backup og meta
Info Kesihatan
Alat Kesihatan

2

Tanya Doktor
Simpan

Ada Benjolan Di Sekitar Kemaluan? Ini 7 Punca, Paling Menakutkan Penyebab No. 5!

Disemak secara perubatan oleh Dr. Ahmad Wazir Aiman · Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 20/02/2024

    Ada Benjolan Di Sekitar Kemaluan? Ini 7 Punca, Paling Menakutkan Penyebab No. 5!

    Kadangkala, benjolan di kemaluan wanita sebelah kanan atau biji biji di kemaluan wanita boleh terbentuk atas pelbagai sebab yang berbeza dan berupaya memicu kesakitan serta ketidakselesaan!

    Mereka boleh muncul di bahagian dalaman faraj atau kawasan luar, dikenali sebagai vulva, yang meliputi labia.

    Sebenarnya, benjolan dan biji biji di kemaluan wanita bukanlah perkara asing dan ia biasa terjadi, terutamanya wanita dalam lingkungan usia reproduktif atau ketika meningkat usia.

    Pun begitu, benjolan di kemaluan wanita sebelah kanan ini masih tidak harus dianggap remeh.

    Ini kerana, mereka juga boleh menjadi indikasi kepada masalah perubatan atau penyakit berbahaya yang memerlukan perhatian profesional!

    Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kesihatan Wanita, sila dapatkannya di sini.

    Benjolan di kemaluan wanita sebelah kanan, punca-puncanya!

    Berikut adalah 7 kemungkinan yang berupaya memicu benjolan atau ketulan pada kulit vulva dan faraj anda.

    #1 Sista vulva

    Benjolan di kemaluan wanita seperti bisul?

    Vulva wanita mempunyai sejumlah kelenjar, termasuk kelenjar minyak, kelenjar Bartholin, dan kelenjar Skene.

    Sista boleh terbentuk sekiranya kelenjar ini tersumbat. Ukuran sista pula berbeza-beza, tetapi kebanyakannya akan terasa seakan benjolan kecil dan keras.

    Ia juga biasanya tidak menyakitkan kecuali jika ia dijangkiti!

    Sista biasanya boleh menghilang tanpa rawatan. Tapi jika ia dijangkiti, anda bakal memerlukan doktor untuk membuangnya dan mungkin akan diberikan antibiotik sekiranya terdapat tanda-tanda jangkitan.

    #2 Benjolan di kemaluan wanita sebelah kanan: Varicosities

    Varicosities adalah urat membengkak yang boleh berlaku di sekitar vulva.

    Hal ini menimpa kira-kira 10% wanita hamil atau yang berusia.

    Fizikalnya kelihatan seakan benjolan yang lebam kebiruan atau urat bengkak yang bulat di sekitar labia mayora (bibir luar), dan labia minora (bibir dalam).

    benjolan di kemaluan wanita sebelah kanan
    Rasa sakit pada kemaluan mungkin tanda ada sesuatu yang abnormal berlaku.

    Anda mungkin tidak mengalami sebarang kesakitan, tetapi kadangkala ia terasa ‘berat’, gatal atau bahkan, berdarah.

    Untuk wanita hamil, tiada rawatan yang diperlukan, kerana varicosities biasanya surut sekitar 6 minggu usai kelahiran bayi.

    Tapi, kondisi ini cenderung berulang dengan kehamilan berikutnya.

    Bagi yang tidak hamil pula, varicosities boleh jadi memalukan atau menyebabkan ketidakselesaan terutama semasa bersama atau berdiri dalam jangka masa yang lama.

    Bagi cara merawat benjolan di faraj ini, doktor yang pakar dalam pembedahan dan rawatan urat dapat merawat kondisi ini!

    #3 Bulu tumbuh ke dalam (ingrown hair)

    Benjolan di kemaluan wanita seperti bisul?

    Kaedah mencukur, waxing, atau mencabut bulu kemaluan meningkatkan risiko anda terhadap ingrown hair dan mencetus benjolan di kemaluan wanita sebelah kanan!

    Bulu yang menumbuh ke dalam boleh menyebabkan benjolan kecil, bulat, kadang-kadang menyakitkan atau gatal-gatal.

    Benjolan ini juga mungkin dipenuhi nanah, dan kulit di sekitarnya boleh kelihatan lebih gelap.

    Ingat! Jangan sesekali cuba mengeluarkan bulu ini dengan sendiri. Perbuatan itu boleh menyebabkan jangkitan!

    Dalam kebanyakan kes, ia akan sembuh tanpa perlukan rawatan. Namun pastikan untuk temui doktor sekiranya ia meradang, sebagai cara merawat benjolan di faraj.

    #4  Sista faraj

    Benjolan di kemaluan wanita sebelah kanan juga boleh terbentuk dek kerana sista faraj.

    Sista di Miss V adalah benjolan yang keras terletak di dinding faraj. Ia biasanya berukuran seperti kacang atau lebih kecil.

    Inclusion cysts merupakan jenis sista faraj yang paling kerap berlaku. Kadangkala mereka terbentuk selepas bersalin atau alami kecederaan pada faraj.

    benjolan di kemaluan wanita sebelah kanan
    Sista boleh menjadi antara punca koyakan pada perineum.

    Pun begitu, sista ini biasanya tidak menyakitkan. Ia jarang memerlukan perhatian perubatan kecuali jika mereka menyebabkan ketidakselesaan ketika bersetubuh.

    Dalam sesetengah cara merawat benjolan di faraj, sista Miss V perlu dikeringkan atau dikeluarkan melalui pembedahan.

    #5 Kanser

    Kanser vulva jarang berlaku, begitu juga barah faraj. Simptom-simptom kondisi prakanser dan barah boleh meliputi:

    • Benjolan rata atau timbul pada vulva 
    • Warna kulit yang lebih cerah atau gelap berbanding kulit di sekitarnya
    • Kulit yang menebal
    • Gatal, sensasi terbakar, atau sakit
    • Luka yang tidak sembuh dalam beberapa minggu
    • Pendarahan atau keputihan abnormal 

    Kanser vulva lebih kerap menimpa golongan yang lebih tua dan perokok. Anda juga mempunyai risiko lebih besar jika dijangkiti virus HPV.

    #6 Herpes genital

    Herpes genital adalah jangkitan yang disebabkan oleh virus herpes simplex dan turut berupaya menimbulkan benjolan di kemaluan wanita sebelah kanan. Ia disebarkan melalui seks faraj, oral, atau dubur.

    Selalunya, simptom yang ditunjukkan sangat ringan sehingga mereka yang menghidap herpes tidak sedar memilikinya.

    Wabak pertama herpes boleh menghasilkan gejala seperti selesema, termasuk:

    • Demam
    • Kelenjar bengkak
    • Luka besar
    • Sakit pada alat kelamin
    benjolan di kemaluan wanita sebelah kanan
    Pastikan tiada sebarang jangkitan yang serius di sekitar kemaluan anda.

    Selain itu, simptom herpes genital termasuk:

    Gejala herpes mungkin boleh hilang sendirinya, namun ia juga cenderung untuk kembali menyerang!

    Malang sekali, tidak ada penawar untuk herpes genital, tetapi keparahan dan jangka masa simptom dapat dikendalikan dengan ubat antivirus.

    Anda juga tidak boleh ‘bersama’ suami sekiranya masih memiliki luka herpes.

    Walau bagaimanapun, menggunakan kondom semasa hubungan seks akan mengurangkan risiko dijangkiti.

    #7 Benjolan di kemaluan wanita sebelah kanan: Ketuat kelamin

    Ketuat kelamin pula dipicu oleh jangkitan papillomavirus manusia (HPV).

    Ia acap kali ditularkan melalui seks faraj dan dubur. Mungkin jarang, tapi tidak mustahil untuk ia merebak melalui seks oral.

    Sama seperti herpes genital, kebanyakan individu yang memiliki ketuat kelamin tidak sedar akan kehadirannya. 

    Sekiranya anda mengalami simptom, ia mungkin meliputi:

    Untuk makluman, kondisi ini juga boleh tumbuh di vulva, dubur, atau di faraj anda.

    Ketuat kelamin juga tiada penawar, tetapi cara merawat benjolan di faraj ini boleh dengan penggunaan krim, laser, atau pembedahan. 

    Kesimpulan

    Lakukan pemeriksaan segera jika anda khuatir dengan benjolan tidak normal!

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Ahmad Wazir Aiman

    Dokter Umum · Hello Health Group


    Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 20/02/2024

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan