Justeru, memakai pakaian yang ketat atau tebal boleh mewujudkan kondisi yang mendorong pertumbuhan kulat candida.
Candida yang berlebihan dalam usus boleh bergerak ke saluran dubur, yang boleh mengakibatkan jangkitan yis dubur.
Walaupun jangkitan yis boleh mempengaruhi alat kelamin, doktor tidak menganggapnya sebagai jangkitan penyakit kelamin.
Walau bagaimanapun, individu boleh terjangkit atau menyebarkan jangkitan yis di dubur ini jika mereka melakukan hubungan seks ‘pintu belakang’ dengan pasangan yang mempunyai isu ini tanpa menggunakan kondom atau alat kontraseptif.
Cara-cara mengurangkan risiko jangkitan yis pada masa hadapan
Anda boleh mengurangkan risiko daripada mendapat candida dengan cara:

Anda boleh juga mengurangkan risiko pertumbuhan yis dengan mengehadkan kelembapan dan faktor perengsa di sekitar dubur anda.
Beberapa perkara yang dapat membantu merangkumi:
- Memakai seluar dalam daripada material kapas yang membolehkan kulit bernafas
- Basuh dengan bersih selepas berenang dan melakukan sukan air
- Mengelakkan penggunaan produk kebersihan yang mengandungi pewangi di kawasan dubur
Selain itu, anda mungkin dapat mengurangkan risiko mendapat sebarang jenis jangkitan yis, termasuk jangkitan kulat di dubur, jika anda:
- Ambil suplemen probiotik setiap hari
- Kurangkan makanan berkarbohidrat tinggi dan bergula
Dapatkan tidur yang mencukupi
Anda turut berisiko tinggi untuk terdedah dengan pertumbuhan candida jika mengalami:
Bilakah anda harus bertemu dengan doktor?
Anda harus segera menghubungi atau menemui doktor jika mengalami gejala jangkitan yis di dubur yang berlangsung selama beberapa minggu.
Tambahan itu, mereka yang mengalami perkara-perkara berikut juga harus segera mendapatkan bantuan pakar, antaranya:
- Berlaku pendarahan
- Demam
- Menggigil
- Tekanan darah rendah
- Degupan jantung yang cepat
- Pernafasan cepat atau sempit
Ringkasan
Jangkitan kulat di dubur boleh menyebabkan rasa gatal yang tidak selesa tetapi usah risau kerana kondisi ini jarang menyebabkan keadaan perubatan yang darurat.
Dengan rawatan yang sesuai seperti ubat antikulat yang bakal diberikan oleh doktor akan dapat mencegah pembiakan kulat bertambah parah.
Walaupun jangkitan yis ini tidak bersifat berjangkit, anda harus masih beringat kerana seseorang individu boleh menyebarkan jangkitan ini kepada pasangan seksual mereka.
Selain itu, individu akan mengalami jangkitan yis apabila mereka mengalami pertumbuhan kulat yang berlebihan di permukaan kulit atau dalam badan.
Bagi mereka yang mempunyai sistem kekebalan tubuh yang lemah, diabetes, atau masalah kegemukan pula mungkin akan mempunyai risiko yang lebih tinggi untuk mendapat masalah ini.