Lupa perhatikan kitaran haid

Masalah kitaran haid tidak teratur boleh membuatkan anda berisiko terkena kanser endometrium.

Walaupun ia jarang terjadi, masalah haid ini boleh meningkatkan risiko anda untuk mengalami komplikasi tersebut.

Tanda setiap kitaran haid di jurnal atau kalendar jika anda cenderung untuk lupa, terutamanya apabila selalu sibuk dengan urusan harian.

#4 Ponteng janji temu doktor

Doktor anda dapat bantu memantau komplikasi dan menjaga kesihatan secara keseluruhan.

Janji temu yang dijadualkan adalah penting untuk memantau kesihatan dan memastikan anda bebas gejala!

Hal ini adalah sangat penting sekiranya anda menjalani rawatan kemandulan kerana sesetengah ubat boleh menyebabkan komplikasi teruk dan memerlukan pemantauan.

#5 Apa maksud PCOS: Amal gaya hidup sedentari

Kenyataan ini mungkin sudah ‘basi’ pada sesetengah orang, namun bersenam memainkan peranan yang sangat penting untuk kekal sihat!

Lebih-lebih lagi untuk wanita PCOS, aktiviti senaman adalah mustahak dalam usaha mengurangkan risiko penyakit jantung dan obesiti.

Apabila bercakap perihal senaman, tiada keperluan untuk mendaftar diri di gim, membeli peralatan sukan yang mahal atau bahkan, menghabiskan masa berjam-jam untuk bersenam.

Sebaliknya, anda cuma perlu menggunakan masa selama 30 minit sehari atau beberapa kali seminggu untuk berjalan kaki.

Mahu lebih seronok? Anda boleh berjalan-jalan di sekitar taman, di pusat beli-belah atau ketika keluar ‘melepak’ dengan rakan-rakan.

Selain berjalan kaki, kalian juga boleh cuba senaman angkat berat. Ia bagus untuk menambah otot, yang akan meningkatkan metabolisma dan insulin!

maksud pcos

#6 Gagal ambil ubat seperti yang diarahkan

Ubat-ubatan, seperti pil pencegah kehamilan akan berfungsi dengan baik apabila diambil seperti yang diarahkan.

Melewatkan dos atau tidak mengambilnya secara berkala boleh menjejaskan keberkesanan ubat, atau bahkan menjadikannya berbahaya untuk kesihatan!

Misalnya, mengambil ubat metformin apabila merancang untuk tidak makan boleh menyebabkan gula darah anda jatuh ke tahap yang sangat rendah.

Justeru, pastikan untuk memahami cara pengambilan dengan tepat dan makan ubat seperti yang telah ditetapkan ya!

#7 Mengabaikan simptom dialami

Antara perkara yang perlu disyukuri mengenai PCOS, terdapat banyak jenis ubat dan pilihan rawatan yang tersedia.

Oleh itu, anda tidak perlu mengabaikan gejala atau menganggapnya sebagai sesuatu yang perlu ‘ditelan’ seorang diri.

Jalani pemeriksaan bersama doktor secara berkala untuk membincangkan simptom anda, dan usah takut untuk bersuara sekiranya rawatan yang dilakukan tidak berkesan.

#8 Wanita PCOS kena jaga tidur

Malangnya, wanita PCOS mempunyai risiko peningkatan gangguan tidur seperti insomnia dan apnea tidur obstruktif.

Apa maksud PCOS? Ia dipicu oleh kecelaruan hormon dan apabila tidak cukup tidur, masalah ini akan bertambah parah.

Tidur adalah penting! Kekurangan rehat berupaya mengganggu hormon yang mengawal rasa lapar.

Apabila hormon ini terganggu, anda akan mula mengambil lebih banyak kalori dan mengalami craving yang merepek!

Sebaliknya, tidur yang mencukupi pula dapat bantu menurunkan berat badan dan membuat anda berasa lebih baik.

#9 Mengabaikan gejala depresi

maksud pcos

Kemurungan bukanlah sesuatu yang boleh diabaikan!

Jika kesihatan mental di pandang enteng, ia dikhuatiri akan bertambah teruk dan melarat.

Wanita PCOS pula sememangnya mempunyai kecenderungan untuk mengalami masalah depresi.

Sekiranya anda merasa tertekan atau mengalami simptom seperti kesedihan, kesukaran makan atau tidur, penurunan berat badan, tidur dan makan berlebihan, jangan teragak-agak untuk berbincang dengan doktor anda!

#10 Banyak memendam rasa

PCOS boleh menjadi 1 kondisi yang mencabar dan realitinya, mempunyai struktur sokongan yang baik adalah sangat penting!

Oleh itu, jika anda tidak mengenali mana-mana pesakit PCOS lain atau tidak mempunyai orang untuk berborak, cuba cari kumpulan sokongan, okey?

Ada banyak organisasi yang menawarkan tempat dan ruangan untuk anda bertemu dengan wanita-wanita PCOS.

[embed-health-tool-ovulation]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

  1. Polycystic Ovary Syndrome (PCOS), https://kidshealth.org/en/teens/pcos.html, Accessed Jul 29 2021.
  2. Lifestyle Changes for Polycystic Ovary Syndrome in Adults, https://nyulangone.org/conditions/polycystic-ovary-syndrome-in-adults/treatments/lifestyle-changes-for-polycystic-ovary-syndrome-in-adults, Accessed Jul 29 2021.
  3. Polycystic ovary syndrome, https://www.womenshealth.gov/a-z-topics/polycystic-ovary-syndrome, Accessed Jul 29 2021.
  4. Polycystic Ovary Syndrome (PCOS), https://www.hopkinsmedicine.org/health/conditions-and-diseases/polycystic-ovary-syndrome-pcos, Accessed Jul 29 2021.
  5. Food, eating & PCOS, https://www.jeanhailes.org.au/health-a-z/pcos/healthy-living, Accessed Jul 29 2021.

Versi Terbaru

10/05/2022

Ditulis oleh Nisreen Nadiah

Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor

Diperbaharui oleh: Ahmad Farid


Artikel Berkaitan

Rupanya Punca Penyakit Wanita PCOS Adalah Faktor Keturunan? Betul Ke?

Sudah Mula Ambil Insulin, Tapi Boleh Ke Kalau Berhenti Ambil Jika Gula Darah Terkawal?


Disemak secara perubatan oleh

Panel Perubatan Hello Doktor


Ditulis oleh Nisreen Nadiah · Disemak pada 10/05/2022

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan