Terdapat pelbagai jenis mikroorganisma (hidupan mikro) yang boleh menyebabkan masalah jangkitan kuman pada tubuh badan manusia.
Disemak secara perubatan oleh Dr. Joseph Tan · Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group
Terdapat pelbagai jenis mikroorganisma (hidupan mikro) yang boleh menyebabkan masalah jangkitan kuman pada tubuh badan manusia.
Ini termasuklah:
Dalam konteks penyebaran dalam kalangan manusia, ia boleh berlaku melalui pelbagai cara. Antaranya adalah:
Artikel ini akan membincangkan perihal penyakit berjangkit dan langkah pencegahan berkesan untuk memastikan tahap kesihatan anda sentiasa berada pada paras yang optimum.
Umumnya, tiada sebarang bentuk ‘diskriminasi’ apabila ia berkaitan dengan jangkitan kuman.
Sesiapa pun boleh dijangkiti oleh bakteria, virus, parasit mahupun kulat.
Walau bagaimanapun, badan manusia dilengkapi dengan sistem imun yang melindunginya daripada jangkitan mikroorganisma.
Sebarang penyakit atau keadaan yang boleh mempengaruhi integriti sistem imun manusia boleh meningkatkan risiko jangkitan dalam kalangan mereka yang terlibat.
Antara individu yang mempunyai risiko tinggi untuk mendapat jangkitan adalah:
Bergantung kepada sistem badan manusia, jangkitan kuman boleh dimanifestasikan melalui simptom yang spesifik terhadap sistem tersebut.
Sebagai contoh, bagi kuman yang menjangkiti sistem pernafasan manusia seperti virus influenza, pesakit boleh menunjukkan simptom berikut:
Bagi kuman yang menjangkiti sistem gastrousus seperti Shigella pula, simptom yang dialami pesakit boleh jadi seperti berikut:
Sukar untuk kita kenal pasti bakteria secara spesifik dengan hanya memeriksa simptom tanpa melibatkan komponen lain seperti sejarah pesakit dan keputusan ujian makmal.
Oleh sebab itulah, penting bagi setiap individu untuk menghadirkan diri ke klinik jika mendapat simptom jangkitan.
Pemeriksaan lengkap boleh membantu doktor mengesahkan diagnosis dan rawatan spesifik boleh diberikan bagi membantu pesakit untuk sembuh.
Seperti yang anda sedia maklum, jangkitan kuman boleh berlaku apabila terdapat hidupan mikro yang masuk ke dalam badan manusia menyebabkan perubahan patologi.
Antaranya adalah:
Jangkitan kuman boleh tersebar melalui beberapa cara. Ia bergantung kepada sistem yang terlibat dengan hidupan mikro tersebut.
Umumnya, penyebaran kuman boleh berlaku melalui sentuhan kulit ke kulit (termasuklah hubungan seks) dan fomit (bahan yang tercemar dengan kuman).
Ada juga jangkitan yang boleh tersebar melalui bendalir badan seperti darah dan air liur.
Bagi kuman yang menjangkiti sistem pernafasan manusia, kaedah penyebaran lebih tertumpu kepada titisan air/udara yang keluar semasa pesakit sedang batuk atau bersin.
Titisan tersebut akan berlegar-legar dalam satu tempoh masa yang singkat sebelum ia mendarat pada kulit individu lain atau disedut masuk ke dalam paru-paru semasa proses pernafasan.
Segelintir penyakit peparu seperti batuk kering (tuberkulosis) dan virus rubella tersebar melalui udara.
Bagi jangkitan tersebut, agen penyakit akan tersebar dalam bentuk partikel kecil di udara untuk satu tempoh masa yang lama.
Perkara ini membuatkan ia lebih berbahaya jika dibandingkan dengan kuman yang tersebar melalui titisan air/udara.
Walaupun masalah jangkitan boleh dikenal pasti berdasarkan kepada simptom, ia bukanlah satu tanda yang boleh diharap.
Doktor akan bergantung kepada ujian makmal bagi mendapatkan pengesahan diagnosis sebelum rawatan boleh dipreskripsikan kepada pesakit.
Antara sampel klinikal yang akan dikutip untuk tujuan pemeriksaan adalah seperti berikut:
Ada juga keadaan di mana doktor perlu menghantar sampel pesakit ke makmal untuk tujuan pengkulturan kuman bagi mengesahkan maklumat spesiesnya.
Dalam konteks tersebut, pemberian ubat dan prosedur rawatan spesifik mungkin akan ditangguhkan sehingga jenis jangkitan telah dikenal pasti.
Rawatan bagi jangkitan kuman bergantung kepada hidupan mikro apa yang menjangkiti dan tindak balasnya terhadap rawatan tertentu.
Rawatan hanya akan dipreskripsikan kepada pesakit mengikut kepada spesies kuman dan tindak balasnya terhadap rawatan yang bakal diberi.
Perkara ini penting terutamanya bagi jangkitan bakteria. Antibiotik yang diberi hanya efektif kepada jenis bakteria tertentu.
Lebih rumit lagi, terdapat juga spesies bakteria yang rintang terhadap rawatan antibiotik umum dan memerlukan antibiotik khas yang lebih kuat.
Bagi sesetengah jangkitan terutamanya bagi jangkitan virus, penggunaan vaksin boleh menghindarkan pelbagai jenis penyakit serius seperti hepatitis, difteria, influenza dan herpes.
Badan kesihatan global seperti Pusat Kawalan Dan Pencegahan Penyakit Berjangkit (CDC) dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM, konteks tempatan) sentiasa mengemaskini saranan bagi program vaksinasi untuk kanak-kanak, remaja dan orang dewasa.
Tujuan kemaskini tersebut adalah untuk memastikan protokol vaksinasi sejajar dengan penemuan klinikal terbaru.
Jika anda hendak mengembara ke kawasan yang mempunyai jangkitan endemik, anda juga disarankan untuk mendapatkan nasihat doktor jika ada vaksin spesifik yang perlu anda ambil.
Selain daripada vaksin, langkah lain yang boleh mengurangkan risiko jangkitan adalah:
Jangkitan kuman boleh memberikan implikasi negatif terhadap produktiviti dan kualiti hidup seseorang.
Jika anda mengalami sebarang simptom jangkitan, ambil langkah berjaga-jaga agar kadar penyebarannya dapat diminimumkan.
Ini termasuklah menjaga jarak sosial, memakai topeng muka, tidak melakukan hubungan seks dan sebagainya, bergantung kepada modus penyebaran kuman tersebut.
Sekiranya anda mempunyai persoalan lanjut, sila ajukan kepada doktor bertauliah untuk khidmat nasihat kesihatan.
Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen