Jika boleh, ambil makanan yang sihat untuk melawan anxiety.
Diet yang kaya dengan bijirin penuh, buah-buahan, sayur-sayuran dan ikan dapat membuatkan anda rasa lebih sihat dan bertenaga.
Pantang larang anxiety 4: Minuman beralkohol
Minuman beralkohol tidak akan menghilangkan masalah anda, ia hanya akan membuatkan anda semakin resah!
Sebab itulah, sebarang minuman beralkohol merupakan pantang larang anxiety!
Menurut pakar, minuman ini mempunyai kesan negatif terhadap kesihatan.
Selain itu, ia akan menyebabkan dehidrasi dan akan mencetuskan pelbagai simptom kegelisahan.
Ambil minuman ini secara sederhana. Jika anda menghidap penyakit tertentu, elakkan minuman beralkohol.
5. Ubat-ubatan tertentu

Ada beberapa jenis ubat-ubatan yang mempunyai kesan sampingan tertentu. Malah, ada antaranya yang akan mencetuskan simptom kegelisahan atau serangan panik.
Antara ubat yang mempunyai kesan sampingan sebegini ialah ubat-ubatan tiroid dan asma.
Jika anda mengambil ubat untuk merawat kegelisahan contohnya benzodiazepines, pastikan anda mengambilnya mengikut arahan doktor.
Jangan berhenti secara tiba-tiba kerana ia hanya akan menyebabkan keresahan anda menjadi semakin serius.
Tip untuk mengurangkan stres dan kegelisahan
- Berehat jika perlu. Tonton televisyen, dengar lagu, lakukan meditasi atau lakukan apa sahaja aktiviti yang dapat membantu anda rasa lebih tenang.
- Ambil makanan yang berkhasiat. Elakkan makanan segera, berminyak dan berlemak.
- Kurangkan pengambilan alkohol dan kafein. Kedua minuman ini adalah pantang larang anxiety.
- Dapatkan tidur yang mencukupi.
- Bersenam setiap hari. Senaman dapat membuatkan mood anda stabil.
- Berpandangan positif.
- Belajar tentang kondisi anda dan kenal pasti apa yang membuatkan anda resah.
Jumpa doktor sekiranya anda:
- Rasa sangat risau sehingga ia mengganggu kerja, perhubungan dan kehidupan seharian
- Rasa takut dan gelisah yang sukar untuk dikawal
- Kegelisahan yang dialami berkait rapat dengan kesihatan fizikal
- Ingin membunuh diri
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen