home

Bagaimana kami boleh memperbaikinya?

close
chevron
Artikel ini mengandungi maklumat yang salah dan tidak tepat.
chevron

Sila beritahu kami apa yang salah.

wanring-icon
Anda tidak wajib mengisi maklumat ini. Sila klik Hantar Pendapat Saya di bawah untuk terus membaca.
chevron
Artikel ini tidak menyediakan info selengkapnya
chevron

Sila beritahu kami apa yang salah.

wanring-icon
Anda tidak wajib mengisi maklumat ini. Sila klik Hantar Pendapat Saya di bawah untuk terus membaca.
chevron
Hmm... Saya ada soalan!
chevron

Kami tidak boleh menawarkan khidmat nasihat kesihatan peribadi, tapi kami mengalu-alukan pendapat anda! Sila isi kotak di bawah.

wanring-icon
Jika anda mengalami kecemasan, sila hubungi pihak kecemasan atau lawati bilik kecemasan terdekat dengan kadar segera.

Kegatalan Melampau Akibat Cholestasis Ketika Mengandung

Kegatalan Melampau Akibat Cholestasis Ketika Mengandung

Apa itu Cholestasis ketika mengandung?

Cholestasis (keadaan di mana aliran cecair hempedu yang keluar daripada saluran di hati, tersumbat) ketika mengandung adalah sejenis keadaan yang berlaku pada bulan-bulan terakhir kehamilan. Ianya menyebabkan kegatalan yang melampau, lazimnya di bahagian tangan dan kaki, namun ianya boleh berlaku juga pada bahagian badan yang lain. Walaupun keadaan ini tidak menyenangkan, tiada kesan buruk jangka masa panjang kepada wanita hamil. Dari sudut janin yang sedang membesar, Cholestasis adalah sesuatu yang merbahaya. Doktor biasanya akan mencadangkan untuk mempercepatkan kelahiran.

Tanda dan simptom Cholestasis ketika mengandung

Kegatalan melampau adalah tanda awal Cholestasis ketika mengandung. Kebanyakkan wanita mengandung yang menghidap Cholestasis akan cenderung untuk merasa gatal pada tapak tangan dan tapak kaki. Sesetengah daripada mereka, akan merasa gatal di seluruh badan. Pada waktu malam, lazimnya, kegatalan ini menjadi lebih teruk dan boleh menggangu tidur. Kegatalan waktu malam ini dipercayai berlaku lazimnya ketika tempoh trimester ketiga kehamilan namun boleh juga berlaku lebih awal. Selalunya, selepas bersalin, masalah ini akan terus hilang.

Antara tanda dan simptom lain yang kurang berlaku adalah kekuningan kulit dan bahagian sklera, mual dan hilang selera makan.

Siapa yang lebih berisiko untuk menghidap Cholestasis ketika mengandung?

Antara faktor risiko utama adalah:

– Sejarah keluarga atau sejarah peribadi menghidapi cholestasis ketika mengandung

– Sejarah penyakit hati

– Kehamilan kembar

Walaupun sesetengah faktor ini dipengaruhi oleh faktor genetik seseorang, kebanyakkannya adalah disebabkan oleh hormon-hormon yang dirembeskan ketika mengandung. Setelah anda menghidap keadaan ini, risiko untuk anda menghidapinya ketika kandungan seterusnya adalah lebih tingi berbanding wanita mengandung yang lain. Sekitar 2 per 3 daripada wanita, menghidapi keadaan ini semula dalam episod kandungan mereka yang seterusnya.

Apakah yang menyebabkan Cholestasis ketika mengandung?

Punca yang tepat masih tidak diketahui namun banyak kajian memepercayai bahawa terdapatnya elemen genetik kerana wujudnya corak keturunan dan terdapat sesetengah variasi genetik yang meningkatkan risiko seseorang itu untuk menghidapinya.

Hormon-hormon yang berkait rapat dengan proses kehamilan juga boleh menyumbang kepada terjadinya cholestasis ketika mengandung. Cecair hempedu adalah cecair yang dihasilkan oleh hati dan disimpan di dalam pundi hempedu, ianya membentuk memecahkan lemak dalam makanan. Hormon-hormon kehamilan dikatakan memperlahankan aliran cecair hempedu untuk keluar daripada hati. Akhirnya, ini akan menyebabkan cecair hempedu tersumbat dan bertakung, sebelum memasuki salur darah. Kehadiran asid hempedu dalam tisu badan si ibu inilah yang menyebabkan mereka mengalami kegatalan.

Diagnosis dan rawatan untuk Cholestasis ketika mengandung

Untuk mengenalpasti kewujudan cholestasis ketika mengandung, doktor anda akan bertanya tentang tanda dan simptom di samping sejarah penyakit. Kemudiannya, mereka akan melakukan pemeriksaan sebelum beberapa ujian darah untuk melihat keadaan hati dan juga kandungan asid hempedu dalam darah.

Untuk melegakan kegatalan, anda mungkin akan diberikan ursodiol, ubat yang membantu mengurangkan kandungan asid hempedu dalam darah.

Malangnya, rawatan di rumah tidak berapa berkesan untuk keadaan ini. Mandi air suam boleh melegakan sedikit ketidakselesaan dan meletakkan kaki atau bahagian yang gatal dalam air suam juga member kesan yang sama. Anda boleh juga mencuba untuk meletakkan ais pada bahagian gatal namun ini hanya kesannya hanyalah seketika.

Hello Health Group tidak memberi nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.


Baca juga:

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Gambar penulis
Maklumat perubatan disemak oleh Prof. Madya Dr. Thuaibah Bt Hashim
Ditulis oleh Prof. Madya Dr. Thuaibah Bt Hashim
Disemak pada 20/03/2019
x