backup og meta

Keliru Keputihan Faraj Sering Berubah? Semak Senarai Punca Ini Sekarang!

Disemak secara perubatan oleh Dr. Ahmad Wazir Aiman · Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Nisreen Nadiah · Disemak pada 20/10/2022

    Keliru Keputihan Faraj Sering Berubah? Semak Senarai Punca Ini Sekarang!

    Keputihan wanita, bukanlah suatu fenomena yang asing lagi dalam kehidupan kaum Hawa. Namun, apakah punca keputihan wanita?

    Keputihan atau dikenali sebagai leucorrhea ialah cecair atau lendir yang keluar daripada faraj wanita.

    Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kesihatan Wanita, sila dapatkan di sini.

    Keputihan wanita, apa fungsinya?

    Lelehan lendir berlebihan yang keluar daripada pangkal rahim ini merupakan bakteria normal dari faraj, sisa buangan dari rahim dan faraj, serta sel-sel yang telah mati dari dinding faraj.

    Keputihan ternyata bertindak sebagai ‘pencuci’ semula jadi dalam membasmi bakteria-bakteria yang tidak diingini demi melindungi faraj daripada jangkitan dan iritasi.

    Tambah lagi, ia mengimbangkan pH dan bakteria semula jadi (normal flora) di sekeliling faraj wanita.

    Jikalau pH faraj menjadi tidak seimbang, maka mudahlah bakteria atau kulat menjangkiti faraj, yang menyebabkan pertukaran warna, ketulan dan bau busuk.

    Mari fahami penjelasan mengenai cairan faraj saat kitaran menstruasi:

    • Hari 1-5: Ketika haid, keputihan yang muncul adalah sangat sedikit
    • Hari 6-8: Jumlah hormon estrogen di dalam tubuh menurun, lantas keputihan menjadi lebih kental, berwarna putih, dan disertai sedikit sisa darah haid
    • Hari 9-12: Menuju ke masa subur, jumlah estrogen di dalam tubuh makin meningkat. Tekstur keputihan menjadi creamy seperti losen dan makin banyak jumlahnya
    • Hari 13-14: Ovulasi atau masa subur. Keputihan pada wanita pada saat ini ibarat putih telur kerana kelihatan jernih, licin, dan melekit. Hal ini untuk bantu memudahkan sperma bertemu dengan ovum
    • Hari 15-28: Hormon progesteron pula meningkat. Keputihan kembali menjadi kental dan semakin lama semakin berkurangan

    2 jenis masalah keputihan

    warna keputihan

    Secara asasnya, masalah keputihan terbahagi kepada 2 iaitu keputihan fisiologi (normal) dan keputihan patologi (tidak normal).

    1. Keputihan normal (keputihan fisiologi)

    Keputihan normal biasanya tidak menunjukkan sebarang gejala penyakit.

    Lelehan lendir normal sering berlaku semasa seseorang wanita itu mengalami kesuburan dan sebelum bermulanya kitaran haid.

    2. Keputihan bermasalah (keputihan patologi)

    Keputihan pada wanita yang bermasalah (keputihan patologi) pula disebabkan oleh jangkitan kuman, menunjukkan petanda penyakit seperti lelehan lendir yang kental, berwarna kuning, kelabu atau hijau, berbau busuk dan menyebabkan gatal di sekitar kemaluan.

    Baca juga:

    Ini punca keputihan wanita…

    Untuk makluman pembaca, punca-punca keputihan boleh dipecahkan kepada beberapa faktor.

    Ini kerana, penyebab keputihan wanita boleh terjadi dek faktor fisiologi, jangkitan kelamin dan bukan seksual.

    Untuk penerangan yang lebih terperinci mengenai punca keputihan wanita, teruskan pembacaan!

    #1 Bersifat tidak berjangkit

    Punca keputihan wanita

    • Fisiologi:
      • Bayi yang baru lahir mungkin mempunyai sejumlah kecil keputihan, kadangkala ia bercampur dengan sedikit darah, ini disebabkan oleh tahap estrogen ibu yang tinggi. Ia juga akan hilang pada usia  bayi 2 minggu
      • Kitaran haid, apabila estrogen rendah, lendirnya menjadi tebal dan melekit. Apabila tahap estrogen meningkat, lendiran bakal berubah menjadi semakin jelas, basah dan lebih melekit
      • Semasa menopaus, jumlah normal keputihan menurun apabila tahap estrogen jatuh
  • Polip serviks dan ektopik
  • Pemakaian tampon atau tuala wanita yang lama
  • Vulval dermatitis
  • Erosive lichen planus
  • Genital tract malignancy (kanser serviks, rahim atau ovari)
  • Fistulae
  • Penggunaan antibiotik atau steroid
  • Pil pencegah kehamilan
  • Penyakit radang pelvis (PID)
  • Atrofi faraj, penipisan dan pengeringan daripada dinding faraj
  • Diabetes
  • #2 Jangkitan bukan seksual

    #3 Jangkitan kelamin punca keputihan wanita

    keputihan semasa mengandung

    • Chlamydia trachomatis
    • Neisseria gonorrhoeae
    • Trichomonas vaginalis, sangat kerap berlaku pada wanita muda

    Sila semak senarai di atas untuk mengenal pasti kemungkinan punca keputihan wanita.

    Jika ia tidak disertai dengan jangkitan faraj, maka masalah keputihan anda tidak perlu dirisaukan.

    Pun begitu, sekiranya kalian mempunyai sebarang keraguan atau kebimbangan, dapatkan khidmat nasihat doktor untuk rawatan yang sesuai.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Ahmad Wazir Aiman

    Dokter Umum · Hello Health Group


    Ditulis oleh Nisreen Nadiah · Disemak pada 20/10/2022

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan