Ketuat! Meskipun tidak semua mengalaminya, mungkin masih ramai individu yang ada masalah ini pada kulit lantas membuat mereka berikhtiar tentang pelbagai cara buang ketuat.
Disemak secara perubatan oleh Dr. Ahmad Wazir Aiman · Dokter Umum · Hello Health Group
Ketuat! Meskipun tidak semua mengalaminya, mungkin masih ramai individu yang ada masalah ini pada kulit lantas membuat mereka berikhtiar tentang pelbagai cara buang ketuat.
Selain prosedur seperti pembedahan laser atau pembekuan sejuk, ada satu lagi cara membuang ketuat yang mungkin kurang kos dan tidak sakit iaitu dengan asid salisilik.
Persoalannya, adakah krim buang ketuat ini efektif atau mempunyai kesan negatif ekoran terdapat impak sampingan? Jom teruskan membaca artikel untuk tahu dengan lebih mendalam lagi!
Untuk pengetahuan anda semua, ketuat atau kutil ini akan muncul akibat pertumbuhan pada lapisan luar kulit atau epidermis yang berpunca akibat jangkitan virus.
Ia dikategorikan sebagai tumor kecil yang boleh muncul pada seluruh kulit badan dan disebabkan oleh salah satu daripada 100 jenis Human Papillomavirus (HPV).
Selain itu juga, ia mungkin boleh terjadi pada alat sulit apabila berlaku sentuhan kulit ke kulit atau melalui hubungan seksual bersama dengan individu lain.
Ini dinamakan ketuat kelamin dan akan dikategorikan sebagai salah satu daripada penyakit jangkitan seksual (STD) sementara kutil yang biasa adalah tidak berkaitan.
Meskipun ia mungkin tidak berbahaya, ramai orang cenderung untuk membuangnya di atas faktor kebersihan dan kecantikan kulit dengan mencuba pelbagai jenis kaedah.
Antara cara membuang ketuat yang paling popular adalah dengan menggunakan krim yang terkandung asid salisilik yang boleh diperoleh daripada klinik, hospital atau farmasi.
Asid ini adalah sejenis bahan kimia daripada keluarga asid beta hidroksi dan berfungsi menguraikan liang pori kulit yang mempengaruhi sel kulit mati serta hidup.
Selain digunakan untuk membuang kutil pada kulit, asid salisilik juga biasa ditemui di dalam produk kulit yang lain untuk tujuan yang berbeza termasuklah:
Para doktor juga telah melabelkan asid ini sebagai sejenis ‘keratolitik’ ekoran kesannya yang mungkin mampu untuk mengelupas serta membuang sel kulit rosak.
Sekiranya anda mahu cuba menggunakan krim buang ketuat dengan asid salisilik, anda mungkin perlu bersabar memandangkan ia bersifat jangka masa panjang.
Kebanyakan daripada individu yang mencuba krim ini telah berjaya untuk membuang kutil pada kulit badan mereka namun tidak semuanya sukses kerana ada juga yang gagal.
Dalam pada itu juga, wujud kesan sampingan yang mungkin boleh terjadi kepada individu seperti kerengsaan, keradangan, kegatalan, kesakitan serta perubahan pada warna kulit.
Ini bermakna cara buang ketuat dengan krim terkandung asid salisilik mungkin adalah alternatif yang efektif namun masih ada kesan negatif di sebaliknya.
Jadi, adalah lebih baik untuk kalian berjumpa dan berbincang dengan doktor terlebih dahulu sebelum mencuba sebarang cara untuk membuang kutil pada kulit badan.
Sebenarnya, salah satu daripada punca krim buang ketuat ini tidak berjaya adalah anda mungkin tidak tahu akan jenis-jenis kutil pada kulit yang sedang dirawat.
Ada beberapa jenis ketuat dan tidak semua mampu untuk dibuang menggunakan krim iaitu:
Krim dengan asid salisilik mungkin adalah selamat dan efektif untuk digunakan bagi ketuat jenis plamar serta plantar, namun tidak bagi jenis yang lain.
Ini lebih-lebih lagi buat bahagian kulit sensitif seperti di dahi, muka dan sekitar alat sulit yang mungkin memerlukan alternatif lain sebagai cara buang ketuat.
Tahukah anda bagi masalah kutil yang agak kurang serius, ia mungkin boleh dihilangkan dengan hanya menggunakan beberapa ramuan semula jadi di rumah sendiri?
Berikut adalah beberapa tip yang anda boleh cuba amalkan sebagai cara buang ketuat yakni:
Cara penggunaan ramuan semula jadi ini adalah sama iaitu dengan mengekstraknya ke dalam bentuk cecair dan kemudian menyapunya pada kawasan kutil.
Jika ia masih tidak menimbulkan hasil setelah sekian lama mencuba, anda mungkin perlu mendapatkan rawatan yang memerlukan kos belanja lebih besar.
Rawatan tersebut adalah prosedur pembedahan laser atau pembekuan sejuk yang anda perlu konsultasikan dengan doktor atau pakar kulit terlebih dahulu.
Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen