Kondom akan mengurangkan sensitiviti pada alat sulit
Penggunaan alat ini tidak akan mengurangkan sensitiviti pada alat sulit lelaki dan juga wanita kerana ia dicipta dengan bahan yang mempunyai tekstur yang lembut. Sebaliknya, penggunaan kondom mampu membuat lelaki bertahan untuk tempoh yang lebih lama.
-
Anda memerlukan pelincir tambahan
Kebanyakan individu akan menggunakan kondom bersama dengan pelbagai jenis pelincir tambahan seperti minyak lintah, minyak belacak, krim kulit, gincu ataupun vaseline. Ini sama sekali tidak betul kerana bahan-bahan ini mempunyai kandungan minyak yang boleh menguraikan komposisi kondom lalu mengurangkan keberkesannya.
-
Anda tidak perlu memakai kondom jika pasangan anda sudah mengambil pil
Anda masih perlu memakai kondom walaupun pasangan anda sudah mengambil pil perancang kehamilan. Ini kerana pengambilan pil yang tidak tepat pada waktu atau muntah selepas mengambil pil akan menjejaskan keberkesannya dalam mencegah kehamilan. Selain itu, pil juga tidak dapat melindungi anda daripada penyakit kelamin seperti klamedia, gonorea, sifilis, dan trikomoniasis.
-
Kondom tidak diperlukan jika anda melakukan seks oral
Ia mungkin benar dari aspek mencegah kehamilan. Namun bagi mencegah penyakit, ia adalah tidak tepat. Ini kerana penyakit kelamin seperti gonorrea, chlamydia dan herpes boleh tersebar melalui cara ini.
-
Penggunaan kondom adalah 100% selamat
Kebanyakan individu berpendapat bahawa penggunaan kondom akan memberikan jaminan 100% dalam mencegah kehamilan atau penyakit. Ini tidak benar kerana ada kondom yang tidak menepati piawaian yang ditetapkan seperti yang dijual oleh pengeluar yang tidak berdaftar. Selain itu, kondom juga boleh hilang fungsi jika ia:
- Digunakan selepas tarikh luput
- Telah rosak ketika pembuatan
- Salah tempat penyimpanan
- Salah cara penggunaan
- Dipakai berulang kali
- Dibuka dengan menggunakan objek tajam seperti kuku atau jarum yang boleh menyebabkan ia berlubang
Kesilapan Penggunaan Kondom yang Sering Terjadi
Kondom adalah kaedah kontraseptif fizikal yang digunakan untuk mencegah kehamilan atau sebarang penyakit kelamin berjangkit. Walaupun digunakan secara meluas kerana keberkesanan dan harganya yang murah. Kajian menunjukkan bahawa ramai lelaki mengalami kesukaran menggunakannya. Hasilnya, kehamilan yang tidak dirancang atau dalam beberapa kes, jangkitan penyakit kelamin.
-
Menggunakannya secara terbalik
Kondom agak sukar untuk dipasang dan dicabut jika ia dipasang secara terbalik. Namun begitu, masih ramai lelaki yang tersilap cara memakainya. Oleh itu, lelaki perlu lebih bijak menilai dan mengetahui cara dan bahagian yang betul untuk memasang kondom. Penggunaan kondom yang terbalik akan mengurangkan keberkesanan spermicide iaitu lapisan yang digunakan untuk menghentikan sperma daripada terus bergerak.
-
Menggunakan 2 kondom sekali gus
Ada lelaki yang beranggapan bahawa memakai 2 kondom sekali gus pada waktu yang sama akan memberi lebih perlindungan buat mereka. Sebenarnya, ia adalah tidak benar kerana pemakaian 2 alat ini akan menjadikannya lebih ketat dan memberi tekanan kepada zakar. Ini seterusnya akan mengakibatkan kondom lebih mudah terkoyak lalu membenarkan sperma untuk melaluinya.
-
Menggunakan kondom terlalu lambat
Kebanyakan lelaki gemar melakukan “foreplay” sebelum memakai kondom. Ia mungkin selamat selagi anda belum melakukan penetrasi. Menurut Dr. Turek lagi, lelehan air mani yang keluar ketika “foreplay” adalah mengandungi lebih banyak sperma. Oleh itu, anda disarankan untuk menggunakan kondom sebelum mula melakukan hubungan seks.
-
Menggunakannya terlalu awal
Anda juga perlu tahu bahawa anda tidak boleh memakai kondom terlalu awal iaitu semasa zakar masih belum mengalami ereksi. Ia akan menghalang anda daripada merasai sensasi hubungan seks yang sebenarnya lalu merencatkan libido anda dan pasangan.
-
Menggunakannya dengan saiz yang salah
Kondom datang dalam pelbagai saiz dan anda sepatutnya memilih saiz yang sesuai. Memilih saiz yang terlalu kecil boleh menghentikan aliran darah kepada zakar, menghalangnya mencapai ereksi penuh. Memakai yang lebih besar daripada saiz anda pula boleh mengurangkan keberkesanannya. Kondom yang terlalu besar mungkin tidak melekat pada zakar dengan baik atau mungkin terlucut dan jatuh sewaktu hubungan kelamin, yang bermaksud ia tidak dapat melindungi daripada kehamilan atau penyakit kelamin berjangkit.
-
Cara penyimpanan yang salah
Kebanyakan lelaki menyimpan kondom di dalam dompet atau poket mereka kerana mereka mahu bersedia sepanjang masa. Malangnya, ini boleh menyebabkan kondom menjadi tegang dan kering kerana anda duduk dan memanaskannya dengan punggung anda. Ini akan membuatkannya bukan sahaja sukar digunakan tetapi juga kurang berkesan. Oleh itu, jangan lupa untuk membaca arahan tentang cara penyimpanan dan pastikan kondom anda belum tamat tempoh.
Mengapa kondom mudah tertanggal atau terkoyak?
- Tidak dipasang dengan betul.
- Koyakan oleh kuku, barang kemas atau gigi.
- Pelinciran tidak cukup (basah) semasa hubungan seksual.
- Penggunaan pelincir yang salah.
- Hubungan seks yang berpanjangan atau sangat kuat.
- Getah kehilangan kekuatan apabila kondom disimpan di tempat yang hangat seperti poket.
- Getah kehilangan kekuatan kerana kondom melepasi tarikh “penggunaan” (luput).
Apakah yang perlu dilakukan jika pasangan tidak mahu menggunakan kondom?
Jika anda atau pasangan anda tidak mahu menggunakan kondom, terdapat seksual yang selamat dan menyenangkan yang boleh anda lakukan bersama bukannya hubungan seksual. Cuba melancap satu sama lain, urutan, berpelukan (gunakan imaginasi anda).
Jika kondom tidak selesa, cuba jenama yang berbeza. Kondom datang dalam pelbagai saiz, bentuk, ketebalan, rasa, tekstur dan warna. Cuba sesetengahnya bagi melihat kesesuaiannya dengan anda.
Walaupun menggunakan kondom, masih terdapat kemungkinan pengguna dijangkiti dengan penyakit kelamin atau kehamilan yang tidak dirancang. Oleh itu, jangan lupa untuk membaca arahan dengan teliti, beri perhatian jika terdapat rasa tidak selesa semasa menggunakan alat ini. Dan, jika anda tidak pernah memakainya sebelum ini, cubalah dahulu untuk mempelajari cara pemakaiannya sebelum mula beraksi.
Hello Health Group tidak menyediakan nasihat perubatan, diagnosis, atau rawatan.
Baca juga:
- Bagaimana untuk Mengetahui Jika Anda Alah pada Kondom?
- Alamak, Kondom Tersekat dalam Faraj! Apa yang Patut Saya Lakukan?
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen