Pasang IUD Untuk Elak Mengandung? Awas, Ia Perlu Dibuang Jika Terjadi 7 Perkara Ini!

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Diterbitkan pada 19/01/2021 . 3 minit bacaan
Share now

Buat anda yang masih belum bersedia untuk mengandung, terdapat pelbagai kaedah kontraseptif yang boleh diamalkan bersama pasangan.

Antara yang paling mudah dan murah adalah dengan menggunakan kondom, pil perancang atau teknik pancut luar yang tidak selalunya berjaya.

Ini kerana kaedah perancangan keluarga ini bersifat spontan dan kadangkala kita mungkin akan terlupa untuk mengamalkannya.

Disebabkan itu, ramai pasangan kini sudah mula beralih kepada Intrauterine Device (IUD).

Apa itu IUD?

Intrauterine Device (IUD) adalah alat pencegah kehamilan yang dipasang di dalam rahim wanita bertujuan menghalang kehamilan luar jangkaan daripada berlaku.

Buat anda yang mungkin belum tahu tentang kewujudan alat ini, ia mempunyai bentuk seakan huruf ‘T’ dan diperbuat daripada bahan-bahan berunsur plastik.

Secara umumnya, terdapat 2 jenis IUD yang utama iaitu:

  • Copper – Alat yang disaluti tembaga ini akan menyebabkan rahim dan tiub fallopio secara tidak langsung menghasilkan cecair yang boleh merosak atau membunuh sperma
  • Mirena – Alat yang mengandungi hormon progesteron ini akan membuat mukus dan serviks menebal dan melekit agar sperma tidak dapat tembus ke rahim lalu merosak dan membunuh sperma

Sebelum memutuskan untuk menggunakannya, anda perlu tahu bahawa alat ini sangat berisiko tinggi kerana ia akan dipasang di dalam rahim wanita.

Sebaiknya, anda berbincang terlebih dahulu dengan doktor pakar untuk mendapatkan nasihat tentang kaedah kontraseptif yang terbaik buat kalian berdua.

iud

Bagaimana pasang IUD?

Jika anda dan pasangan sudah nekad untuk pasang IUD selepas mendapat saranan doktor, berikut adalah prosedur standard yang perlu dilakukan:

  • Setelah melakukan pemeriksaan pelvis, doktor akan meletakkan antiseptik pada faraj. Dengan menggunakan aplikator khas, IUD akan dimasukkan melalui serviks
  • Setelah IUD sampai di bahagian atas rahim, doktor akan mengembangkannya menjadi bentuk ‘T’. Pada masa itu, anda mungkin mengalami sedikit kekejangan
  • Doktor akan memotong talinya mengikut kepanjangan yang bersesuaian dan tali itu akan tergantung ke bawah melalui serviks ke faraj

Prosedurnya adalah cukup mudah dan hanya akan memakan masa beberapa minit namun wanita mungkin mengalami sedikit pendarahan atau kesakitan selepas beberapa minggu ia dimasukkan.

Dalam pada itu, ketahuilah bahawa ia mungkin tidak boleh kekal selama-lamanya di dalam rahim anda ya!

Ada beberapa sebab kena buang IUD!

Untuk pengetahuan anda, alat pencegah kehamilan ini mampu bertahan di dalam tubuh badan wanita selama sekitar 3 ke 10 tahun bergantung kepada jenisnya.

Sepanjang tempoh ia berada di dalam rahim, maka risiko kehamilan luar jangkaan berlaku mampu diturunkan ke tahap yang sangat rendah dan hampir mustahil.

cegah kehamilan

Namun ada beberapa perkara yang menyebabkan anda perlu buang IUD, termasuklah:

  • Ia telah mencapai tarikh luput penggunaan
  • Ia telah mengalami kerosakan yang teruk
  • Ia telah terkeluar daripada rahim secara tidak sengaja
  • Anda mengalami kesan sampingan seperti pendarahan, kesakitan atau sakit kepala kronik
  • Anda menghidapi jangkitan penyakit kelamin (STD)
  • Anda memutuskan untuk mengandung secara normal
  • Anda telah hamil walaupun IUD berada dalam rahim

Sekiranya salah satu perkara ini terjadi kepada anda, maka segera beritahu pasangan dan berjumpa doktor untuk membincangkan cara membuangnya.

Sebenarnya, tiada apa yang wanita perlu risau kerana membuang alat pencegah kehamilan ini daripada rahim adalah kurang sakit berbanding ketika memasangnya.

Cuma anda dan pasangan mungkin perlu mengelak daripada melakukan hubungan seks selama seminggu selepas prosedur dijalankan.

Ini bertujuan untuk mengelakkan anda daripada mengandung tanpa sengaja dan mendapat komplikasi lain selepas prosedur buang IUD dijalankan.

Jadi, adakah kaedah perancangan keluarga ini selamat?

Walaupun terdapat beberapa risiko yang dibawa melalui penggunaan alat pencegahan kehamilan ini, ketahuilah bahawa ia masih selamat digunakan!

Pun begitu, ia bukanlah merupakan pilihan terbaik buat semua wanita terutamanya jika kalian mempunyai keadaan kesihatan seperti berikut:

Oleh itu, sila buat keputusan dengan bijak dan berkonsultasi dengan doktor terlebih dahulu sebelum mula melakukan prosedur pasang IUD atau buang IUD ya?

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Adakah artikel ini membantu anda?
happy unhappy
Rujukan

Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

Pakai IUD Untuk Cegah Hamil? Fahami Dulu Risikonya, Boleh Sebabkan Jangkitan & Mandul!

Pemakaian alat perancang keluarga IUD adalah salah satu cara yang amat berkesan dalam mencegah kehamilan. Namun, ia juga boleh menyebabkan jangkitan!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Nisreen Nadiah
Kesihatan Seksual, Kontraseptif 22/12/2020 . 3 minit bacaan

Amboi, Nak Elak Hamil Guna Kaedah Pancut Luar, Ini Pro & Kontra Jika Cik Suami Lakukannya

Adakah anda sebagai suami isteri pernah terfikir dan tertanya sama ada teknik pancut luar itu berkesan atau tidak? Jom klik artikel ini untuk tahu!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Ahmad Farid
Kesihatan Seksual, Kontraseptif 10/12/2020 . 3 minit bacaan

Pil Perancang Keluarga Untuk Lelaki – Adakah Ia Sudah Wujud Atau Masih Dalam Kajian?

Buat anda yang tertanya-tanya dan terfikir sama ada pil perancang keluarga untuk lelaki sudah wujud atau belum, ini jawapannya. Jom klik untuk tahu!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Ahmad Farid
Kesihatan Seksual, Kontraseptif 22/09/2020 . 3 minit bacaan

Sudah Pakai IUD Gerenti Tak Hamil, Anda SILAP! IUD Bukan Alat Pencegah Kehamilan 100% Selamat!

Adakah anda pemakai IUD? Tahukah anda, pemakaian IUD bukan 100% berkesan halang kehamilan? Ikuti artikel ini untuk tahu lebih lanjut.

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Fatin Zahra
Kesihatan Seksual, Kontraseptif 17/09/2020 . 3 minit bacaan

Artikel lain untuk anda

beza air mazi dan air mani

Benarkah Air Mazi TIDAK Menyebabkan Kehamilan? Ini Tanggapan Yang Harus Diperbetulkan

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Asyikin Md Isa
Diterbitkan pada 04/03/2021 . 3 minit bacaan
kesan ambil pil perancang

Wanita Yang Ambil Pil Perancang Berisiko Alami KECUT OTAK? Ini Kesan Pada Mental Kaum Hawa!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Ahmad Farid
Diterbitkan pada 03/02/2021 . 3 minit bacaan
alat pencegah kehamilan

Kurang Popular, Tapi Alat Cegah Hamil Ini Mudah Dipakai & Efektif! Kenali CINCIN VAGINA

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Fatin Zahra
Diterbitkan pada 18/01/2021 . 4 minit bacaan
IUD terkeluar seks kasar

Betul Ke Alat Pencegah Kehamilan IUD Boleh Terkeluar Kalau Lakukan SEKS KASAR?

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Nisreen Nadiah
Diterbitkan pada 11/01/2021 . 3 minit bacaan