backup og meta

Faraj Gatal, Keputihan Berbau Hanyir? Itu Antara Gejala 10 Masalah Miss V Ini

Faraj Gatal, Keputihan Berbau Hanyir? Itu Antara Gejala 10 Masalah Miss V Ini

Keadaan faraj yang mengalami kegatalan dan keputihan berbau sering menjadi rungutan wanita. Tetapi apakah sebenarnya masalah miss V yang mungkin anda hadapi?

Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kesihatan Wanita, sila dapatkannya di sini.

Masalah miss V sering berlaku

Terdapat pelbagai jenis masalah faraj boleh terjadi kepada seseorang wanita, bermula daripada jangkitan ringan seperti jangkitan yis atau keadaan faraj lebih parah gejalanya, contoh: penyakit kelamin.

Ayuh ketahui 10 jenis penyakit dan jangkitan faraj yang cenderung dialami kebanyakan wanita.

1. Vaginitis

Merujuk kepada keradangan pada faraj.

Biasanya pada faraj yang sihat dan normal terdapat keseimbangan antara bakteria dan yis, tetapi jika berlaku ketidakseimbangan, anda boleh mengalami rasa tidak selesa bersama bau kurang menyenangkan.

Masalah miss V ini disebabkan oleh beberapa punca seperti penggunaan produk atau material seluar dalam baharu yang menjadi punca keradangan mengakibatkan faraj bertindak balas secara tidak normal.

Masalah miss V #2. Vaginosis bakteria

Vaginosis bakteria atau BV merupakan jangkitan yang paling kerap dialami disebabkan pertumbuhan bakteria berlebihan dalam faraj.

Kebanyakan wanita dengan keadaan faraj ini tidak mengalami gejala. Namun antara simptom yang boleh terjadi adalah keputihan berwarna kelabu atau putih yang berbau hanyir.

masalah miss vJangkitan BV tidak akan menyebabkan masalah kesakitan, kegatalan atau kerengsaan faraj.

Jangkitan ini berlaku apabila terdapat perubahan pada keadaan normal faraj. Ia adalah jangkitan aktif seksual – risiko meningkat bagi individu yang kerap bertukar pasangan. 

Faktor lain yang meningkatkan risiko untuk BV adalah penggunaan produk kebersihan faraj, alat kontraseptif IUD dan merokok.

3. Trichomoniasis, antara masalah miss V

Trichomoniasis adalah jangkitan kelamin disebabkan oleh parasit dikenali sebagai Trichomonas vaginalis.

Kebanyakan wanita dengan jangkitan ini tidak mengalami gejala. 

Walau bagaimanapun sekiranya wujud simptom, ia boleh terdiri daripada masalah keputihan berwarna putih atau kekuningan berbau busuk, kesakitan dan kegatalan sekitar vulva serta rasa sakit semasa membuang air kecil.

Jika tidak dirawat ia boleh menyebabkan komplikasi serius seperti kemandulan dan masalah ketika hamil.

4. Keadaan faraj dijangkiti yis

Jangkitan yis ini boleh menyebabkan rasa gatal, sakit dan kerengsaan di sekitar vulva.

Anda mungkin akan mengalami keputihan tebal dan putih, seperti keju kotej, selain boleh menyebabkan kesakitan semasa hubungan seks atau kencing.

masalah miss v

Terdapat faktor-faktor yang boleh meningkatkan kecenderungan untuk mengalami jangkitan kulat seperti kehamilan, mengalami diabetes dan pengambilan sesetengah jenis antibiotik.

Penggunaan sabun, gel mandi atau produk kebersihan intim, pakaian ketat serta hubungan seksual juga menjadi antara punca kondisi ini.

5. Jangkitan Human Papillomavirus

Keadaan faraj dengan jangkitan Human Papillomavirus atau HPV ini akan mengalami ketuat pada alat kelamin atau kulit di sekitarnya. Ia biasa menular melalui hubungan seksual.

Ketuat tersebut menyerupai ketulan kecil dalam atau sekitar vulva, faraj mahupun dubur yang memicukan rasa sakit dan kegatalan atau pendarahan.

Ketuat ini hanya boleh dikeluarkan melalui penggunaan krim, laser atau pembedahan.

Masalah miss V #6. Herpes genital 

Herpes genital adalah jangkitan yang disebabkan oleh virus herpes simplex yang menular melalui hubungan seksual. 

Kebanyakan wanita dengan jangkitan ini mungkin tidak mengalami sebarang simptom. Tetapi gejala yang boleh terjadi adalah lepuh (blister) menyakitkan sekitar alat kelamin, sakit kepala dan demam.

Lepuh yang terjadi boleh sembuh namun virusnya tidak dapat disingkirkan dan berisiko untuk menyerang kembali!

Banyak faktor boleh memicu keradangan jangkitan ini seperti jatuh sakit, tekanan, tabiat merokok dan pengambilan alkohol.

Baca juga:

7. Gonorrhea

Gonorrhea merupakan jangkitan kelamin yang terjadi disebabkan bakteria. 

Simptom biasanya akan muncul dalam tempoh 10 hari selepas dijangkiti, seperti keputihan yang banyak, rasa sakit pada bahagian bawah perut serta pendarahan antara tempoh haid. 

Sekira tidak dirawat, gonorrhea boleh menyebabkan komplikasi serius seperti kemandulan dan kesakitan pelvis kronik akibat penyakit radang pelvis

8. Klamidia, salah satu masalah miss V

Seorang wanita boleh mengalami klamidia disebabkan jangkitan bakteria dan biasanya tidak menyebabkan sebarang simptom. 

Walau bagaimanapun jika wujud simptom, anda boleh mengalami keputihan yang banyak, pendarahan antara haid atau selepas hubungan seks.

Di samping itu, gejala lain yang boleh terjadi adalah rasa sakit semasa bersama pasangan atau ketika kencing.

Membiarkan klamidia tanpa rawatan sewajarnya boleh meningkatkan risiko untuk mengalami kemandulan, kesakitan pelvis kronik kesan penyakit radang pelvis dan masalah semasa mengandung.

masalah miss v

9. Vulvodynia

Vulvodynia merupakan keadaan kronik yang menyebabkan kesakitan pada sekitar pembukaan faraj. 

Kesakitan boleh menjadi sangat teruk sehinggakan aktiviti mudah seperti duduk terlalu lama dalam satu posisi meningkatkan lagi ketidakselesaan.

#10. Vaginitis atropik

Keadaan ini boleh terjadi apabila badan kurang menghasilkan estrogen, biasanya selepas menopaus. Ia terjadi disebabkan pengeringan, penipisan dan keradangan pada lapisan dinding faraj.

Simptom yang boleh dialami adalah termasuk kekeringan faraj, sensasi terbakar ketika kencing, pendarahan selepas hubungan intim dan kegatalan pada alat sulit.

[embed-health-tool-ovulation]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

  1. Common vaginal infections. https://www.bupa.co.uk/health-information/womens-health/vaginal-infections, Accessed on Oct 7, 2021
  2. Yeast Infections. https://my.clevelandclinic.org/health/diseases/5019-yeast-infections, Accessed on Oct 7, 2021
  3. Vaginitis: Diagnosis and Treatment. https://www.aafp.org/afp/2018/0301/p321.html, Accessed on Oct 7, 2021
  4. Vaginal Diseases. https://medlineplus.gov/vaginaldiseases.html, Accessed on Oct 7, 2021
  5. Female Genital Problems and Injuries. https://www.healthlinkbc.ca/health-topics/vagts, Accessed on Oct 7, 2021

Versi Terbaru

22/04/2022

Ditulis oleh Asyikin Md Isa

Disemak secara perubatan oleh Dr. Joseph Tan

Diperbaharui oleh: Asyikin Md Isa


Artikel Berkaitan

Keputihan Berwarna Hijau Dengan Bau Menyengat? Anda Pasti Tak Sangka Ini Puncanya

Keliru Keputihan Faraj Sering Berubah? Semak Senarai Punca Ini Sekarang!


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Joseph Tan

Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Disemak pada 22/04/2022

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan