home

Bagaimana kami boleh memperbaikinya?

close
chevron
Artikel ini mengandungi maklumat yang salah dan tidak tepat.
chevron

Sila beritahu kami apa yang salah.

wanring-icon
Anda tidak wajib mengisi maklumat ini. Sila klik Hantar Pendapat Saya di bawah untuk terus membaca.
chevron
Artikel ini tidak menyediakan info selengkapnya
chevron

Sila beritahu kami apa yang salah.

wanring-icon
Anda tidak wajib mengisi maklumat ini. Sila klik Hantar Pendapat Saya di bawah untuk terus membaca.
chevron
Hmm... Saya ada soalan!
chevron

Kami tidak boleh menawarkan khidmat nasihat kesihatan peribadi, tapi kami mengalu-alukan pendapat anda! Sila isi kotak di bawah.

wanring-icon
Jika anda mengalami kecemasan, sila hubungi pihak kecemasan atau lawati bilik kecemasan terdekat dengan kadar segera.

Kebersihan Faraj: Cara Menjaganya

Kebersihan Faraj: Cara Menjaganya

Jika anda seorang wanita yang masih tidak mengambil berat tentang kebersihan faraj, anda sebenarnya berdepan dengan impak negatif terhadap keselamatan dan kepuasan seksual anda.

Berikut adalah beberapa petua asas: apa yang boleh dan apa yang tidak boleh dilakukan ketika melakukan pembersihan faraj.

Jangan memakai seluar sintetik dan ketat

Sebenarnya memakai seluar sintetik dan ketat boleh menyebabkan kawasan faraj anda panas dan lembap serta membuatkannya tidak bernafas. Selain seluar yang ketat mungkin akan menyebabkan koyakan mikro pada bahagian kulit akibat geseran, keadaan ini boleh membuatkan bakteria berbahaya merebak lebih cepat.

Adalah dinasihatkan untuk anda memilih bahan semula jadi, sebaik-baiknya yang diperbuat dari kapas dan elakkan memakai pakaian ketat untuk tempoh masa yang panjang. Anda perlu memakai seluar bersih dan selesa.

Ujian STD

Dicadangkan untuk anda berjumpa doktor anda secara teratur untuk menguji sel yang tidak normal dan STD walaupun anda mengunakan perlindungan ketika melakukan hubungan seks dan monogami.

Beberapa jenis STD dan beberapa penyakit menular adalah tanpa simptoms, jadi dengan hanya mengandaikan bahawa anda sihat tanpa mendapatkan pemeriksaan kesihatan boleh membawa kepada PID. Ini bermakna anda mungkin tidak menyedari sebarang perubahan fizikal atau kesan sampingan, namun anda dijangkiti STD dan menyebarkannya kepada individu lain. Membuat pemeriksaan sendiri mungkin mendatangkan bahaya, jadi yang terbaik adalah dengan mendapatkan pemeriksaan doktor berkaitan STD untuk melindungi faraj dan diri anda.

Jangan douch

Faraj anda boleh mengekalkan keseimbangan paras pH dan bakteri baik atau buruk dengan sendiri untuk menjaga fungsi faraj. Faraj tidak perlu dicuci dengan apa-apa bahan kimia untuk membersihkannya. Apa yang anda perlu lakukan adalah menjaga bahagian luar bahagian intim dan dubur anda dengan air suam atau sabun khusus.

Tukar tampon, pad

Anda perlu menukar tampon dan pad anda sebelum ia penuh dengan darah haid. Adalah dicadangkan untuk menukarnya setiap 4 hingga 6 jam, tetapi ia berbeza mengikut individu. Elak menggunakan tampon pada ketika tempoh haid anda sedikit untuk mengelakkan sindrom kejutan toksik.

Objek asing

Beberapa benda seperti: tampon, jari, mainan seks, zakar, alat kawalan kehamilan, menstrual cup adalah antara benda yang boleh masuk ke dalam faraj anda, namun ia harus dipastikan bersih. Tetapi sesetengah tabiat peribadi seperti memasukkan timun, pisang dan sebagainya yang tidak munasabah adalah tidak sepatutnya dimasukkan ke dalam faraj anda walaupun objek-objek tersebut dibersihkan dengan berhati-hati kerana kerengsaan boleh berlaku dalam faraj anda.

Dari depan ke belakang

Basuh bahagian intim anda dari depan bahagian belakang selepas membuang air sama ada kencing atau air besar untuk mengelakkan jangkitan bakteria. Lakukan dengan berhati-hati dan bersih untuk memastikan tiada baki kekotoran faraj yang tertinggal. Lapkan faraj dan dubur anda menggunakan tisu tandas lembut, putih yang tidak mengandungi bahan pewarna atau bahan kimia berbahaya.

Faraj yang sihat akan menyingkirkan sejumlah kecil bahan kotoran untuk memastikan ia sentiasa bersih, seperti air liur yang terhasil untuk membantu membersihkan mulut anda. Apa-apa gangguan kepada faraj anda boleh menyebabkan anda mengalami kerengsaan atau jangkitan faraj.

Jadi anda harus tahu apa yang anda harus lakukan dan apa yang anda harus elakkan untuk memiliki faraj yang sihat.

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Gambar penulisbadge
Ditulis oleh Asyikin Md Isa Disemak pada 24/06/2020
Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor
x