home

Bagaimana kami boleh memperbaikinya?

close
chevron
Artikel ini mengandungi maklumat yang salah dan tidak tepat.
chevron

Sila beritahu kami apa yang salah.

wanring-icon
Anda tidak wajib mengisi maklumat ini. Sila klik Hantar Pendapat Saya di bawah untuk terus membaca.
chevron
Artikel ini tidak menyediakan info selengkapnya
chevron

Sila beritahu kami apa yang salah.

wanring-icon
Anda tidak wajib mengisi maklumat ini. Sila klik Hantar Pendapat Saya di bawah untuk terus membaca.
chevron
Hmm... Saya ada soalan!
chevron

Kami tidak boleh menawarkan khidmat nasihat kesihatan peribadi, tapi kami mengalu-alukan pendapat anda! Sila isi kotak di bawah.

wanring-icon
Jika anda mengalami kecemasan, sila hubungi pihak kecemasan atau lawati bilik kecemasan terdekat dengan kadar segera.

Memahami Kitaran Haid Dengan Mudah (1)

Memahami Kitaran Haid Dengan Mudah (1)

Kitaran haid adalah satu fenomena yang berlaku ke atas wanita selepas mencapai umur matang. Ia adalah penting dalam memastikan fungsi wanita demi mengekalkan kelangsungan generasi manusia di atas muka bumi ini.

Perubahan hormon yang berlaku dalam tubuh wanita setiap bulan membuatkan keadaan tubuh wanita, khususnya organ reproduktif mereka sesuai untuk menjalankan tugas ini.

Namun, kadangkala kitaran ini dilihat begitu kompleks dan susah untuk difahami. Bahkan, mereka yang terlibat secara langsung dalam bidang kesihatan wanita juga boleh terkeliru tentang bagaimana kitaran ini berjalan.

Melalui artikel ini, anda akan menemui penjelasan yang mudah tentang kitaran haid wanita.

Organ reproduktif wanita

Secara asasnya, organ reproduktif wanita yang terlibat dalam kitaran ini terdiri daripada ovari, tiub fallopian dan rahim (endometrium).

Organ reproduktif wanita

Kitaran rahim (endometrium) dan ovari serta hormon yang terlibat dalam kitaran haid

Seperti yang telah dijelaskan, kitaran ini berfungsi menyediakan wanita untuk hamil. Bagi memahaminya dengan mudah, ia mengandungi dua kitaran yang berjalan pada waktu yang sama, iaitu kitaran rahim (endometrium) dan kitaran ovari. Keseluruhan kitaran ini akan mengambil masa secara kebiasaannya selama 28 hari.

Kedua-dua kitaran ini dipengaruhi oleh beberapa hormon yang dirembeskan oleh kelenjar yang berbeza. Ini termasuk:

  • Kelenjar pituitari – hormon FSH (follicle stimulating hormone) dan hormon peluteinan (LH).
  • Kelenjar ovari dan korpus luteum – hormon estrogen dan hormon progesterone

Ini adalah maklumat asas yang perlu diketahui sebelum memahami kitaran haid wanita.

Kitaran rahim (endometerium)

Rahim atau endometrium adalah organ reproduktif wanita yang paling besar. Ia berhubung dengan dua tiub fallopian di bahagian atas, serta serviks dan faraj di bahagian bawah.

Kitaran ini terbahagi kepada 3 fasa:

1. Fasa haid (hari pertama hingga ke-3)

Ini adalah fasa di mana pendarahan berlaku. Ia disebabkan oleh dinding rahim yang mati dan menjadi sebahagian daripada darah haid. Ia biasanya berlaku selama 3 hingga 7 hari.

2. Fasa proliferatif (hari ke-4 hingga ke-14)

Fasa ini berlaku selepas pendarahan berhenti (antara hari ke-4 dan 8). Hormon utama bagi fasa ini adalah hormon estrogen, di samping hormon FSH dan LH.

Hormon FSH yang dirembeskan oleh kelenjar pituitari merangsang rembesan estrogen oleh ovari. Estrogen seterusnya menyebabkan penebalan pada dinding rahim. Penebalan akan terus berlaku sehingga hari ke-14, di mana hormon LH akan dirembeskan dalam jumlah yang tinggi.

Keadaan ini akan menyebabkan proses ovulasi berlaku di mana ovum dilepaskan oleh ovari (kilang telur wanita). Pelepasan ovum ini menandakan berkahirnya fasa proliferatif.

3. Fasa sekretori (hari ke-15 hingga ke-28)

Selepas berlaku proses ovulasi, bermulalah fasa sekretori iaitu pada hari ke-15. Hormon utama bagi fasa ini adalah progesterone.

Rumah di mana ovum yang dilepaskan berada di dalamnya akan membentuk sesuatu yang dikenali sebagai korpus luteum yang akan merembeskan hormon progesterone.

Fasa ini menyebabkan peningkatan pada penghasilan salur darah serta kelenjar di dalam dinding rahim. Pengeluaran mukus juga meningkat bagi menyediakan rahim untuk proses implantasi jika berlaku pensenyawaan.

Korpus luteum akan kekal selama 14 hari (sehingga hari ke-28). Jika tiada pensenyawaan dan implantasi berlaku, ia akan mengecut, seterusnya menyebabkan kadar progesterone menurun secara mendadak.

Keadaan ini akan menyebabkan salur darah menjadi kejang (spasma) sehingga saluran darah kepada dinding rahim yang mengandungi oksigen dan nutrien berkurang. Sel-sel dinding rahim akan mati dan berlaku pendarahan. Apabila pendarahan berlaku, kitaran ini akan bermula semula daripada fasa haid.

Ringkasan kitaran rahim (endometerium)

Sambung baca di Memahami Kitaran Haid Dengan Mudah (2).

Hello Health Group tidak menyediakan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Sumber Rujukan

Dr Mohd Nasir Tak Abdullah (1 September 2014). Fisiologi Kitaran Haid. Dimuat turun daripada http://www.myhealth.gov.my/fisiologi-kitaran-haid/.

Medicine.net. Menstruation (Menstrual Cycle). Dimuat turun daripada https://www.medicinenet.com/menstruation/article.htm#menstruation_facts.

Gambar penulis
Maklumat perubatan disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Muhamad Firdaus Rahim
Disemak pada [date}
x