Tahukah anda perbezaan antara keputihan yang normal dan abnormal? Kadangkala, keputihan selepas haid boleh berubah-ubah sifatnya, lantas menyebabkan ramai wanita keliru!
Disemak secara perubatan oleh Dr. Muhamad Firdaus Rahim · Dokter Umum · Hello Health Group
Tahukah anda perbezaan antara keputihan yang normal dan abnormal? Kadangkala, keputihan selepas haid boleh berubah-ubah sifatnya, lantas menyebabkan ramai wanita keliru!
Ya, keputihan adalah proses ‘pencucian’ semula jadi bagi faraj wanita, tetapi, kadangkala perubahan di dalamnya juga boleh menjadi indikasi masalah lain.
Untuk mengetahui perubahan keputihan yang dimaksudkan, sila ikuti artikel ini dengan lebih lanjut.
Sebelum itu, adalah wajar untuk kalian faham terlebih dahulu apa itu keputihan, teruskan membaca!
Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kesihatan Wanita, sila dapatkan di sini.
Keputihan atau turut dikenali sebagai leucorrhea adalah satu kondisi yang berlaku kepada wanita di mana keluarnya lendir berwarna putih atau seakan-akannya daripada lubang faraj.
Keputihan ternyata bertindak sebagai ‘pencuci’ semula jadi dalam membasmi bakteria-bakteria yang tidak diingini demi melindungi faraj daripada jangkitan dan iritasi.
Disebabkan itu, setiap wanita perlu tahu membezakan pengeluaran lendir pada faraj secara semula jadi dengan penyakit keputihan yang memerlukan rawatan lanjut.
Secara asasnya, masalah keputihan selepas haid terbahagi kepada 2 iaitu keputihan fisiologi (normal) dan keputihan patologi (tidak normal).
Kitaran selepas haid anda mempunyai kesan yang signifikan terhadap jenis keputihan yang dialami sepanjang bulan.
Usai haid, antara hari ke-6 hingga 8, jumlah hormon estrogen di dalam tubuh menurun, lantas keputihan menjadi lebih kental, berwarna putih, dan disertai sedikit sisa darah haid.
Pada pertengahan kitaran menstruasi pula, anda akan melihat peningkatan keputihan jernih yang normal.
Faraj yang semakin ‘basah’ dengan lendiran jernih dan melekit ini menjadi petanda waktu ovulasi, iaitu masa subur yang meningkatkan peluang seseorang wanita untuk hamil.
Tamatnya waktu subur, hormon progesteron pula meningkat. Keputihan selepas haid akan kembali menjadi kental dan semakin lama semakin berkurangan.
Tahukah anda, para wanita lebih cenderung untuk mengalami jangkitan faraj sebelum atau semasa haid?
Ini kerana keseimbangan pH faraj yang berbeza-beza sepanjang kitaran bulanan anda, menyebabkan tahap asid berada pada titik terendah beberapa hari sebelum dan semasa haid berlaku.
Keputihan abnormal merupakan tanda faraj dijangkiti, antara tandanya adalah:
Keputihan selepas haid ini merupakan indikasi waktu ovulasi ataupun masa subur. Keputihan pada wanita pada saat ini kelihatan umpama putih telur kerana bersifat jernih, licin, dan melekit.
Hal ini bertujuan untuk memudahkan sperma bertemu dengan ovum bagi proses persenyawaan.
Warna keputihan boleh bertukar menjadi kemerahan atau coklat pada awal dan penghujung haid.
Tetapi jika keputihan anda kekal berwarna merah sepanjang bulan, ini boleh menjadi tanda masalah kesihatan, seperti jangkitan, kitaran haid yang tidak teratur atau spotting.
Jika anda alami keputihan yang berwarna kekuningan, ini adalah tanda jangkitan dan ia biasanya tebal disertai bau yang kurang menyenangkan.
Di samping itu, ia turut menjadi tanda anda mendapat jangkitan kelamin trichomoniasis.
Tambah lagi, kebanyakan wanita yang dijangkiti klamidia atau gonorrhea tidak menunjukkan tanda-tanda kecuali keputihan berwarna kuning.
Keputihan yang berwarna kehijauan merupakan antara tanda jangkitan faraj yang serius dan memerlukan rawatan dengan kadar segera!
Jika ia turut disertai dengan bau yang busuk, ia boleh menjadi indikasi anda dijangkiti penyakit trichomoniasis, sama seperti keputihan berwarna kuning.
Apabila keputihan anda berubah menjadi warna kelabu, temui doktor atau pakar sakit puan dengan segera.
Ini boleh menjadi tanda vaginosis bakteria (BV), jangkitan yang kerap melanda para wanita.
Doktor mungkin akan menetapkan salap antibakteria atau antibiotik oral sebagai rawatan.
Kesimpulannya, jika anda masih tidak pasti beza keputihan selepas haid normal atau tidak, berjumpalah dengan doktor untuk pemeriksaan lanjut.
Penafian
Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen